»

09 July 2014

Sambal Jerman 7, Samba Brazil 1


Bagi peminat bolasepak dunia, keputusan Piala Dunia antara Jerman dan Brazil sebentar tadi pasti sangat mengejutkan apabila Jerman berjaya mengalahkan Brazil dengan keputusan 7-1. Seperti tidak percaya Brazil sebagai satu kuasa bolasepak terulung dunia diratah dengan begitu teruk oleh Jerman. Brazil yang dikenali dengan permaianan bolasepak cantik ala-samba dengan mudah diratah seperti meratah sambal oleh Jerman melalui gol-gol Thomas Muller pada minit 11 dan 68, Toni Kroos pada minit 24 dan 26, Miroslav Klose dan Sami Khedira pada minit 23 dan 29 serta Andre Schurrle pada minit 79.


Oscar pula mengurangkan sedikit kepedasan sambal Jerman apabila menghadiahkan gol saguhati untuk Brazil pada minit  90.

Kini Jerman sedang menunggu pertemuan perlawanan akhir Piala Dunia sama ada menentang Belanda atau Argentina yang akan berentap pagi esok.

Apa pun, jom pergi kerja dan pagi ini pasti di mana-mana ramai yang bersembang mengenai kepedasan sambal Jerman dan ketumpulan samba Brazil itu.

9 comments:

  1. tahniah jerman...brazil berkabung hari ini...apa2 pun sambal belacan Malaysia yg best!

    ReplyDelete
  2. saya jugak yg tak tau apa sbb tak minat..bkn takat kaki bangku..kaki meja sekali..:)

    ReplyDelete
  3. Cerita yang hot waktu pagi di office.. seronok dengar memasing bercerita..
    takpe.. tunggu siaran ulangan.. pasti Brazil menang pulak.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  4. Citer panas kat laman sosial hari ni. Brazil dibelasah jerman lah, sambal jerman samba Brazil. Ape2 pun..sian Brazil. Hadoi..

    ReplyDelete
  5. hahahaha..GO Jerman!!!!!

    ReplyDelete
  6. Makcik-makcik dan akak-akak ofis yang tak ambil tahu pasal bola pun mula bercerita pasal kekelahan Brazil ni. Mengalahkan cerita Gaza bermandi darah diratah oleh Israel.

    ReplyDelete
  7. ha ah mmg x sangka . kecoh rumah tgk bola sambil bersahur . selepas gol pertama minit ke 11 tu , rentak permainan brazil dah jadi mcm kucar kacir ...

    ReplyDelete
  8. Kesian kat Brazil.. sob..sob..sob...

    ReplyDelete
  9. hahaha...tuan rumah kalah teruk...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....