'Mata-Mata di rumah pasong'... korang faham tak maknanya??
Kalau tak faham baca entri ni sampai habis....
Sebenarnya dah lama juga JR tak dengar perkataan 'mata-mata'. Bila teringat mata-mata teringat zaman kecik-kecik di kampung dulu. Dulu aruah emak selalu pesan, bila besar tolong jangan jadi mata-mata. Bila JR tanya mengapa tak boleh jadi mata-mata yang segak dengan uniform dan ada pistol di pinggang? Emak kata mata-mata suka tumbuk rusuk.
Kalau tak faham baca entri ni sampai habis....
Sebenarnya dah lama juga JR tak dengar perkataan 'mata-mata'. Bila teringat mata-mata teringat zaman kecik-kecik di kampung dulu. Dulu aruah emak selalu pesan, bila besar tolong jangan jadi mata-mata. Bila JR tanya mengapa tak boleh jadi mata-mata yang segak dengan uniform dan ada pistol di pinggang? Emak kata mata-mata suka tumbuk rusuk.
Tapi korang tau ke apa itu 'mata-mata'? Mata-mata ialah perkataan Melayu lama untuk polis. Mungkin kerja polis suka mengintip orang, lalu orang Melayu dulu memanggil mereka mata-mata.
'Tumbuk rusuk' pula korang tau apa maknanya? Tumbuk rusuk ialah rasuah. Perkataan ni pun dah lama JR tak dengar.
Sebenarnya JR sebut tentang mata-mata kerana malam tadi JR tengok satu siri drama dari Singapaura bertajuk Mata-Mata di TV7. Siri drama dalam Bahasa Inggeris ini mengisahkan kehidupan polis di Singapura tahun 1950an. Yang berbeza dengan drama polis Malaysia ialah dalam Mata-Mata ditunjukkan tak semua polis di Singapura itu baik, ada juga polis yang jahat dan rasuah. Polis Malaysia semua baik-baik belaka...sebab itu tidak pernah diceritakan dalam filem atau drama Melayu ada polis yang jahat seperti polis dalam cerita orang putih, Cina, Korea, Indonesia dan Hindustan...
Tapi sebenarnya JR bukan nak bercerita tentang polis dalam entri ini. JR cuma tertarik dengan perkataan 'mata-mata' yang sudah lama hilang dari kamus Melayu. Agaknya ramai generasi sekarang yang tak tau apa itu mata-mata, walaupun ramai yang mungkin berminat nak jadi polis.
Selain dari 'mata-mata', banyak lagi perkataan lama Melayu yang kini sudah hilang diganti perkataan baru yang berasal dari Bahasa Inggeris. JR tak pasti sama ada korang pernah dengar perkataan-perkataan ini, antaranya:
Rumah pasong - balai polis.
Rumah sakit - hospital
ilmu hisab - matematik
ilmu alam - geografi
ilmu kejadian - biologi
tata rakyat - sivik
tawarikh - sejarah
kutub khanah - perpustakaan
tabib - doktor
siasah - politik
belanjawan - bajet
tetuang udara - radio
Itu cuma beberapa perkataan yang JR pernah dengar masa kecil-kecil dulu dan kini hampir tak pernah didengari lagi. Semua perkataan-perkataan lama yang berbau Melayu itu kini digantikan dengan perkataan yang berasal dari bahasa Inggeris. Perkataan terakhir sekali yang sudah hilang dalam senarai bahasa Melayu ialah 'belanjawan' yang mula digantikan dengan perkataan bajet (budget) oleh Dr Mahathir ketika pembentangan bajet tahun 2002.
Korang ada perkataan-perkataan lama lain yang dulu pernah dengar tapi kini tak digunakan lagi? Jika ada, jom kongsi ilmu...
kita banyak guna pinjaman dari bahasa inggeris untuk gantikan perkataan dalam bahasa melayu. tapi `kutub khanah' tu memang 1st time dengar la. hehee... teringat arwah atuk saya pernah warning "pakai helmet tu, kat sana ada mata-mata" bila nak ikut dia pergi pekan naik moto.
ReplyDeleteradio=tetuang udara? tak pernah dengar..heee
ReplyDeleteyang saya ingat ilmu alam=geografi:-))
First time tahu mata-mata tu perkataan lama melayu. Terima kasih JR kongsi ilmu. Perkataan tabib tu ana msih dengar lagi di kalangan mulut org2 melayu skrg.
ReplyDeleteTetuang udara tu yang paling rare rasanya.. Haha. Mana la datang idea ayat tu kan.
ReplyDeleteTQ JR sebab berkongsi...saya baru tau RASUAH dipanggil Tumbuk Rusuk zaman zaman dulu kala....Tapi org zaman sekarang lagi canggih, rasuah di panggil duit kopi...imbuhan saguhati...dan lain lain....Mmg patot sgt kena tumbuk rusuk org yg merasuah & terima rasuah..
ReplyDeletekalau rumah sakit tu kt kampung Nurul masih guna sampai sekarang Jay, loghat untuk bahasa sana.. Tetuang Udara tu Nurul tak pernah dengar la.. mcm pelik plak..
ReplyDeletesaya panggil mata - mata tu perisik . istilah tu byk digunakan masa saya sekolah rendah . skrg istilah tu dah di tukar ...
ReplyDeleteSiapa yg bersekolah sekitar 70-80an lah dgn perkataan tu.. tapi yg radio tu baru tahu "tetuang udara"
ReplyDeletePerkhabaran - Berita
Tetuang udara tu pernah saya nampak dalam manual radio amatur masa study kat politeknik dulu. Kitorang budak-budak baca sengih-sengih je sebab bahasa manual tu memang retro habis. Kertas pun dah jadi warna kuning sebab dah lama sangat.
ReplyDeletekalau tonton cerita indon masih ada beberapa perkataan yg mereka masih gunakan..mcm rumah sakit tu kan..
ReplyDeletekalau sy dengar org gunakan perkataan2 ni..memangla..blurr tak paham
Ada lagi JR yang bunda pernah dengar masa kecik2 dulu bila curi dengar mak2 bersembang...
ReplyDelete'merket' (pasar), 'pos sopeh' (pejabat pos), satu lagi kalau tak silap bunda 'masuk jawi' (berkhatan)...
rumah pasong tu balai polis ke? Oooo... baru le koi tahu. Saya dok membayangkan rumah pasongan tu tempat org kena pancung. Hehe. takde kaitan pon.
ReplyDeletesaya sgt suka dgn istilah 'khutub khanah' tu...bunyi nya sangat indah didengar.... sayang sudah tidak digunakan lagi...
ReplyDelete*masa kecil2 dulu selalu berangan-angan mempunyai khutub khanah sendiri... :)