»

21 August 2014

Kau Pergi Jua....Al-Fatihah


Malam tadi JR diberitahu oleh anak kedua, Faez, pagi kelmarin seorang rakan semester di fakulti yang sama dengannya di UTHM,  Adi Iqmal Yahya, telah terlibat dalam satu kemalangan berdekatan Senggarang, Batu Pahat. Ketika itu Adi, pelajar semester 6 Fakulti Kejuruteraan Awam UTHM yang menunggang motorsikal dalam perjalanan untuk menjalani latihan praktikal (latihan industri) di sebuah syarikat pembinan di Batu Pahat telah bertembung dengan sebuah Myvi. Allayarham yang mengalami kecederaan dalaman telah  meninggal dalam perjalanan ke hospital. 

Al-fatihah....

Anak lelaki JR adalah antara mereka yang begitu terkesan dengan kepergian Adi kerana katanya Allayarham adalah seorang rakan yang sangat peramah, ceria dan begitu friendly. Anak JR yang kini sedang menjalani latihan praktikal di JKR Kedah menyatakan jika Johor itu dekat dengan Kedah dia pasti akan pergi untuk memberi penghormatan terakhir untuk rakannya.


Takziah buat keluarga Adi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Al-fatihah...

9 comments:

  1. Al-Fatihah..kehilangan insan terdekat mmg menyedihkn.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. Alfatihah.. :'( salam takziah buat keluarga arwah. Utk anak JR, bersabarlah atas kehilangan kawan yg baik.

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah...
    bagi anak Jr memang patut pun dia terkesan sangat dengan pemergian mengejut sahabatnya tu...

    Selama ni belajar dan bermain bersama...dalam perpisahan yang singkat tiba2 dah pergi untuk selamanya..




    ReplyDelete
  4. Alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  5. Al fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.. good man die young..

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah.. semoga beliau ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihi Allah.. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  7. al-fatihah...

    ReplyDelete
  8. Kawan baik zaman sekolah rendah. Baru tahu dia dah takde. Allahu. Patut cari fb dia dah xde. Sediahnya. Sorang sorang kawan mimin takde. Alfatihah

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....