»

13 April 2014

SMS Paling Kejam Di Malaysia


JR hampir-hampir terlibat dalam kekejaman itu. 'Hampir-hampir' maknanya ia tak sempat berlaku. Alhamdulillah....

Jika berlaku, pasti JR akan menjadi orang yang paling kejam pada hari itu. Dan SMS yang sedang ditaip akan menjadi SMS paling kejam pada saat itu, di tempat itu....

Semuanya bermula dengan satu SMS daripada isteri dari rumah 2 tahun lepas. Isteri memerlukan jawapan segera, cuma perlu taip OK jika setuju dan kalau tak setuju baru tulis panjang-panjang. Ketika itu JR sedang memandu perlahan atas jalan raya melalui tengah bandaraya Alor Setar di depan Pekan Rabu.

Sambil memandu perlahan, JR memegang henset untuk menjawab "OK..." Dua perkataan saja yang perlu ditaip atas henset. Tapi ia hampir-hampir menjadi SMS paling kejam pada hari itu.

Tiba-tiba...Allahu Akbar, mulut JR menjerit. Seorang budak berusia kira-kira 4 tahun yang sedang melintas jalan mendepani ibunya berada cuma 0.5 meter di depan bonet kereta yang JR pandu. Si-ibu menjerit, JR menekan brek sekuat hati. Nasib baik tak ada perkara buruk berlaku....jika tidakk!!

Jika tidak, hari itu akan menjadi hari yang paling kejam kepada budak itu dan ibunya. Dan SMS yang tak sempat dihabiskan JR itu akan menjadi SMS paling kejam hasil tangan seorang lelaki kejam bernama JR.

Sejak itu hingga sekarang JR tak akan menjawab telefon atau apa-apa SMS ketika memandu kecuali jika dalam keadaan kenderaan berhenti. JR tak mau pisang berbuah dua kali dan kekejaman berlaku di depan mata...

Tapi semalam ada satu peristiwa yang agak menggemparkan Malaysia apabila 3 orang mati dan 10 lagi cedera berdekatan Bentong, Pahang. Segalanya berpunca dari satu SMS kejam:

                                                             (Sumber: Sinar Harian)                                                              

Begitulah kejamnya sebuah SMS, 3 orang tak berdosa meninggal, 10 lagi cedera parah. Tapi atas segala kekejaman SMS itu, yang paling kejam pastilah tangan yang menaip SMS itu...

Nota: Berhati-hati memandu. Jangan menggunakan telefon bimbit ketika kenderaan sedang bergerak. 

10 comments:

  1. Itulah..dulu dah kuat kuasa sekejab dilarang guna henset ketika memandu...pastu senyap..
    Bukan sekali dua ternampak orang yang memandu menggunakan henset...dah selalu..

    ReplyDelete
  2. tak adil untuk orang yg xbersalah.huhu
    hurm..sy slalu buat.uhuk.uhuk. bukan xpernah rasa xciden tu mcm mne. beberapa kali dah kena. tp entah la...
    nak tobat dah!

    ReplyDelete
  3. dulu2-don't drink and drive
    sekarang-don't sms and drive..:)

    ReplyDelete
  4. memberikan kesedaran kpd sy dan juga mereka yg berkenaan...paham2 je lah..manusia ni memang degil ..apabila sudah terahntuk baru terngadah ! ...

    ReplyDelete
  5. Nasib tak ada apa-apa yang berlaku kalau tidak naya budak tu. Segala panggilan SMS kalau rasa nak balas tu elok berhenti je kenderaan.

    ReplyDelete
  6. kalau zaman nokia 3310 yang ada key pad dulu, agak mudah jugak bersms sambil memandu, mata tetap memandang depan. tapi bila zaman smart phone (touch screen) ni, lebih susah, lebih bahaya. kadang2 nak jawab call pun naik malas. tunggu sampai traffic light, baru boleh balas call/text.

    ReplyDelete
  7. saya dah naik meluat tgk sikap driver bas,driver lori kat Malaysia ni. Saya meluat juga tgk penguatkuasa undang2 kita yang hangat2 tahi ayam, dan juga adayg segelintir kaki rasuah. Sampai kiamat la masalah bas ekspress laju dan terbalik ni akan berlaku,selagi takberubah. Bas makin maju, tapi mentaliti tetap sama, mentaliti lama.

    ReplyDelete
  8. Semua tu bergantung pada kesedaran individu itu sendiri. Biasanya kalau memandu sorang2 akan cari tempat berhenti utk jawab sms sekiranya perlu pada jawapan segera kalau tak tunggulah sampai tempat di tuju. Kalau dgn anak2 depalah tolong jawabkan.

    ReplyDelete
  9. Kena ada kesedaran setiap individu.....tegur berulang kali tak ada guna klu org itu sendiri x ubah sikapnya....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....