»

18 July 2014

8 Fakta Tragik Tentang #MH17


Terlebih dahulu JR ingin mengucapkan takziah kepada semua waris penumpang MH17 yang jatuh di Ukraine awal pagi tadi. Pesawat yang berlepas dari Amsterdam Belanda itu dijadual tiba di KLIA awal pagi ini. Setakat ini belum jelas sama ada pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine atau menghadapi masalah di udara dan kemudian terhempas. Laporan dari kerajaan Ukraine, Amerika dan media Barat menyatakan MH17 ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine tetapi pihak pemberontak meyatakan mereka hanya kumpulan kecil yang tidak berkeupayaan menembak jatuh kapalterbang penumpang yang berada dalam  jarak yang begitu tinggi di angkasa.

















Fakta-Fakta Menarik Tragedi MH17:

1. Begitu banyak angka 7 yang terlibat dalam tragedi ini  - MH17 ialah sebuah boeing 777 yang mula beroperasi pada 17.7.1997 dan jatuh di Ukraine pada 17.7.2014.

2. Seorang pegawai kerajaan Ukraine memberitahu Reuters bahawa mengikut siasatan awal kesemua 295 orang dalam penerbangan itu maut.

3. Kawasan pesawat MH17 jatuh ialah kawasan bergolak yang dikuasai oleh pemberontak Ukraine yang menuntut kawasan itu merdeka dari kerajaan Ukraine. Pihak pemberontak mendapat sokongan Russia termasuk persenjataan. Kawasan yang dilalui oleh MH17 ini dianggap oleh kerajaan Ukraine sebagai kawasan bahaya kerana beberapa pesawat mereka pernah ditembak jatuh oleh pemberontak. Seorang juruterbang memberitahu The Telegraph, dia terkejut kerana MH17 masih menggunakan laluan di ruang udara Ukraine memandangkan sebuah pesawat pengangkutan negara itu baru saja ditembak jatuh awal minggu ini.

4. Anggota keluarga MH17 di Malaysia berang kerana maklumat mengenai tragedi itu cuma diberitahu oleh MAS 3 jam selepas media sosial seluruh dunia melaporkannya.

5. Mengikut pegawai dari Jabatan Kecemasan Ukraine, beberapa anggota tubuh mangsa MH17 ditemui berkecai hingga 15 km dari jarak tempat pesawat itu dijumpai yang menunjukkan begitu dahsyat kemalangan yang berlaku.

6. Laporan awal agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan MH17 terdiri dari:

- 23 warga Malaysia
- 154 warga Belanda
- 27 warga Australia
- 11 warga Indonesia
- 6 warga British
- 4 warga Jerman
- 4 warga Belgium
- 3 warga Filipina
- 1 warga Kanada

7. Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana kerajaan Ukraine yang berkata, mereka sukar melakukan operasi mencari dan menyelamat kerana kemasukan mereka ke lokasi pesawat teehempas dihalang oleh kumpulan "pengganas bersenjata".

8. Wartawan New York Times yang berada di lokasi bencana melaporkan, kebanyakan mayat masih terikat dengan tali pinggang keselamatan di tempat duduk.

Al-fatihah.... 

12 comments:

  1. Salam takziah untuk kesemua keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Maaf..sebenarnya 1997. Pembetulan sudah dibuat.

      Delete
    2. Ye baru 17 tahun bukan 37 tahun...

      Delete
  3. Al-Fatihah. Janji Allah itu pasti.

    ReplyDelete
  4. saya duduk depan tv sejak pagi. rusia kata ukraine, ukraine kata pemberontak pro rusia. yg terbaru dakwa tentera ukraine sengaja tembak. Allah menguji kita ..

    ReplyDelete
  5. Takziah buat keluarga MH17 ni JR.. semoga kita lebih dekat dengan Allah bila diuji ni ..

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainna ilahirajiun..
    Moga keluarga mangsa tabah dan kuat hendakNYA.

    ReplyDelete
  7. Baru tadi Nurul dapat Whatsapp pun pasal 7 juga ni JR, Nurul salin kat bawah ye :
    Penerbangan pertama : 14/7/1997
    Penerbangan Terakhir : 17/7/2014
    Tahun 2014 tolak tahun 1997 : 17
    Ditembak oleh SA 17 Missile
    Kenapa angka 17? sebab Allah nak ingatkan :
    Subuh - 2 rakaat
    Zohor - 4 rakaat
    Asar - 4 rakaat
    Maghrib - 3 rakaat
    Isyak - 4 rakaat
    = 17 rakaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7 petala langit 7 petala bumi....7 pintu neraka 7 pintu syurga.....
      Subhanallah...

      Delete
  8. 7 hari seminggu. Subhanallah..
    Takziah, Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  9. Sungguh tragis tragedi ni wpun dah belalu seminggu yg lalu.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....