17 June 2014

Pala Dunia: Awas..Malaikat Maut Di Sisi Anda!!


Bagi peminat Piala Dunia berhati-hati. Sudah ada yang mati gara-gara berjaga malam untuk menonton Piala Dunia. Sambil seronok-seronok melihat 22 orang mengejar sebiji bola jangan lupa malaikat maut sedang berada di luar pintu rumah atau di hadapan Kedai Mamak siap untuk mengambil nyawa mereka yang menonton secara ekstrim... 

Seorang lelaki berusia 25 tahun dari Wilayah Sonzhou, China mati mengejut  gara-gara tidak tidur kerana asyik menonton Piala Dunia sepanjang malam. Dia ditemui mati di depan TV yang masih terpasang di biliknya pada pagi Sabtu lepas. Dia dipercayai mati ketika menonton perlawanan antara Belanda dan Sepanyol di mana Sepanyol kalah 1-5 kepada Belanda. Agaknya dia peminat Sepanyol kot dan terkejut kerana Sang Juara boleh kalah begitu teruk?

Mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Xiangcheng dan doktor mengesahkan kematiannya disebabkan kekurangan tidur dan keletihan melampau.


Para doktor di China sebelum ini telah mengeluarkan amaran agar tidak terlalu obses untuk menonton perlawanan sehingga mengabaikan kesihatan.
Tragedi mati kerana gila tengok bola bukan perkara baru di China. Pada perlawanan bolasepak Euro 2012 seorang lelaki yang menonton 11 jam perlawanan tanpa henti juga pernah mati. Pada Piala Dunia 2006 dan 2010 pula hospital-hospital di China dipenuhi ramai pesakit yang mengalami simptom keletihan melampau akibat tak cukup tidur kerana menonton bola.

Harap-harap apa yang berlaku di China tak berlaku di Malaysia. JR juga tonton Piala Dunia tapi tak semua perlawanan tengok dan tak sampai ke peringkat gila-gila hingga tak tidur langsung...

7 comments:

  1. janganle ada yang pecah rekod atau buat sejarah kat malaysia..

    ReplyDelete
  2. Bahaya tu. Nampaknye masih ramai je yg tonton bola sentiase. Malaikat maut perhati je tu. Huhu. Takut tak sempat ingat Tuhan, sbb lalai tonton bola.

    ReplyDelete
  3. kesiannnn...WC tak sempat habis...dia yg gol dulu...

    ReplyDelete
  4. Contoh banyak didepan mata...sendiri mau INGAT lah...

    ReplyDelete
  5. Kalau obses mcm tu, boleh jatuh haram menonton bola. Hehee

    ReplyDelete
  6. macam2 gelagat peminat bola ni kan... sanggup mengabaikan kesihatan diri.. yang kesian family yg ditinggalkan

    ReplyDelete
  7. Jgn risau JR...kat malaysia depa pandai, lepas penat tgk bola, depa mai klinik mintak MC...takgi kerja, membuta sampai ke petang..hahaha

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....