»

05 May 2014

Hukum Seludup Sperma Untuk Isteri


Tadi JR baca berita tentang ramai suami-suami dari Tebing Barat, Palestin yang kini berada dalam penjara Israel menyeludup sperma mereka kepada isteri yang berada di rumah. Mereka terpaksa melakukannya kerana belum mendapat zuriat. Mereka juga kasihan kepada isteri yang kesepian tanpa anak kerana si-isteri tidak mungkin mendapat zuriat ketika suami berada dalam penjara.

Mengikut Dr Salem Abu Khaizarian dia telah melakukan 15 kelahiran melalui prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) sejak kejayaan proses itu pertama kali dicipta di Tebing Barat pada Ogos 2012.

Semalam seorang lagi wanita Palestin bernama Suad Samir Abu Fayer melahirkan anak perempuan hasil sperma suaminya yang diseludup keluar dari penjara Israel.

Lagi bayi lahir, hasil seludup sperma
Suad bersama anak perempuan yang dilahirkannya hasil sperma yang diseludup keluar dari penjara Israel.

Mengikut Dr Salem kos melakukan prosedur IVF biasanya mencecah antara AS$2,000 (RM6,500) hingga AS$3,000 (RM9,800). Tetapi dia dan doktor-doktor lain di negaranya menawarkan prosedur IVF secara percuma kepada isteri tahanan atas sebab kemanusiaan.

Agak-agak korang apa hukum suami menyeludup spermanya kepada isteri untuk mendapatkan anak tanpa hubungan seks normal?

Haram?
Harus?
Makruh?

Ini jawapannya yang JR perolehi dari seorang ustaz apabila ditanya kes yang hampir serupa (kes isteri memperolehi sperma dari suami yang telah meninggal dunia):

                                                    (Sumber)

Alhamdulillah, hukumnya boleh...

12 comments:

  1. boleh kalau memang benih dari suami yang sah kan....

    ReplyDelete
  2. bang jr ingat lagi tak filem kerjasama malaysia-indonesia pasal ni, lupa tajuknya. kalau tak silap "bayi tabung" kot... babak filem tu ada sampai ke perbicaraan mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Ha ye lah...tajuk film tu bayi tabung uji kann. ..pompuan tu nak pakai duit. Mahkamah tetapkan bayi tu tinggal di rumah kebajikan.tapi akhirnya pompuan tu mengalah dan beri hak sepenuhnnya kpd lelaki pemilik sperm tu...

    ReplyDelete
  4. Sama macam tabung uji jugak la ni kan? Cuma yg ni kira halal. Sebab dari benih suami sendiri. Camni pun boleh dapat anak, kan? Allahuakbar..

    ReplyDelete
  5. Hukum nya haram, kalau dibuatnya ter tukar sperma suami dengan suami yang lain. Huhu.

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing info JR.. baru tau hukum tentang ini

    ReplyDelete
  7. Ramai jugak anak2 IVF kat Malaysia ni tapi kat Malaysia sekali buat berbelas ribulah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tidak menyalahi hukum...kesian jgk tuk isteri2 yg ditinggalkan..kurang2 ade zuriat tidaklah kosong & sunyi sgt hidup..

    ReplyDelete
  9. IVF mmgh dah lama di praktiskan, termasuk di Malaysia. Tiada masalah ( halal) jika dari pasangan yg sah.

    Cuma saya tertanya tanya, bagaimana proses mereka menyeludup sperm tu..

    ReplyDelete
  10. Dibuatnya masa proses penyeludupan sperma tu huruhara....tertukar ...masyaallah.

    ReplyDelete
  11. klu rindu , blh lah pandang si anak tu kan ...

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah hukumnya harus. tapi omputih main ambik je benih sesape pun drpd bank sperma. ishh..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....