»

19 May 2014

Lokap Jika Tak Bayar Saman - Penjelasan Peguam


Semalam JR ada menyebut dalam entri tentang kenyataan PDRM bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan terus disumbat dalam lokap polis jika tidak menyelesaikan waran tangkap itu.

Hari ini JR baca penjelasan seorang pengamal undang-undang, Zulhazmi Shariff mengenai perkara itu:

                                              
Kalau korang nak tau penjelasan lengkap dari peguam itu boleh baca di sini....

Tapi jika korang jenis manusia malas baca, secara ringkasnya mengikut peguam tersebut tidak ada peruntukan dalam  Kanun Tatacara Jenayah yang membenarkan polis menahan dalam lokap seseorang yang yang ada waran tangkap kesalahan trafik

Mengikut Kanun Tatacara Jenayah, waran tangkap ialah suatu perintah menangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah terhadap seseorang yang kena tuduh (OKT) atau orang yang kena saman (OKS) untuk dihadapkan ke Mahkamah kerana kegagalannya  hadir ke Mahkamah semasa kes saman sebelum itu.

Tugas polis di sini ialah menyerahkan waran tangkap kepada OKT dan OKS bagi memastikan mereka hadir ke mahkamah untuk perbicaraan. Tiada dalam peruntukan undang-undang polis boleh menahan orang dalam lokap jika tidak hadir ke mahkamah selepas mendapat waran tangkap kerana ia adalah tugas polis bagi memastikan orang yang mendapat waran tangkap hadir ke mahkamah.

Jadi siapa pihak yang patut ditahan di lokap dalam kes ini? Jawapan peguam itu agak kelakar:


Apa pun bagi korang yang ada kesalahan trafik, pergilah bayar saman segera. Janganlah sampai waran tangkap sampai di rumah, nanti payah! JR dah beritau semalam, bila JR semak rupanya ada 3 saman trafik yang belum dijelaskan. Entah bila kesalahan trafik itu dilakukan entahlah, kerana tak ada surat saman yang sampai rumah pun! 


Tiba-tiba bila periksa dalam sistem PDRM semalam, ada 3 saman polis bernilai RM400. Tunggu bila hujung bulan bila dapat gaji JR akan settle segera saman itu, insyaallah. Yang penting, tolong jangan tangkap aku!!

11 comments:

  1. Bru last wik perasan ada satu saman kne naek court... Jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Itu hari dok sibuk suruh cek kan saman, suruh wasap semua. Bayar nya idak lagi. Ni yang aku nak bebel ni!

      Delete
  2. Adeh.. Saman pun boleh kene tangkap. Ramai kut rakyat yg pernah kene saman tp x berbayar. Haha. Silap haribulan penghuni lokap lebih ramai. Sampai boleh buat asrama. Hahaha

    ReplyDelete
  3. bahaya ni...risau pulak dengan anak2 bunda...kena bagitau kat dorang ni...
    kalau ada surat saman sampai kat rumah dah tentu mak dorang bukak dulu...
    isshhk! risau pulak..tak pasai2 naik court atau masuk lokap pulak...

    terima kasih JR kongsi info ni..harap2 JR pun tak apa2...bayar cepat tau..

    ReplyDelete
  4. patutnya pegawai polis yang berkuasa keluarkan kenyataan mesti la seorang yang bijak (berfikir) sebelum bercakap. ni macam kena penyakit berjangkit dari sorang menteri tu je...

    ReplyDelete
  5. Penuh sesak lokap dengan pesalah trafik......pdrm macam tak cukup ilmu bagi statmen cam gitu.

    ReplyDelete
  6. Zaman dulu..kalau cakap gitu..sume takut.
    Zaman skrg..dah ramai celik undang2...penggunaan intenet pun meluas. Mmg satu kesilapan besar la dia ckp gitu.

    ReplyDelete
  7. bab2 polis ni seriau sikit...

    ReplyDelete
  8. baik-baik JR. Kang kuar waran tangkap kang. Heheh.. rasanya saya mcm ada jugak saman, tapi saman parking dgn MPPJ. Tapi tak bayar lagi.

    ReplyDelete
  9. memang kena sangat entry JR ni !!
    Semalam,saya baru dpt surat chenta dari PDRM....surat saman speed trap, siap tertera gambar kereta saya! hahahahaha...

    ReplyDelete
  10. haha.. lawak la response peguam tu..kalau bole tangkap, besarkan dulu penjara yang ada tu.. tak muat.. huhu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....