23 December 2014

PT3 Hancur - Salah Siapa??


2-3 hari ini JR agak sibuk. Maklumlah baru balik bercuti dan kemudian sibuk dengan beberapa urusan termasuk melihat keputusan peperiksaan PT3 anak dan membaiki kereta yang mengalami kemalangan kecil atas lebuhraya ketika dalam perjalanan balik dari percutian tempoh hari.

Ni nak sambung cerita tentang peperiksaan PT3 (Penilaian Tingkatan 3) yang keputusan peperiksaannya keluar kelmarin. JR ada buat satu entri mengenai keputusan PT3 anak JR dalam entri semalam di sini...

Sampai sekarang JR masih tertunggu-tunggu pengumuman rasmi tentang PT3. Ni dah masuk hari kedua sejak keputusan PT3 diumumkan kelmarin, tapi sampai hari ini TV dan akhbar agak sepi dengan berita tentang PT3. Tahun-tahun lepas ada sidang media oleh menteri dan ketua pengarah pendidikan tentang prestasi PMR, peratusan dapat semua A, sekolah prestasi cemerlang PMR dan sebagainya.

Tapi tahun ini sunyi sepi tanpa sidang media menteri dan ketua pengarah pendidikan. Tak siapa tahu sampai saat ini berapa orang yang dapat semua A dalam PT3. Tahun lepas dari lebih kurang 460,000 yang ambil PMR, 30,400 daripadanya dapat semua A. Tapi tahun ini dari lebih kurang 450,000 yang ambil PT3 berapa orang dapat semua A? Ada yang kata cuma 85 orang seluruh Malaysia dapat semua A, ada yang kata 100 orang, tapi ramai yakin tak sampai 200 orang dapat semua A dalam PT3 berbanding 30,400 dalam PMR tahun lepas. 

Masalahnya mengapa semua mereka yang berkuasa di Kementerian Pendidikan senyap sunyi tanpa berita mengenai PT3?  Sampai ada yang buat cerita orang besar-besar di Kementerian Pendidikan sedang bersembunyi dalam lubang tikus, tak berani nak keluar tunjuk muka!! Sekurang-kurangnya buatlah pengumuman agar tak timbul fitnah...

Ada yang kata semua orang besar-besar di Kementerian Pendidikan takut untuk buat pengumuman kerana keputusan PT3 semua sekolah tahun ini jatuh merudum berbanding keputusan PMR sebelumnya. Bayangkan fakta ini:

i) SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur: tahun 2013 seramai 137 pelajarnya mendapat semua A, tapi PT3 tahun ini cuma SEORANG pelajar saja yang mendapat semua A.

ii) Sekolah agama Al-Irshad Pulau Pinang (sekolah anak saudara JR belajar): tahun 2013 seramai 119 pelajarnya mendapat semua A, tapi PT3 tahun ini cuma 3 pelajar saja yang mendapat semua A.

iii) SMK Sultanah Asma Alor Setar (sekolah anak perempuan JR belajar): tahun 2013 seramai 117 pelajarnya mendapat semua A, tapi PT3 tahun ini cuma 4 pelajar saja yang mendapat semua A. Yang lain seperti anak JR cuma mendapat 9A 1B (syukur alhamdulillah..), 8A 2B, 6A dan 4A, pada hal semua mereka adalah pelajar pintar yang syarat kemasukan ke sekolah itu ialah 5A dalam UPSR.

Ramai yang bertanya salah siapa keputusan peperiksaan paling teruk  dalam sejarah Malaysia ini tercatat begitu? Salah siapa?

Bagi JR sangat tak adil untuk kita bandingkan PMR dengan PT3. Soalan PMR secara objektif, soalan PT3 subjektif. Dalam PT3 pelajar perlu siapkan kajian kes menyerupai mini tesis student universiti, tapi dalam PMR semuanya bergantung kepada peperiksaan. PT3 menekankan 'kemahiran berfikir aras tinggi', PMR pelajar tak perlu menjawab hingga ke tahap itu, main teka-teka jawapan A, B, C pun boleh jawab dengan betul. 

Bagi JR membandingkan PMR dengan PT3 seperti membandingkan pertandingan mengupas kulit rambutan dengan pertandingan mengupas kelapa. Kita mungkin boleh mengupas 80 biji kulit rambutan dalam masa 15 minit. Tapi kita mungkin cuma boleh mengupas sebiji kelapa saja dalam masa 15 minit. Jadi tak adil jika kita bandingkan gred A, B dan C peperiksaan PMR dengan gred A, B dan C peperiksaan PT3 yg jauh  lebih mencabar. Seperti kata seorang guru yang JR jumpa mereka yang score straight A dalam PMR belum tentu dapat score 5A, malah 4A dalam PT3. Begitulah sukarnya PT3!!

Masalah sebenar PT3 bukan kesukaran dan tahap berkemahiran tinggi yang diperlukan pelajar untuk menjawab soalannya tapi sikap Kementerian Pendidikan yang seperti kelam kabut ketika melaksanakannya. Dah lah nama peperiksaan itu bertukar ganti dari PBS ke PBSMR dan kemudian PT3, cara pelaksaannya pula sangat mengelirukan. Bayangkan 2 bulan sebelum PT3 guru-guru masih keliru tentang format PT3, sebulan lebih sebelum peperiksaan baru guru-guru nak ikuti kursus PT3, masa mana guru nak  jelaskan format PT3 kepada murid-muridnya cuma dalam tempoh sebulan sebelum peperiksaan bermula? Jadi bila keputusan PT3 merudum salah siapa? Ia bukan salah guru, murid dan ibu bapa, tapi salah tangan-tangan yang melaksanakan polisi secara sangat  kelam kabut.

Dan kesannya banyak sekolah yang tak ada seorang pun pelajarnya dapat semua A padahal sebelumnya berpuluh atau beratus yang dapat semua A. Malah ada sekolah yang hampir semua pelajarnya dapat semua F. Seperti satu sekolah kat Selangor, 38 pelajarnya dapat semua F!! 38 pelajar gagal semua mata pelajaran!! Teruknya PT3!!!



JR secara peribadi sokong PT3. Ia baik untuk membentuk kemahiran berfikir secara kreatif anak-anak kita. Era berpuluh ribu pelajar dapat straight A seperti PMR tapi A yang mereka dapat cuma setanding dengan C atau D di negara lain sudah berlalu. Mengikut keputusan ujian PISA (Program for International Student Assessment ) Malaysia merupakan negara kedua paling corot di Asia Tenggara dari segi tahap kecerdikan pelajar, lebih teruk dari  Thailand dan Vietnam. Rupanya selama ini kita cuma syok sendiri dengan peratusan pencapaian PMR yang tinggi yang sebenarnya tak setaraf pun dengan negara-negara lain di Asia Tenggara, apa lagi dunia..

Sebab itu JR sokong PT3 bagi menggantikan PMR yang pencapaian tinggi cuma syok sendiri. Tapi JR tak pernah sokong cara kerja kelam kabut PT3 yang menjadikan  anak-anak bangsa kita seperti tikus putih untuk ujian makmal. Kalau nak buat apa-apa yang baru, rancanglah dengan teliti, beri tempoh masa yang lebih panjang dan sesuai untuk guru dan pelajar memahaminya, bila semua get ready baru laksanakan. Jangan sebulan lebih sebelum periksa masih tergopoh gapah nak tukar format periksa, naya budak dan naya cikgu namanya tu....

                                               
                                                          

14 comments:

  1. biasa kalau keluar result exam,tak menang tangan reporter gi cover sekolah.tapi kali ni nampak citer banjir lagi hangat

    ReplyDelete
  2. bukan sahaja politik perlu ada kestabilan, pendidikan juga perlu ada kestabilan. kalau kerap tukar modul peperiksaan takut nnt pendidikan kehilangan tanda aras bagi sesuatu tahap pendidikan pelajar.

    ReplyDelete
  3. Seperti bola sepak, janganlah suruh monyet menggubah bunga....

    ReplyDelete
  4. semua kita menerima padahnya...apakan daya hanya mampu bersabar

    ReplyDelete
  5. mungkin nak kaitkan dengan perkembangan sosial genarasi kini, kemajuan dan teknologi ...melihat kecenderungan individu..tapi nampak sangat subjetif..kelebihan dan kekurangan harap dapat diatasi nanti

    ReplyDelete
  6. anak saya pun alhamdulillah...semua ada..A..B...C..D..dan kat sekolahnya tu takde yg straight A.,.

    ReplyDelete
  7. yang sian kat budak2 lah...
    anak sedara ita alhamdulillah...sorang dapat 9a..sorang lagi 7a...2 orang dapat 2a......maka ayah meraung..biasa reputasi anak cemerlang bila dapat keputusan jatuh merudum...

    ReplyDelete
  8. Katanya, mmg kementerian tak akan adakan PC. Sebab PMR dah mansuh, PT3 bkn exam besar mcm PMR. PT3 cuma ujian penilaian utk pelajar tingkatan 3.Camtu lah dgrnya.

    Yg pasti, hal ni mmg jelas mendedahkan kepincangan dlm sistem pendidikan negara kita. Kepincangan pihak yg menggubal.
    apapun, hal ni mmg jelas ada kelemahan di

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Eita, PT3 adalah exam yg lebih besar dari PMR. PMR exam yg boleh main teka-teka jawapan objektif A,B,C atau D. Tapi PT3 perlukan jawapan subjektif di luar kotak minda pelajar, malah ada guru yang kata ada soalan PT3 yg mereka sendiri pun sukar nak jawab. Membandingkan PMR dengan PT3 seperti membandingkan pertandingan mengupas kulit rambutan dengan pertandingan mengupas kelapa. Kita mungkin boleh mengupas 80 biji kulit rambutan dalam masa 15 minit. Tapi untuk kita mengupas sebiji kelapa dalam masa 15 minit, ramai yang tak boleh buat. Seperti kata seorang guru yang saya jumpa, mereka yang score straight A dalam PMR belum tentu dapat score 5A, malah nak score 4A dalam PT3 pun mungkin susah. Begitulah sukarnya PT3 - satu exam yang terlalu besar berbanding PMR yang agak mudah itu.

      Delete
  9. Biasa lepas keputusan keluar pasti meriah di media cetak.. segala macam kejayaan.. tapi kali ni suram.. tertunggu-tunggu respond dorang..
    Setuju dengan Prof. Ungku Aziz..
    Tengok apa jadi..

    ReplyDelete
  10. Setuju JR. Saya pun secara peribadinya sokong PT3. Sebab nak nak tingkatkan lagi tahap kualiti peperiksaan negara kita. Cuma betul la mcm JR kata, jangan la tetibe je umum nak buat then terus buat tanpa persediaan rapi para pelajar dan guru2.

    ReplyDelete
  11. my kakak juga seorang guru . bebelnya mudah saja ... telus ke guru2 tu beri markah pd pelajar ? ... pt3 ni adalah perintis . harap ada kajian menyeluruh dilakukan keatasnya ...

    ReplyDelete
  12. pt3 lbh kpd ujian minda utk pelajar berfikir di luar kertas peperiksaan berbanding PMR yg berteraskan peperiksaan seperti SPM cuma perlaksanaannya terlalu drastik yg menyebabkan bkn shaja murid mlh gurunya juga teraba2 nak follow ... perintis mmg byk kekurangan utk seterunya , insya Allah akan jadi lebih baik ...

    ReplyDelete
  13. pada pandangan saya,pelajar lebih mudah menjawab soalan dlm PMR berbanding PT3 sbb UPSR ,SPM dgn STPM berstrukturkan soalan objektif dan soalan subjektif

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....