Di Amerika, malah di kebanyakan negara Barat dan Malaysia juga, al-Qaeda digelar sebagai pertubuhan pengganas.
Tapi untuk kes ini JR nak tabik spring kepada seorang tahanan al-Qaeda yang kini sedang ditahan Amerika di penjara Guantanamo. Mengikut sumber Reuters, tahanan al-Qaeda itu bernama Abdul Hadi Al-Iraqi sangat taat kepada ajaran Islam hingga dia selalu dalam keadaan berwuduk. Kerana selalu dalam keadaan berwuduk dia sangat marah jika ada wanita yang bukan muhrim menyentuhnya.
Abdul Hadi Al-Iraqi
Pada 7 November lepas Hakim Mahkamah Tentera Amerika Syarikat telah mengarahkan semua warden penjara wanita Guantanamo tidak menyentuh Abdul Hadi. Ini berlatarbelakangkan kejadian pada 8 Oktober lalu apabila Abdul Hadi memberontak dan mengamuk sakan di dalam penjara apabila seorang warden wanita menyentuhnya ketika memakai gari kepada Abdul Hadi. Amukannya menyebabkan pihak penjara terpaksa memanggil warden penjara lelaki bagi memakai gari dan lepas itu barulah Abdul Hadi tenang.
Berapa orang antara kita yang memandang berat soal bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim ini? Kalau tak sengaja seperti tersentuh tangan cashier bukan muhrim di supermarket ketika menghulur wang kepadanya, doktor tersentuh anggota tubuh bukan muhrim ketika memeriksa pesakit, itu kes lain.
Isunya ialah sentuhan secara sengaja. Ada yang sengaja menyentuh tangan yang bukan muhrim, konon untuk jaga adab. Contohnya ada wanita yang berjabat tangan dengan pemimpin lelaki dan kemudian sebagai rasa hormat mencium pula tangan pemimpin itu... Ya lah pemimpin dan sua (hulur) tangan, tak kan tak nak sambut tangannya pulak? Kalau tak sambut tangannya nanti orang lain kata kurang ajar pula! Biar kurang ajar dengan Tuhan jangan kurang ajar dengan pemimpin!!!
Sebab itu JR tabik spring kepada 'pengganas' al-Qaeda itu yang dalam apa keadaan pun tetap menjaga wuduk dan menjaga hubungannya dengan Allah kerana JR yakin JR sendiri mungkin tak mampu melakukannya dalam keadaan sepertinya...
Bukak TV, tengok berita..
ReplyDeleteTengok pemimpin2 kita yang Islam..bila buat lawatan, yang perempuan Islam hulur tangan, yang pemimpin pun sambut tangan..
Berdoa moga2 pemimpin Islam kita & wanita yang jahil ini, diberikan hidayah NYA..
Jauhkanlah kita dari perkara yang tidak elok..
ReplyDeletewanita islam yg bertudung..sambut tangan pemimpin lelaki..
ReplyDeleteSama2 lah kita berdoa agar kita tak terdorong untuk melakukan hal2 begitu..
ReplyDeleteKalau encik JR nak tengok adegan pegang tangan pemimpin bersedialah tengok perhimpunan agung umno di tv selasa hingga jumaat ini. Ramai wanita bertudung merah tanpa malu akan berjabat tangan dengan pemimpin lelaki dan lepas itu cium tangan. Bodekisma...
ReplyDeletewalau ganas tetap jaga .
ReplyDelete"Biar kurang ajar demgan Tuhan, jangan kurang ajar dgn pemimpin"..itu kata2 yg paling aku suka padat dan tepat ®©¶
ReplyDeleteperingatan untuk diri saya jugak ni supaya sentiasa menjaga kelakuan dan perhubungan dgn yg bukan muhrim.... tak sempat nak tengok salah org lain..sebab diri sendiri ni pun kadang2 lalai.
ReplyDeleteWalaupun saya ni doctor & selalu kena sentuh patient, tapi saya selalu rasa berdosa..
ReplyDeleteErmmmm..