16 June 2014

Tips Nak Gemukkan Badan


Selalu sangat tengok iklan untuk menguruskan badan. Ramai pula yang buat macam-macam untuk kurus. Sehingga ada yang sengsara akibat tahan makan untuk kurus. Ada pula yang pergi sedut lemak, akhirnya keluar berita dah dijemput malaikat maut. Ada juga yang makan ubat yang entah apa-apa, akhirnya menderita kegagalan buah pinggang.

Itu bagi yang gemuk mahu jadi kurus. Bagi yang kurus pula nak gemuk sikit. Seperti anak bujang JR ini:


Badan anak bujang JR ni sejak kecil sentiasa kurus. Sejak kecil telah berusaha macam-macam untuk menggemukkan sikit badannya - cuba banyakkan pengambilan makanan yang boleh menambahkan berat badan, cuba banyakkan minum susu full cream, cuba makan supplement, tapi hasilnya masih negatif. Badan tak nak gemuk-gemuk!

JR dulu pun masa sekolah menengah badan kurus melidi. Masa di sekolah dulu sesi yang paling JR benci ialah bila cikgu suruh timbang berat badan. Ingat lagi masa di Tingkatan 5 berat badan cuma 90 pound (41 kilo) menyebabkan ramai kawan ketawa. Macam-macam gelaran diberi terutama oleh rakan-rakan perempuan: badan macam jerangkung, papan sekeping, tak ada pungkoq (punggung), tiang letrik, cicak kubing dan macam-macam lagi gelaran yang tak sedap didengar.

Tapi lepas kahwin berkat isteri yang suka masak sedap-sedap, budaya kerja yang banyak mesyuarat dan makan, kemudian malas bersenam, badan pun naik, naik dan naik pelan-pelan. Kemuncaknya badan naik hingga 80 kg. Lepas itu barulah JR mula bersenam dan jaga pemakanan hingga sekarang maintain sekitar 65 - 68 kg..

Minggu lepas sebelum pulang ke kampusnya di UiTM Arau, JR beritau anak jangan bimbang sangat tentang tubuhnya. JR kata abah dulu pun kurus kering, tapi lepas kahwin badan naik....

Ada sesiapa yang boleh beritau tips nak gemukkan badan? Tak kan nak suruh anak bujang JR yang baru berusia 19 tahun itu kahwin supaya badannya naik?
 

11 comments:

  1. bagitau dia, bentuk fizikal atau tahap kehenseman bukan ukuran. yang penting, hati mau baik. contoh paling dekat adalah penulis komen ni. hehehe...

    *gemuk ka, kurus ka... apa ada hal. janji sihat ma.

    ReplyDelete
  2. dulu..zaman sekolah saya cukup 'cemburu' dgn sorg kawan..kawan pompuan yg mcm anak JR ni...makan bagaikan selera gajah...tak naik2 badannya..sedangkan saya control bagai nak rak pun,cepat ja naik (dan tak mau turun2)
    lps tu faham la..faktor metabolisme,faktor genetik memainkan peranan..

    ReplyDelete
  3. Maybe sebab dia ikut JR tu yang badan dia hok gitu jugak. Adik ana pun 19thn, lebih kurang gitu gak badan dia. Takleh naik2, makan macam montser. Tapi badan still camtu gak, kerempeng. :D

    ReplyDelete
  4. faktor genetiklah tu..
    kalau lemak ni boleh bagi kat anak JR.. dah lama ai transfer bagi dia berisi sikit.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. hahahhaa...41 kilo tu JR, berat saya masa Form 1 !

    Makan kombinasi complex carbohydrate byk sikit ( mee/pasta/roti/nasi) + byk kan lean protein ( daging putih macam ikan/ayam)..lepas tu buat workout resistance/weight training sikit + cardio exercise ( bola/jogging/cycling/ etc)

    ReplyDelete
  6. Samo lah kito JR.. akak dulu form 5 .. camtu lah beratnya 41kg.. tak Cayo tanya blogger eye nee.. tak po janji sihat.. tak pun ikut komen DZ Kat atas tu.. ;)

    ReplyDelete
  7. Orang kata, badan kurus ni bagus. Metabolisme tinggi. Makan nasik menambah pun, badan masih maintain lagi.

    ReplyDelete
  8. Dah....dah...bagitau kat anak bujang tu jgn gemuk ...x elok orang malaysia ni dah terlebih ramai yg obesiti.

    ReplyDelete
  9. Keturunan lah kot tu...tak payah risau lah...
    Macam bunda ni pun ikut keturunan kot...nak gemuk susah sangat...tapi nak kurus senang sangat....

    Susah hati...tak cukup tido...sakit ...tak de selera makan...kuruih lah....
    Relax jer...dari dorang yang susah payah dari gemuk nak berusaha kurus kan badan....

    Bunda terima aja seadanya...tapi dalam kawalan juga...cara pengambilan makanan dan sedikit senaman.....

    Bukan apa...untuk jaga kesihatan juga...bukan untuk kurus aja...
    Apa lagi dalam usia dah senja ni...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. Ade kawan Nurul minum susu gain weight.. dia kata bagus .. bole try la ea

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....