»

17 April 2014

Sunat-Sunat Malam Jumaat: Fakta Atau Auta??


Sekejap saja Khamis dah datang. Dan malam ni malam Jumaat!!

Entah mengapa kalau malam Jumaat ada orang (shhhh...bukan JR!!) asyik teringat tang tu saja. Sejak belum kawin itulah yang didengari, lepas kawin semakin rancak didengari:

"Nak kena balik awal ni...maklumlah malam Jumaat, isteri sedang menanti.."
"Malangnya...malam Jumaat pun kena kerja!! Terlepaslah sunat malam Jumaat!"
"Aku kerja siang malam pun tak kisah. Tapi bukan malam Jumaat, paham-paham sajalah...hehehehe"

Tapi benarkah kepercayaan suami isteri disunatkan berjimak pada malam Jumaat? Banyak lagi benda sunat yang dianjurkan oleh Islam, mengapa 'sunat' yang satu ini dilihat begitu penting?

JR yang bukan arif sangat bab-bab agama ni pernah juga periksa sama ada terdapat nas-nas tertentu dari sumber Quran dan hadis yang menyebut suami isteri sunat berjimak pada malam Jumaat, tapi tak menemuinya. Pernah bisik-bisik tanya dengan ustaz di surau masa mula-mula kawin dulu, jawapannya sama - tak ada! Yang ada mengikut satu sumber ialah satu hadis palsu satu puak Syiah yang menyenaraikan perkara-perkara sunat yang patut dibuat pada malam Jumaat, termasuk jimak suami isteri. Mungkin hadis palsu itulah yang dipakai oleh sesetengah orang dan dipercayai oleh ramai orang.

Selain dari sunat berjimak pada malam Jumaat, ada juga beberapa perbuatan yang kononnya sunat dilakukan pada malam Jumaat:

~ Masa JR tinggal di KL dulu ada seorang jiran di belakang rumah kami yang akan membakar kemiyan pada setiap malam Jumaat. Walaupun mereka tinggal jauh di belakang rumah, tapi aroma pembakaran yang dihasilkan itu memasuki setiap sudut rumah kami. Pekedai mamak dekat rumah JR tinggal sekarang juga sama - membakar kemiyan pada setiap malam Jumaat. Sekali lagi JR tak pernah menjumpai apa-apa nas yang menyebut sunat membakar kemiyan pada malam Jumaat, siapa jumpa sila beritau..

~ Membaca surah yasin pada malam Jumaat sudah menjadi amalan hampir di semua masjid dan surau di negara kita, juga di Indonesia. JR juga cuba menjadikan ia sebagai amalan, walaupun tau tak ada hadis sahih yang menyatakan sunat membaca surah Yasin pada malam Jumaat. Tapi seperti kata seorang ustaz di TV, walaupun membaca yasin pada malam Jumaat bukan merupakan satu sunnah, sesiapa yang memuliakan mana-mana ayat Allah tak kira siang atau malam, tak kira apa harinya, apa malamnya, tetap mendapat ganjaran pahala yang sangat besar di sisiNya. Jadi tak rugi untuk kita membaca yasin dan surah-surah lain pada malam Jumaat dan malam-malam lain juga..

~ Kepercayaan yang paling karut ialah hantu akan keluar pada malam Jumaat. Setahu JR spesis hantu yang disebut dalam Quran dan hadis sebagai jin, iblis dan syaitan itu sentiasa ada di mana-mana, tak kira siang atau malam, malam Jumaat atau malam tak Jumaat. Tapi jika malam Jumaat dan malam-malam lain tak keluar rumah kecuali ke masjid dan surau adalah lebih baik untuk beribadat kepada Allah...

2 comments:

  1. Bakar kemenyan? Bukan kah kemenyan itu makanan jin?

    Selain baca Yasin, baca la juga Al-Kahfi, Ad-Dukhon dengan Al-Mulk.

    ReplyDelete
  2. bakar kemenyan tu mmg takde nas langsung.

    Yang amalan bacaan yasin tu mmg takde nas. Kalau kita nak amalkan juga setiap malam jumaat takde masalah, asalkan kita tahu bahawa bacaan kita tu adalah untuk membaca ayat2 Allah semata-mata dan bukan sebab ikut hadis.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....