Ahad 21 Disember 2014:
Perjalanan balik dari Puchong ke Alor Setar petang itu berjalan lancar dalam keadaan hujan lebat sekejap-sekejap. Bila sampai dekat Ipoh hari sudah gelap.
Laluan yang paling JR tak gemar bila memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan ialah ketika naik bukit turun bukit melepasi Ipoh, Terowong Menora hingga jalan kembali landai ke arah Kuala Kangsar. Dah la jalan berbukit bukau, bengkang bengkok, kena pula dengan cuaca hujan yang kadang-kadang lebat, jalan licin, memang sangat-sangat bahaya. Di bawahnya pula ternganga gaung....
Mujur bila dah melepasi R&R Sungai Perak, cuaca kembali baik. Bila cuaca baik kereta boleh pecut sikit..
Ketika itu jam kereta menunjukkan lebih kurang pukul 8.45 malam. JR bawa kenderaan pelan-pelan saja antara 110-120, kadang-kadang bila tersasul hingga 140 pelankan balik ke 110-120.
Tiba-tiba 5 km sebelum R&R Gunung Semanggol terdengar satu dentuman kuat di kereta JR. Sangat kuat sebenarnya!!
JR ingat ada orang langgar kereta dari belakang. Isteri di depan dah menjerit! Suara 2 anak di belakang kereta tak kedengaran langsung.
JR panggil nama mereka dengan kuat sambil perlahankan kereta ke laluan kiri lebuhraya, takut mereka tercampak keluar kereta. Kedua-duanya menyahut, alhamdulillah...
Tiba-tiba hidung terhidu bau minyak petrol yang sangat kuat dari dalam kereta. Mungkin perasaan aku saja kot??
"Bau minyak petrol tumpah la abah" kata anak perempuan dari belakang.
"Abang... berhentilah tepi jalan, takut kereta terbakar..." kata isteri. (Cabul betul mulut, kata JR dalam hati!!)
JR teruskan perjalanan dengan kelajuan 30-40 saja. Nak berhenti tepi jalan takut kenderaan lain langgar dari belakang. Dah banyak sangat kes macam tu. Bahaya berhenti tepi jalan malam-malam buta macam ni!
Akhirnya selepas 5 km dari tempat bunyi dentuman kuat tadi...alhamdulillah, selamat juga kereta kami mendarat di R&R Gunung Semanggol. Kami semua keluar dari kereta, nak siasat apa bunyi kuat yang hentam kereta tadi dan mengapa ada bau minyak petrol yang sangat kuat??
Keluar saja dari kereta... tu dia... nampak minyak petrol mencurah-curah keluar dari perut kereta kami melimpahi lot parking. Bau petrol yang tumpah dri kereta menusuk hidung menyebabkan ramai juga yang berkerumun memerhati. Bila JR check meter minyak, hah...minyak yang sebelumnya 3/4 tangki dah tinggal sikit saja lagi. Apa dah jadi dengan kereta aku??
Bila cuba suluh bawah kereta dengan torchlight henfon, nampak seperti ada lubang di bawah perut kereta. Apa yang kereta JR langgar tadi sampai habis minyak keluar?
Bila cuba suluh bawah kereta dengan torchlight henfon, nampak seperti ada lubang di bawah perut kereta. Apa yang kereta JR langgar tadi sampai habis minyak keluar?
JR dengan segera telefon PlusRonda (1800-88-0000). PlusRonda janji akan datang dalam tempoh 30 minit.
Menanti kedatangan PlusRonda seperti menanti buah yang luruh dari langit. Rasa sangat lama, penantian satu penyiksaan!!
Lebih kurang 30 minit kenderaan PlusRonda sampai bersama 2 petugasnya... Mereka jenguk dan periksa bawah kereta:
Terima kasih kepada encik PlusRonda kerana sedia membantu!!
"Tangki minyak kereta encik pecah. Terlanggar besi besar agaknya" kata petugas Plus Ronda, "Agaknya ada lori bawa muatan besi terjatuh atas jalan. Banyak kes macam ni pernah berlaku sebelum ini"
Yang paling JR takut ketika itu ialah kereta kena dibawa ke bengkel. Kalau kereta terpaksa dibawa ke bengkel di mana kami nak tidur di malam-malam buta ni? Esok pula keputusan peperiksaan PT3 Sha akan diumumkan. Haru betul!
"Encik ada sabun mandi dan plastik?" tanya petugas PlusRonda. Plastik memang banyak di dalam bonet belakang tapi sabun memang tak ada. Nasib baik kami berada di R&R dapat juga beli seketul sabun mandi untuk diserah kepada petugas PlusRonda.
Petugas PlusRonda kemudian menggunakan pisau mengikis sabun mandi kecil-kecil. Hampir separuh sabun mandi itu dikikisnya. Lepas itu sabun mandi yang telah dikikis kecil-kecil tersebut digumpal dan dimasukkannya ke dalam plastik. Dan plastik itu kemudiannya disumbat ke bahagian bawah tangki yang pecah bagi mengelakkan minyak petrol tumpah.
"OK..kerja siap, minyak tak keluar lagi" akhirnya kata petugas PlusRonda. "Sekarang minyak kereta dah hampir kering, encik pergilah ke stesen minyak kat depan tu isi minyak. Jangan isi minyak banyak-banyak..Cukup isi RM20 dulu. Kemudian kita tengok minyak tu keluar lagi ke tak.."
Nasib baik saki baki minyak dalam tangki masih ada. Dapat juga kereta digerakkan hingga ke stesen minyak yang terletak di sebelah R&R Gunung Semanggol. Lepas isi minyak, petugas PlusRonda yang mengekori kereta JR periksa semula tangki minyak dari bawah.
"OK..minyak tak tumpah lagi. Encik boleh teruskan perjalanan, insyallah akan sampai ke Alor Setar. Tapi bila sampai Alor Setar jangan lupa hantar kereta ke bengkel..Rasanya tangki minyak ni tak boleh pakai lagi, kena ganti tangki baru.."
Syukur sangat-sangat kerana ketika kita perlukan pertolongan ada pakar yang sedia membantu. JR tak dapat menuturkan kata-kata selain dari terima kasih tak terhingga kepada kedua-dua petugas PlusRonda itu. Malang sekali dalam keadaan kalam kabut itu JR terlupa bertanya nama mereka..
Syukur kejadian itu tak berlaku ketika kereta sedang mendaki atau menuruni bukit selepas terowong. Bayangkan jika terlanggar besi di situ, kemudian minyak semua habis keluar masa naik atau turun bukit...silap haribulan boleh tercampak semuanya dalam gaung
Dan syukur juga ketika perlanggaran itu berlaku tak berlaku spark. Bayangkan jika geseran besi itu hasilkan spark dan kemudian api spark sambar petrol yang tumpah, JR dan anak isteri mungkin tak berada lagi di sini.... syukur, syukur, syukur..
Dan syukur juga ketika perlanggaran itu berlaku tak berlaku spark. Bayangkan jika geseran besi itu hasilkan spark dan kemudian api spark sambar petrol yang tumpah, JR dan anak isteri mungkin tak berada lagi di sini.... syukur, syukur, syukur..
Akhirnya kira-kira pukul 1.20 pagi hari Isnin, selamat juga kami tiba ke rumah di Alor Setar... Alhamdulillah kerana Allah permudahkan segalanya. Dan terima kasih banyak-banyak kepada encik PlusRonda!!
ish memang ngeri ni, nasib baik Allah panjangkan usia abang JR dan anak-anak.nasib baik abang Jr tenang aje, kalau saya yang perempuan ni confirm dah panik pastu berhenti tepi jalan!
ReplyDeleteAlhamdulillah! Selamat dan ada PlusRonda yg cekap membantu. Mmg cemas situasi gitu.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. syukur..
ReplyDeleteTerima kasih pada abam PlusRonda tersebut.
Alhamdulillah, terharukan, bila ada yg sudi membantu dgn ikhlas
ReplyDeletealhmdulillah ... bila buat perjalanan jauh , benda yg x disangka mcm ni lah yg merisaukan ...
ReplyDeleteseram tul Etuza baca ..tragedi ngeri ni..laju tu JR kelajuan 110 hingga 140km ..Etuza dah tak berani pandu macm tu..paling tinggi 100 lebih ja..apapun mybe kat sana jalan semua rata ..so boleh lah laju kiraan macam tu. Ada batu kot langgar..kalau di jalan Tambunan ke ranau huuu banyak gigi jalan pecah aspal bergerigi..tak boleh laju..mujur selamat alhamdulillah
ReplyDeleteAllahhuAkbar... dalam perlindungan Allah juga JR dan keluarga.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tangki itu masih mampu menampung minyak dengan cara yang diajarkan oleh En PlusRonda...boleh digunakan dalam kecemasan...