22 December 2014

PT3: Jangan Menangis Sha


Ketika memasuki dewan sekolah SMKSA untuk ambil keputusan peperiksaan PT3 (sistem peperiksaan yang menggantikan PMR) tahun 2014 bersama Sha, JR dah agak keputusan peperiksaan untuk SMKSA pasti tak memberangsangkan. Tak ada seorang pun wartawan dalam dewan sekolah untuk ambil berita keputusan PT3 SMKSA. Pada hal tahun-tahun sebelum ini ramai wartawan datang untuk ambil berita sekolah itu. Maklumlah SMKSA sekolah berprestasi tinggi, tahun lepas 117 pelajar dapat straight A. 

                           Tahun lepas 117 orang pelajar dapat straight A. Tahun ini berapa orang?

Suasana dalam dewan SMKSA suram. Ramai pelajar nampak mata merah dan menangis. Puan Pengetua yang selalu sibuk dan akan berdiri dengan bangga atas pentas untuk melaporkan pencapaian peperiksaan sekolah tak nampak batang hidung. Bila JR tanya seorang guru kat situ, bagaimana dengan pencapaian SMKSA tahun ini, dapat mengatasi pencapaian 117 straight A seperti tahun lepas ke? Guru itu dengan wajah sedih menjawab cuma 4 orang pelajar SMSKA dapat straight A...merosot 2,900%!! Dari 4 orang pelajar yang dapat straight A, cuma seorang saja pelajar Cina, 3 lagi pelajar Melayu, sedangkan sebelum ini ramai pelajar Cina dapat keputusan terbaik.

Yang paling malang cuma 8 orang dapat A dalam subjek Sains, nampaknya tahun depan kelas sains untuk Tingkatan 4 SMKSA perlu ditutup kerana tak cukup pelajar!! 

Mengikut cikgu-cikgu kat situ semua sekolah mencatatkan keputusan sangat teruk berbanding PMR tahun lepas, termasuk MRSM dan sekolah berasrama penuh lain. Banyak sekolah tak seorang pun pelajar dapat straight A.

Dan keputusan PT3 untuk Sha, anak JR? 

Keputusan PT3 Sha tak seperti yang  diimpikannya. Dia menangis kerana gagal dapat straight A. Tapi JR menenangkannya...tak apalah tak dapat straight A, yang penting cuba dapatkan straight A dalam hubungan kita dengan Allah...

                                        9A 1B  saja, tapi tak apalah..nanti SPM cuba lebih baik.     

Walaupun Sha menangis kerana cuma dapat 9A 1B tapi bagi JR tetap bersyukur kerana dia telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat keputusan yang terbaik. 

                                          Sha (no 2 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolahnya

14 comments:

  1. Tahniah Sha.. Alhamdulillah tu dapat 9A.. tahniah juga buat JR..

    ReplyDelete
  2. Keputusann yang baik tu JR. Tahniahh dik Sha. Pasni kene gigih lagi berjuang utk exam spm. All the best. ^_^ takmo sedih2, keputusan tu da oke da tu.

    ReplyDelete
  3. Tahniah JR dan anak! Tu dah kira sgt baik tau, kakak2 saya cikgu, diorang ckp tahun ni mmg jauh merosot. Paling ramai fail Sains.Termasuklah sorang anak sedara saya..

    ReplyDelete
  4. 117 orang dapat semua A? sekolah saya dulu PMR nak dapat 5A ke atas pun susah walau pun dianggap sekolah terbaik dalam daerah...

    kalau saya jadi anak abang JR, memang buat summersault sebab dapat 1 je B.

    tahniah untuk dia dan abang JR juga.

    ReplyDelete
  5. Dah kira baik sangat ni.
    Alhamdulillah.
    Tahniah buat Sha n family :)

    ReplyDelete
  6. wah1 kira sangat terbaik tu JR tahniah pada anak ya..kena doa selamat kesyukuran ya

    ReplyDelete
  7. 9A? Ok la tuuu... tahniah ye sha :-)

    ReplyDelete
  8. Tahniah..ok dah tu,syukur

    ReplyDelete
  9. Tahniah Sha, kira ok dah tu dari tak dapat A langsung. Syukurlah apa yang kita dapat, jangan menangis Sha...

    ReplyDelete
  10. En. JR, cuba lah buat semakan semula ttg keputusan subjek sains tersebut.

    ReplyDelete
  11. 1 jer yg B . masih kategori cemerlang cuma bila dah set blh dpt straight A tapi ada B , mrk jadi kecewa ... cuma pt3 jer .

    ReplyDelete
  12. Tahniah Sha !!

    Saya baca sana sini ramai ibu bapa yg kecewa, cikgu yg sedih, murid2 yg menangis...banyak sekolah yg merudum...
    Saya rasa, tahun depan dah takde PT3 ni kot...hahaha

    ReplyDelete
  13. mungkin Sha sedih sebab harapan terlalu tinggi.sabar ye Sha...cuba lagi untuk SPM nanti.jangan sedih,hidup awak panjang lagi.

    ReplyDelete
  14. tahniah sha..jgn sedih2..spm leh cuba lagi...yan dulu langsung tak der A...lg sedih...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....