»

13 November 2014

"Mama Beranak Adik Keluar Ikut Mana...?"


Tadi terbaca dalam satu blog seorang ibu muda yang bercerita tentang anak kecilnya yang sangat keletah. Mulut becok dan suka tanya macam-macam. Maklumlah ketika itu rasa ingin tahu begitu menebal.

Pengalaman JR yang pernah membesarkan 6 anak kecil pun serupa. Anak kecil terutama yang berumur 6 tahun ke bawah sangat suka bertanya, kadang-kadang letih kita menjawabnya.

Kadang-kadang ada soalan anak-anak kecil yang ibu bapa terpinga-pinga untuk menjawabnya. Tak jawab salah, nak jawab betul-betul lagi salah...

Contohnya waktu dapat baby baru, anak JR yang teruja dengan kelahiran itu  pernah bertanya ibunya: "Mama..mama beranak adik keluar ikut mana...?"

Pandai saja budak tu buat soalan maut! Memang susah nak jawab...Tak kan nak kata mereka lahir ikut saluran "itu". Nak sebut tentang benda sulit "itu" pun dah jadi taboo, pantang larang nombor satu dalam rumah, ini lagi nak cerita panjang lebar bagaimana mereka "keluar". Payah sungguh!

Akhirnya terpaksalah reka jawapan yang berunsur bohong sunat. Jawapan paling mudah beritau mereka lahir melalui operation. Mereka lahir ikut perut yang dibelah dengan pisau yang sangat tajam! Pada hal dalam 6 anak JR cuma seorang saja yang lahir melalui caesarian, yang lain lahir secara  normal..

Kalau anak-anak korang pernah bertanya soalan itu, apa jawapannya??? Jom kongsi cerita, mungkin ia dapat membantu ibu-ibu muda kita yang lain kalau berdepan situasi sama...

8 comments:

  1. Kakcik pun jawab keluar ikut perut atau 'punggung'... :)

    ReplyDelete
  2. sy pon takpernah terfikir soklan2 hebat itu...masa kecik dulu ingat kuar kot perut,,,hihi

    ReplyDelete
  3. my anak buah pernah tanya pasal tu kat mamanya . saya dan mamanya hanya saling pandang memandang saja sehinggalah satu masa tu kami tgk national geography tentang kelahiran bayi . dari situlah mrk tahu dan mrk rasa menghargai sebab tahu mamanya sakit nak melahirkan mrk ...

    ReplyDelete
  4. asalam JR kanak kanak memang macam tu ada yang dah tinggi rasa ingin tahu kan..

    ReplyDelete
  5. Mula2 ok kot ckp ikut perut. Sbb bdk kecik sgt, kalau cakap detail lain pulak jadiknya. :)

    ReplyDelete
  6. Sama jugak...ikut perut...nanti dah besar ...dah sekolah mereka akan tahu sendiri....

    ReplyDelete
  7. Nak kena pandai jawab tu.
    Kalau tak, lain pulak jadinya.
    Teringat semalam saya ada bagi ceramah sekolah kat darjah 6. Ini termasuklah perubahan fizikal badan. So kene explain pasal organ peranakan perempuan.
    Saya tunjuklah satu2 tapi depa macam blur. Guna bahasa simple.
    Biasalah kecik lagi.
    Tak cukup masa nak terangkan sebab ada technical problem masa tu.
    Sian pulak budak-budak ni.

    ReplyDelete
  8. ehehhe..JM selamat kerana belum kahwin, belum ada anak so x perlu risau soalan camtu hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....