»

11 December 2014

Vietnam


Apa perasan korang jika tetamu datang rumah korang, kemudian anak-anak korang yang selalu dipuji di TV sebagai anak-anak yang 'sopan santun' dan 'baik budi bahasa' membelasah tetamu yang datang itu?

Mesti malu kan?

Yang lebih memalukan bila giliran korang nak pergi bertandang ke rumah tetamu itu, tetamu itu menjanjikan korang akan dilayan dengan baik di dalam rumahnya, anak-anaknya tak akan buat seperti apa yang anak-anak korang lakukan terhadapnya:




Seperti kata duta Vietnam itu, orang Vietnam memang mesra. Isteri JR yang pernah pergi ke Vietnam juga kata benda yang sama - orang Vietnam mesra, tak sombong seperti sebahagian masyarakat Malaysia yang 'sopan santun' ini. Bukan saja orang Vietnam mesra, tapi kata isteri sebahagian peniaga-peniaga di Ho Chi Minh City dapat berbahasa Melayu dan ia menambah kemesraan itu.

Tapi kata JR kepada isteri: peniaga Vietnam mestilah mesra dengan orang Malaysia kerana mereka nak duit kita. Seperti juga ramai pelacur Vietnam yang datang ke Malaysia mereka juga mesra pelanggan, semuanya kerana faktor wang.

Tapi tak kira apa sebabnya, JR percaya hanya bangsa yang besar menjadi bangsa yang mesra. Vietnam adalah satu bangsa besar, satu-satunya negara di dunia yang berjaya mengalahkan tentera Amerika pada tahun 1975 dalam peperangan Vietnam yang mengambil masa selama 20 tahun. Itu yang membuat dunia salute kepada Vietnam kerana dengan senjata konvesional, tentera rakyat yang tak terlatih (sebahagiannya merupakan tentera kanak-kanak) tapi mereka berjaya mengusir dan mengalahkan tentera Amerika yang sombong dan bersenjata canggih itu.

Vietnam juga adalah merupakan sebuah negara komunis yang diperintah oleh parti komunis sejak merdeka dari Perancis dulu. Vietnam merupakan satu dari 4 negara di dunia (3 lagi ialah China, Laos dan Korea Utara) yang masih mengikut fahaman komunis. Ada yang berkata orang Vietnam menjadi bangsa yang kuat kerana mereka hanya bersatu di bawah satu ideologi komunis dan tiada perpecahan politik kerana berbilang parti politik tak dibenarkan di Vietnam.

Tapi apa pun cerita baik tentang Vietnam dan banyak cerita tak begitu menyedapkan telinga tentang Malaysia, namun apabila pasukan bolasepak Malaysia menentang Vietnam malam ini, JR akan berada di depan TV untuk menyokong Malaysia. Jika Malaysia dapat ke final ia adalah satu bonus untuk tahun 2014, jika tak dapat ke final, jika Malaysia menang 1-0 pun ia adalah satu hadiah terbaik bagi mengubat kekecewaan di Stadium Shah Alam tempohari...

Viva Malaysia!!

12 comments:

  1. 'budi bahasa budaya kita'...hanyalah slogan...

    ReplyDelete
  2. mintak maaf biarlah ikhlas, bukan sebab takut rakyat sendiri kena belasah.lumrah manusia, tak semua orang Malaysia jahat, tak semua orang Vietnam baik..

    ReplyDelete
  3. Kalau Vietnam mara ke final, saya tak terkilan..Mereka mmg deserve utk ke final..permainan mereka mantap, berstamina, penuh strategi. Nampak kesungguhan pemain mereka.

    ReplyDelete
  4. adoi, malu jugak dgn kata2 duta Vietnam tu.

    ReplyDelete
  5. sangat memalukan... tapi itu jaminan dari orang besar kepada orang besar... dari rakyat yg marah belum tentu lagi dan yg diserang di Malaysia tu maybe bukanlah rakyat Vietnam dari Vietnam sana melainkan pekerja Vietnam yg bekerja di Malaysia... kita nak tau jugaklah apa tindakan polis pada samseng2 ni...

    ReplyDelete
  6. Ada juga yg kena malam ni... bila dah ada dlm berkumpulan.. pasti ada segelintir yg jadi batu api nak balas dendam.

    ReplyDelete
  7. As'salam sedih bila tahu apa yang berlaku..risau pun ada ini VETNAM tau...apapun mari RUMPUN MALAYSIA berdoa dan berdoa, Jalan paling afdal memohon kepada Allah dan berjaga-jaga..apa kan daya kena pergi..

    ReplyDelete
  8. Sebab bola sebiji dah memalukan negara...semuanya bola punya penangan...

    ReplyDelete
  9. Saya mmg malu sgt dgn insiden penyokong malaysia belasah penyokong vietnam tu.

    ReplyDelete
  10. Nasib baik Vietnam tak belasah saya masa pi melancong ke sana. Dorang siap btau Malaysia menang bola 4-2 kat kitorang.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....