Apa henfon korang pakai sekarang? JR pakai Asus Zenfone 5. Dah 5 bulan pakai Asus Zenfone 5. Kecuali sekali bila henfon tu masuk air (kecuaian sendiri), Zenfone 5 yang JR pakai tak pernah meragam. Dengan Ram 2 gb dan internal memory 16 gb, diperkuat dengan CPU Intel Atom Z2580, setakat ini JR sangat berpuashati memakainya, tak pernah sekali pun henfon tu hang, perolehan internet juga sungguh lancar.
Sebenarnya bukan JR seorang saja anggota keluarga yang pakai Asus Zenfone 5, 4 anak bujang JR juga pakai henfon jenis yang sama. Semua kami pakai Asus Zenfone 5 kerana speknya sangat berbaloi dengan harga. Ketika beli 5 bulan lepas harga termasuk full accesories RM630, harga sekarang di Alor Setar antara RM530-RM570, ikut kedai dan kebijaksanaan menawar.
Dua hari lepas Asus telah melancarkan di Las Vegas satu lagi henfon baru generasi ke-2 Asus diberi nama Zenfone 2. Asus Zenfone 2 dilengkapkan dengan Ram 4gb, internal memory 64 gb, prosessor berkelajuan tinggi 64-bit, kamera depan 13 MP, kamera belakang 5 MP dan bateri berkuasa tinggi 3000 mAh. Ia telefon pintar terhebat yang dikeluarkan Asus setakat ini dari segi kuasa, kepantasan, kamera dan bateri, sehingga ada pihak yang menyamakan Asus Zenfone 2 buatan Taiwan ini dengan iPhone 6 Plus kerana speknya yang tinggi.
Tapi yang bagusnya tentang Asus Zenfone 2 walaupun setanding dengan iPhone 6 Plus, tapi ia dijual pada harga sangat murah (US$ 199, RM707) tak setanding dengan speknya yang tinggi. Tentu rasa bertuah kan memiliki henfon murah tapi berkuasa tinggi?
Tapi yang bagusnya tentang Asus Zenfone 2 walaupun setanding dengan iPhone 6 Plus, tapi ia dijual pada harga sangat murah (US$ 199, RM707) tak setanding dengan speknya yang tinggi. Tentu rasa bertuah kan memiliki henfon murah tapi berkuasa tinggi?
Apa yang hebatnya Zenfone 2?
~ Saiz: 5.5" dengan skrin full HD
~ Ram: 4 gb
~ internal memory: 64 gb
~ prosessor berkelajuan tinggi 64-bit Intel Atom Z3560/Z3580 (quadcore 2.3 GHz)
~ kamera depan 13 MP
~ kamera belakang 5 MP
~ bateri berkuasa tinggi 3000 mAh
~ harga cuma US$ 199 (RM707)
International Business Times menggelar Asus Zenfone 2 sebagai 'pembunuh iPhone' (iPhone killer) kerana Asus Zenfone 2 dari segala segi menyamai atau melebihi iPhone 6. Kesimpulan International Business Times ialah Asus Zenfone 2 dalam pelbagai aspek dengan mudah mengalahkan iPhone 6 Plus:
Perbandingan Asus Zenfone 2 dan iPhone 6 Plus boleh baca di sini...
Asus Zenfone 2 akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Mac 2015. Kepada mereka yang mahukan peranti berkuasa tinggi sehebat iPhone 6 pada harga yang tak sampai RM1,000 bolehlah simpan duit mulai sekarang. JR pula akan tetap setia denganisteri Zenfone 5 yang dipakai sekarang hingga ia hancur dan tak boleh digunakan lagi...
Perbandingan Asus Zenfone 2 dan iPhone 6 Plus boleh baca di sini...
Asus Zenfone 2 akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Mac 2015. Kepada mereka yang mahukan peranti berkuasa tinggi sehebat iPhone 6 pada harga yang tak sampai RM1,000 bolehlah simpan duit mulai sekarang. JR pula akan tetap setia dengan
SPESIFIKASI PENUH ASUS ZENFONE 2:
Baiklah, saya akan mula kumpul duit dari hari ini..hahaha
ReplyDeleteSaya harap bila masuk market Malaysia, harganya tak lebih RM1100 :)
Saya tak pasti bila masuk M'sia berapa harganya bila campur GST dan lain2... Kalau nak harga lebih murah pakai saja AP set, tak kena GST...hehehehe...
DeleteSaya guna HTC One x JR.. dah hampir tiga tahun guna ni.. sama cam JR juga .. selagi boleh guna saya guna sampai punah hahaha..
ReplyDeleteHarap2 begitu lah DZ.. harga tak lebih dari RM1000.00 sebab simpan RM20.00 sehari hahahha .. tak gitew DZ
Kalau henfon tu masuk M'sia sebelum GST berkuatkuasa boleh tahan lagi, kalau lepas GST berkuatkuasa entah berapa harganya...
DeleteProcessor dia yang buat power tu. Intel punya processor memang robust. Sebelum ni, problem proc Intel dengan mobile device adalah dia kuat makan bateri dan cepat panas walaupun perfomance tip top. Skang ni dah ok dah kot.
ReplyDeleteMemang dari segi makan bateri, Zenfone 5 yg saya pakai sekarang memang kuat kedarah makan bateri. Mcm jaguh angkat berat jugalah, nak badan powerfull kena banyak makan...
DeleteKalau saya jadi boss Asus, saya akan tingkatkan kuasa bateri Zenfone 2 dari 3000 mAh ke 5000 mAh, baru padan dengan processornya...
Aritu tuan ada tulis tentang Zenfon 4. Bila saya tanya pandangan anak saya, dia kata kamera Zenfon 4 tak ada flash. Betul ke?
ReplyDeleteSaya memang sedang mencari phone baru.
Yang saya tulis hari tu tentang Zenfon 5, bukan Zenfon 4. Kalau IM nak beli, saya lebih syorkan Zenfon 5 kerana Ram Zenfon 5 sekali ganda lebih tinggi dari Zenfon 4, internal memory juga lebih besar, setakat saya pakai memang laju. Kamera Zenfon 5 memang ada flash, Zenfon 4 saya tak tau. Kalau nak beli dapatkan Zenfon 5 Ram 2 gb sebab ada juga Zenfon 5 Ram cuma 1 gb dan pastikan ia ori set bukan AP set...
Deletemenangislah pemiant iphone T.T
ReplyDeletekira iphone ni sangat hebat dan antara yang canggih lah ..kan JR..teringin nak yang mewah apakan daya ..
ReplyDeletebila baca tu , rasa best jer . cuma tggu harga kat m'sia nanti brapa ...
ReplyDelete