»

15 June 2014

Sayangkan Anak Boroi-Boroikan...


Ini cerita pagi Jumaat lepas. Hari Jumaat dan Sabtu di Kedah cuti. Sebab itu kalau hari Jumaat dan Sabtu memang ramai orang berjoging di Taman Rimba (Taman Jubli Perak), Alor Setar berbanding hari-hari lain.

Hari itu ketika dah menghabiskan joging 6 km, masa nak menuju ke kereta untuk balik ke rumah, JR terjumpa seorang jogger hebat Taman Rimba di tempat parkir. JR kata rakan yang ditemui itu jogger hebat kerana dia boleh berlari 10 km tanpa henti. Tak seperti JR nama saja joging, tapi kadang-kadang lari campur berjalan, bila penat lari cuma berjalan laju. Nak lari tanpa henti 6 km memang pancit, maklumlah umur pun bukan muda lagi..

Berbeza dengan rakan yang dipanggil cikgu S ini, dia boleh berlari 10 km tanpa henti dan tanpa menunjukkan wajah penat. Patutlah pun dia jadi guru sukan di sekolah. Tengok wajahnya yang tinggi lampai, perut tanpa sedikit pun lemak boleh buat lelaki cemburu dengan penampilan lelaki awal 40an ini.

Biasanya JR nampak dia berjoging bersendirian dan sesekali dengan isteri comelnya. Tapi hari ini ada seorang budak jadi escortnya. 

Ketika cikgu S memperkenalkan budak itu sebagai anaknya, JR agak terkejut. Tak seiras langsung! Cikgu S berwajah bujur sirih, badan slim tinggi lampai. Anaknya pula alahai...

Ketika anaknya bersalam dengan JR, JR menyambut salamnya sambil menumbuk manja perut montelnya. Budak itu ketawa terkekeh-kekeh sambil meraba-raba perut.

"Anak I tu memang kuat makan. Sebab tu lah kan perut dia begitu gebu" kata cikgu S bila anaknya sudah masuk dalam kereta, "You tengok tu...masuk saja kereta dia dah bantai kuih yang ada dalam kereta. Macam mana tak gemuk!"

"Sebenarnya salah kita juga sebagai orang tua" kata cikgu S lagi,"Anak nak apa pun kita ikut. Nak KFC, Mc D, burger, pizza...cakap saja, tak sampai 30 minit semua makanan dah ada depan mata. Akhirnya kerana ikut sangat kehendak anak makan, tengoklah dia...chubby.. Orang dulu kata sayangkan anak tangan-tangankan, tapi kita zaman ini sayangkan anak boroi-boroikan..hahahahaha..." kata cikgu S sambil ketawa diikuti oleh ketawa JR yang lebih kuat dari ketawanya. Memang lucu dengan peribahasa ciptaannya: 'sayangkan anak boroi-boroikan'.

Kata-kata cikgu S memang betul, ibu bapa sekarang sangat memanjakan anak-anak mereka termasuk bab makan minum. Patutlah Malaysia dikenali sebagai negara orang paling gemuk di Asia Tenggara dan ketiga tergemuk di Asia!

JR pernah terbaca satu kajian, dah tak ingat dari universiti luar negara mana yang berkata kebanyakan kanak-kanak gemuk bukan semata-mata faktor genetik tetapi lebih kepada cara ibu bapa melayan anak-anak mereka makan. Kebetulan ibu bapa gemuk yang suka makan banyak akan menyediakan banyak makanan di rumah untuk keluarga. Secara tak langsung anak-anak yang melihat ibu bapa mereka kuat makan akan mengikut cara makan yang sama. Akhirnya ibu bapa yang boroi akan mempunyai anak-anak yang boroi, bukan kerana genetik tapi cara pemakanan di rumah itu sendiri...

6 comments:

  1. sempoi peribahasa hehehe

    ReplyDelete
  2. Sayangkan anak boroi-boroikan? Hahaha.. :D

    ReplyDelete
  3. sesuai untuk saya tu JR tetapi bukan kerana saya tak bertegas..
    tapi ayahnya yang agak berlembut..huhu

    ReplyDelete
  4. susah nk tahan hati tgk muka anak mintak makan..hehhe

    ReplyDelete
  5. Yelah ....tak sampai ati nak hampakan anak yang minta makanan tu yang jadi peribahasa alaf baru.........

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni banyak sangat didedahkan makanan segera...mak bapak pulak bekerja ...tak cukup masa nak memasak...jadinya cari makanan SEGERA jelah untuk anak2....

    Sebab tu lah perut anak pun SEGERA boroi...tak tunggu dewasa lagi....
    Ha ha ha...nak salah kan siapa lagi...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....