Kisah benar ini berlaku 3 tahun lepas. Bila semalam anak perempuan JR mengingatkan tentang cerita itu, timbul idea JR untuk kongsikan cerita itu di sini.
Noor (bukan nama sebenar) adalah salah seorang rakan baik anak bongsu perempuan JR. Dia anak kepada seorang pegawai kanan kerajaan Kedah yang ada gelaran peringkat tinggi. Walaupun mereka keluarga ternama tapi mereka sekeluarga tidak sombong dan anak-anak mereka juga sangat merendah diri.
Suatu malam Noor dan seorang adiknya menemani abang mereka, Muhammad (bukan nama sebanar) berusia 20an menaiki kereta ke bandar kerana ada sesuatu keperluan mendesak. Di pertengahan jalan, ketika pulang ke rumah tiba-tiba terdengar satu dentuman kuat. Sebuah tubuh tiba-tiba melayang di hadapan cermin depan kereta dan terjatuh ke belakang kereta. Cermin kereta pecah berderai.
Dalam kegelapan malam di bawah sinar lampu jalan, Noor dan Muhammad panik melihat sebuah motorsikal yang rosak teruk di hadapan kereta. Di belakang kereta pula ada sekujur tubuh tak bergerak dengan darah pekat memenuhi jalan.
Tidak lama kemudian ramai orang berkumpul. Ketika itu baru Muhammad yang pada mulanya terpaku tak tau buat apa-apa menelefon ambulan.
Pemuda yang cedera parah itu kemudiannya meninggal dunia tak lama kemudian.
Muhammad selama beberapa hari lepas kejadian itu menjadi seorang yang pendiam dan murung kerana dia rasa sangat bersalah menyebabkan kematian pemandu motorsikal itu. Ibu bapa Muhammad bercadang untuk membawa anak lelaki mereka menemui keluarga mangsa kemalangan untuk memohon maaf, tapi Muhammad menyatakan dia masih trauma dan belum bersedia untuk bertemu keluarga itu.
Pada hari ketiga lepas kemalangan barulah semangat Muhammad pulih sedikit. Dia mengajak ibu bapanya ke rumah mangsa kemalangan yang telah meninggal itu.
Tapi belum pun mereka keluar dari rumah agam milik mereka, tukang kebun rumah keluarga itu datang memberitahu ada sepasang suami isteri datang untuk menemui mereka. Suami isteri tersebut memberitahu mereka adalah ayah dan ibu kepada mangsa kemalangan yang telah meninggal itu.
Dada seluruh ahli keluarga itu, terutama Muhammad, berdebar dengan kedatangan suami isteri itu. Mungkin mereka datang dengan tangisan dan kemudian akan menjerit dengan suara tinggi kerana Muhammad telah menyebabkan kematian anak lelaki mereka? Mungkin juga mereka datang untuk meminta ganti rugi setimpal kerana mungkin itu satu-satunya anak lelaki yang menjadi harapan keluarga itu?
Muhammad dengan wajah sugul dan longlai pergi bersalam dengan si-suami. Ketika menunduk muka mencium tangan si-suami dengan air mata berderai sambil memohon maaf tak henti-henti, Muhammad sudah bersedia dengan apa saja kemungkinan termasuk sebuah penumbuk padu atau penampar sulung yang boleh menyebabkan giginya bersepai.
Tapi si-suami mengusap kepala Muhammad dan menyatakan mereka sekeluarga sudah memaafkan Muhammad dan tidak menyimpan dendam atas apa yang telah berlaku. Kata mereka kematian anak lelaki mereka adalah satu ketentuan Illahi dan mereka meredakan kehilangan itu biar pun mereka sangat sedih dengan kepergian mengejut anak kesayangan mereka.
Suami isteri itu juga memberi semangat kepada Muhammad supaya tidak trauma dan tidak terlalu menyimpan rasa bersalah kerana ia seolah-olah menyesali takdir yang telah ditentukan Allah. Cuma mereka berpesan kepada Muhammad supaya lebih berhati-hati memandu di masa hadapan.
Keluarga Muhammad tak dapat menahan sebak apabila melihat ketabahan keluarga yang kehilangan anak lelaki mereka itu. Keluarga itu bukan saja sudi memaafkan kesalahan Muhammad, malah sempat memberi semangat kepadanya. Dan yang lebih mengejutkan ialah keluarga mangsa kemalangan itu yang terlebih dahulu datang memberi kemaafan kepada keluarga Muhammad sebelum mereka sendiri sempat pergi menziarahi ke rumah mangsa kemalangan untuk memohon maaf.
Tiga bulan lepas kejadian itu, suatu hati suami isteri itu datang lagi ke banglo mewah dua tingkat keluarga Muhammad. Mereka membawa satu sampul surat berwarna putih. Ia bukan surat dari pejabat peguam untuk meminta ganti rugi kematian anak lelaki mereka. Tapi ia surat jemputan kahwin adik perempuan kepada allayarham anak lelaki mereka.
Kisah keluarga berhati emas ini mengingtakan JR kepada satu kisah benar yang berlaku di Iran lebih kurang 3 bulan lalu. Seorang lelaki telah dibawa ke tali gantung atas kesalahan membunuh seorang pemuda. Ketika hukuman akan dijalankan lelaki yang bakal menerima hukuman mati itu meraung-raung meminta dia dimaafkan oleh keluarga si-mati kerana dia rasa sangat menyesal atas kesalahannya dan dia juga mempunyai tanggungan yang ramai.
Sejurus sebelum tali gantung membelit lehernya, tiba-tiba muncul ibu kepada si-mati yang menyatakan kematian lelaki itu tidak akan menyebabkan anak lelakinya hidup semula. Dan si-ibu sambil menangis menyatakan dia memaafkan lelaki itu. Akhirnya lelaki itu dibebaskan dari tali gantung.
Tapi kejadian itu berlaku di Iran sebuah negara yang menjalankan perundangan Islam. Jika berlaku di Malaysia yang mengikut undang-undang sekular ciptaan manusia, berapa ramai keluarga si-mati yang datang untuk memberi kemaafan pun, namun hukuman mati tetap dijalankan jika mahkamah mendapati seseorang itu bersalah.
Masih ade lagi orang yang berhati emas ni ye JR. Terharu ana baca. Mcm alkisah zaman parafussoleh pula.
ReplyDeletepasal kemalangan:
ReplyDeleteteringat laporan akhbar semalam pasal sorang wanita (isteri) yang mati digilis lori. pemandu kereta mewah yang jadi penyebab terus hilang entah ke mana. semoga hidup dia dihantui mimpi ngeri sampai bila2.
pasal kemaafan:
juga pernah menonton filem iran mengenai usaha seorang remaja yang mahu menemui sebuah keluarga bagi pihak kawannya, meminta keluarga tu dapat memaafkan kawannya supaya kawannya terlepas hukuman mati. tapi akhirnya dia sendiri dalam dilema.
memberi kemaafan lbh berharga dari segalanya..bayangkan hidup kita tanpa kemaafan dari org yg pernah kita sakiti hatinya..
ReplyDeleteBegitu kuat keimanan keluarga yang kehilangan anak itu.. mudah2an.. Allah juga memberikan ganjaran kepada mereka. Nurul pun ade membaca kisah di Iran itu, Mak mangsa memberi maaf dikala lelaki itu sudah siap untuk digantung, dengan satu tamparan dan tangisan, Ibu itu memberikan kemaafan.. subhanallah..
ReplyDeletekalau pun diberi hukuman atas kesalahan..ianya tak sama sekiranya tidak diberi kemaafan..perasaan bersalah akan tetap dibawa hingga kemati..
ReplyDeletesaya harap keluarga Muhammad bantulah apa yg patut utk keluarga pemuda yg meninggal tu..
ReplyDeletehati emas ni susahnya nak cari..
ReplyDeletelagi2 bila melibatkan nyawa yg tak de galang gantinya...
Tak tahu pula sekiranya di letakan diri kita di tempat mangsa yang dilanggar oleh Muhamad...adakah kita juga setabah itu untuk memberi kemaafan?
ReplyDelete