»

15 April 2014

Sihat Dan Langsing Bukan Kerana Ubat!!


Kajian menarik ini dibuat oleh Ohio State University, US. Pasukan penyelidik membuat percubaan terhadap sekumpulan pesakit selsema. Pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan:

- Kumpulan pertama diberi ubat dengan label harga yang agak mahal.
- Kumpulan kedua diberi ubat dengan label harga murah.

Di akhir percubaan, penyelidik mendapati kebanyakan pesakit kumpulan pertama yang memakan 'ubat mahal' sembuh dengan cepat. Kebanyakan pesakit kumpulan kedua yang diberi 'ubat murah' pula masih menunjukkan gejala simptom selsema.

Apa yang pesakit-pesakit itu tidak tahu ialah kedua-dua ubat itu sebenarnya dari brand yang sama dengan harga yang sama. Tapi pesakit kumpulan pertama lebih cepat sembuh kerana mereka berkeyakinan tinggi diberi ubat  mahal yang mampu melawan penyakit mereka. Pesakit kumpulan kedua pula  hanya berserah kepada takdir, tiada keyakinan untuk melawan penyakit kerana mereka yakin mereka cuma diberi ubat murah yang biasa-biasa saja.

Hasil kajian ini merumuskan faktor psikologi dan emosi memainkan peranan sangat penting dalam kejayaan seseorang. Keyakinan diri mampu mengubah kesihatan dalaman seseorang, merangsang saraf dan sel-sel tubuh bertindak positif ke arah kesihatan yang lebih baik.

Kajian kedua oleh UmeĆ„ University, Sweden juga menarik untuk JR kongsi di sini. Penyelidik dari universiti itu telah mengumpulkan sekumpulan lelaki dan wanita yang menghadapi masalah obesiti serius yang sebelum ini telah cuba menurunkan berat badan tapi tak berjaya. 

Kumpulan lelaki dan wanita obesiti itu kemudian diberi 'ubat pelangsing' yang mengikut penyelidik sangat berkesan dalam menurunkan berat badan. Malah penyelidik berjanji setiap seorang dari kumpulan itu mampu menurunkan berat badan hingga 10 kg dalam masa 2 minggu dengan syarat selain dari makan 'ubat pelangsing' mereka juga perlu berdisiplin dalam diet pemakanan termasuk menghindari makanan tinggi kalori, berlemak dan berminyak. Mereka juga diajar melakukan senaman mudah untuk membakar kalori.

Selepas 2 minggu semua ahli kumpulan sangat gembira kerana masing-masing berjaya menurunkan berat badan di antara 3 hingga 7 kg. Apabila ditanya sama ada mereka akan terus menggunakan 'ubat pelangsing' itu walaupun dijual dengan harga mahal, semuanya berkata mereka tak kisah dengan harga.

Penyelidik kemudian meminta ahli kumpulan itu membuka kapsul 'ubat pelangsing' yang begitu berkesan menurunkan berat badan mereka itu. Betapa terkejutnya mereka kerana kapsul 'ubat pelangsing' yang mereka makan rupanya cuma kapsul kosong yang tidak mengandungi apa-apa ubat di dalamnya. Jadi rahsia mereka dapat menurunkan berat badan selama 2 minggu itu ialah kerana diet seimbang dan sihat di samping senaman regular yang dilakukan setiap hari.

Moral dua penyelidikan yang JR kongsi ini ialah untuk sihat dan langsing kita perlu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berubah. Dan tentunya izin Allah paling penting. Ubat cuma medium dan ia bukan segala-galanya untuk kekal sihat....

10 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.... :D

    ReplyDelete
  2. semangat dan azam perlu disertai dgn usaha...tak guna jugak kalau mulut dok ngap2 24 jam...makan mcm nafsu gajah..

    ReplyDelete
  3. sebenarnya peranan psikology minda tuhlah yg penting...yg sy perasan pun ubat pelangsing mahal2 ade jugak kah rekemen suruh exercise tuk turun lebih efektif lagi kan..agaknya ubat tuh tak berkesan, penjagaan pemakanan tuh yg beri efek kan..

    ReplyDelete
  4. sudah diketahui bhw utk langsing dan sihat , kita cuma perlu jaga pemakanan dan bersenam . tapi sbb lumrah manusia yg nak jln mudah , maka mrk lbh percayakan supplement .

    ReplyDelete
  5. betul, segalanya atas diri sendiri..... tu pasal ada yg suka MC, sakit skit je tapi badan lemah longlai macam nak mati dah...

    ReplyDelete
  6. Dalam bidang perubatan, kita namakan ia PLACEBO effect. Effect yg timbul sebab kepercayaan/keyakinan kita terhadap 'ubat' itu, walaupun sebenarnya, kita cuma bagi pil kosong aja( tanpa bahan chemical) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ, lebih kurang macam minum air penenang hati la ye kiranya? Padahal air kosong yang dibacakan bismillah aje.

      Psikologi juga tu kan?

      Delete
  7. kita sering diingatkan, kena yakin, barulah ubat tu berkesan. rupa2nya ada istilah perubatan yg diterangkan Daddy Ziyyad. baru saya tau.

    ReplyDelete
  8. disiplin kna kuat ni

    ReplyDelete
  9. maknanya mental kita la kena kuat. betul tak. Patut le selama ni kalau saya pakai produk apa2 mcm susah je nak berkesan, sbb saya selalu je tak yakin yg produk tu berkesan. heheh.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....