JR buat entri ni hasil idea selepas terbaca blog SMBotak mengenai udang.
Kisah yang JR nak cerita ni berlaku bulan lepas. Ketika itu JR hantar mak mentua ke Klinik Perubatan Am, Hospital Sultanah Bahiyah. Mak mentua pergi ke sana untuk rawatan susulan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dideritainya sejak sekian lama.
Ketika di klinik itu JR terlihat seorang lelaki berusia pertengahan 30an dalam keadaan kaki dan tangannya yang bengkak teruk. Bukan saja kaki dan tangannya bengkak teruk tapi seperti bengkok, terutama jari jemari tangan dan kakinya. Lelaki itu berbadan agak gempal dan berkepala botak ala-ala Mazidul Akmal.
Gambar hiasan, tiada kena mengena dengan watak entri ini
Gambar hiasan, tiada kena mengena dengan watak entri ini
JR: Encik mai sini ni sakit apa? (Dalam hati nak tanya: "Tangan dan kaki kena apa tu, nampak teruk sangat?" Tapi tak sampai hati nak tanya..)
Lelaki Botak: Gout (sambil menunjuk tangan dan kakinya yang bengkak-bengkak dan bengkok)
JR: Dah lama kena gout?
Lelaki Botak: Baru 5-6 tahun ni teruk macam ni...Saya ni nelayan bang, sejak budak-budak lagi dah turun laut. Selalu makan udang, sotong, ketam, kerang. Maklumlah rezeki di depan mata. Makan pula bukan sikit, kadang-kadang rebus atau goreng udang, sotong, kerang, ketam ratah macam tu saja... Tapi tengoklah la ni apa jadi. Tangan saya, kaki saya kena gout yang teruk.
JR: Habis tangan dan kaki macam ni pi kerja macam mana?
Lelaki Botak: La dok kat rumah sajalah. Makan tidoq. Nak kerja pun tak boleh lagi. Tak taulah kalau doktor dapat sembuhkan saya. Nasib baik saya bujang, kalau kawin, kesian anak bini....
Moral cerita: Kalau makan apa-apa pun berpada-padalah... Walau rezeki depan mata, kena pilih-pilih juga....
Berserdehana...kan itu tuntutan agama kita? cewahhh.
ReplyDeletemakanan laut boleh sebabkan gout ke ?
ReplyDeleteAda beberapa jenis makanan yg tak sesuai dengan pesakit gout termasuk makanan laut. Boleh ambil tapi jangan berlebihan...
Deletesaya kalo mkn ketam n udang, mmg bengkak mulut. Tp mmg pernah dgr makanan laut pnyebab gout. cuma tak pasti kesahihannya tu.
ReplyDeleteMakanan yang mempunyai kandungan purin yg tinggi termasuk makanan laut tak sesuai utk pesakit gout.
DeleteAyah saya pun ada gout. doktor x benarkan mkn seafood, kekacang, makanan high protin.seafood memang sedap tp kena berpada.
ReplyDeleteGout sangat menyakitkan. Siapa pernah kena taulah
ReplyDeleteIM jarang makan makanan laut selain ikan.
ReplyDeleteHeran juga ya... Selalu makan ikan yang kaya dengan protin tak pula dalam senarai larangan doktor, ya...
Agak teruk juga kaki dan tangan pemuda tu, tak sangka rupanya makanan laut boleh jadikan punca gaout .... beringat
ReplyDeleteCinta hati saya kata, seafood yang betul2 fresh ni takde datangkan kesan alahan macam seafood yang jual kat pasar atau restoran. Ada dia bagitau macamana tapi saya tak faham sangat sebab agak teknikal sikit penjelasan tu. Apa pun, penyakit ni semua ingatan dari Tuhan untuk kita semua.
ReplyDeleteAlamak, lelaki tu pun botak jugak la... Eh, terima kasih sebab 'link'kan ke rumah buruk saya. Hehehee...