»

08 December 2014

Tips Mengajar Suami Pemalas


Jika korang ialah wanita yang dah berkahwin, JR nak tanya korang: suami korang rajin tak membantu kerja rumah tangga? Pernah tak mereka mengemas rumah, mencuci pinggan, membasuh dan menyidai pakaian, streka pakaian sekolah anak-anak, sediakan breakfast untuk anak-anak, waktu pagi kejutkan isteri selepas semua juadah siap di atas meja...? Itu sebenarnya sebahagian dari rutin kerja JR di rumah, mungkin suami lain ada rutin kerja di rumah yang berbeza dengan JR. Ada suami seperti rakan JR sangat rajin memasak dan si-isteri cuma bantu suami kupas bawang saja di dapur....

Apa yang penting bila suami isteri kedua-duanya berkerjaya, masing-masing pasti tau apa tanggung jawabnya di rumah. Suami yang waras tak akan sampai hati membiarkan isterinya sibuk buat segala kerja rumah, sementara dia cuma goyang kaki macam Raja...

Kelmarin JR baca keluhan seorang isteri yang mempunyai suami yang sangat teruk:


Kata isteri itu yang menamakan dirinya Fatin (40 tahun) dalam Sinar Harian kelmarin (ms 11), suaminya suka bersosial, balik rumah pula tak bantu kerja rumah isteri sikit pun, tak pernah membasuh walau sebilah sudu, suka lambak pakaian merata-rata dan masanya di rumah cuma dihabiskan dengan melayan media sosial (isteri mensyakki suaminya ada wanita lain). Kata Fatin dia sangat tertekan dengan perangai suaminya kerana dia juga wanita berkerjaya yang masanya di rumah sangat terhad. Yang lebih menyedihkan Fatin ialah dah la suaminya pemalas, dia juga seorang yang pemarah dan suka memukul anak isteri.

Jika korang berada di tempat isteri itu apa korang akan buat?

JR suka dengan jawapan pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar tentang apa yang patut dibuat oleh Fatin bagi 'mengajar' suaminya:


Jika korang mempunyai suami yang berperangai lebih kurang sama dengan suami Fatin, bolehlah cuba tips yang diberi oleh Dr. Tuah itu. Seperti kata Dr Tuah ada suami yang berlagak seperti Raja kerana isterinya pula berlagak seperti hamba di rumah...
 
Selamat mencuba...

13 comments:

  1. alhamdulilah..yan dapat suami yang memahami dan prihatin..

    ReplyDelete
  2. pendapat peribadi sendiri... tiga cara tu kurang berkesan... dia tau itu hanya taktik saja...

    ReplyDelete
  3. suami kite jarang sangat nak tolong kat dapur..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... suami kakcik rajin membantu setakat apa yang dia boleh bantu... :)

    ReplyDelete
  5. Asalam...kesian juga ya isteri terlalu terbeban..suami asyik nak bersosoal anak-anak semua kerja rumah isteri tenggung..payah tu JR

    ReplyDelete
  6. Asalam...kesian juga ya isteri terlalu terbeban..suami asyik nak bersosoal anak-anak semua kerja rumah isteri tenggung..payah tu JR

    ReplyDelete
  7. Rasanya memang dah byk suami yg begini skrg.. tahu mengarah sahaja.. Alhamdulillah en suami ringan tulang utk menolong saya..

    ReplyDelete
  8. Sifat pemalas ni, bagi saya, bukan lepas kahwin baru muncul...ianya dah terdidik sejak kecil lagi...susah nak ubah, tapi boleh ubah, kena ada komited

    ReplyDelete
  9. saya rajin....(masuk bakul,angkat sendiri)

    ReplyDelete
  10. ibu_suri pun tension juga katanya bila tengok IM asyik tulis blog jer hari hari...

    ReplyDelete
  11. payah jugak ni..untunglah sesape yang dapat laki nak tolong buat kerja rumah.moga saya akan dapat suami macam tu.amin..(azam since 2011..haha)

    ReplyDelete
  12. saya belum bersuami ... rasanya elok sesekali jadi PI intip aktiviti suami selama satu hari satu mlm sekurang2nya ...

    ReplyDelete
  13. Sedih membayangkan kehidupan yang dilalui oleh Puan Fatin.. kemelut jiwa dan stress yang membebani perasaan... menarik tips pakar motivasi tu berikan.. semoga membantu dengan izin Allah.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....