»

08 March 2014

Pesawat MH370 KL-Beijing Bawa 239 Penumpang Hilang


Berita yang baru JR terima pagi tadi, sebuah pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang sejak pukul 2.40 pagi tadi. Sepatutnya pesawat yang bertolak dari Kuala Lumpur pada awal pagi tadi itu mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi, tapi sampai sekarang menara kawalan tak dapat mengesan di mana pesawat itu berada.

Penerbangan MH370 itu dikatakan membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.


Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata pihaknya telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu.


Sesiapa yang kaum keluarga atau kenalan mereka menaiki pesawat itu diminta menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Marilah sama-sama kita berdoa agar pesawat berkenaan ditemui semula dan semua penumpang dan anak kapalnya di dalam keadaan selamat...

11 comments:

  1. YA ALLAH..mudah2an mendapat berita yg menyenangkan nanti..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah melindungi mereka dan mudah2an selamat .

    ReplyDelete
  3. Terkejut baca berita nie..semoga Allah beri petunjuk agar dapat kesan kembali dan mudah2an semuanya selamat..inshaallah

    ReplyDelete
  4. Terkejut baca berita nie..semoga Allah beri petunjuk agar dapat kesan kembali dan mudah2an semuanya selamat..inshaallah

    ReplyDelete
  5. semoga diberi petunjuk dimana pesawat tu berada... takziah pada ahli keluarga mangsa sama2 kita berdoa :(

    ReplyDelete
  6. tu lh terkjut tengok berita tadi..dengar berita kapal tu dah terhempas kt vietnam kerana hujn ribut...apa2 harap semua selmat

    ReplyDelete
  7. semoga Allah permudahkan pencariannya dan mereka semua berada dalam keadaan selamat ... aaamin .

    ReplyDelete
  8. Semoga mereka dapat dikesan dlm masa terdekat ni.
    Pray For MH370...

    ReplyDelete
  9. Sama2 kita doakan yang terbaik untuk mangsa2...
    Jangan dengar kabar angin yang tidak soheh...
    Biar pihak yang berkenaan menjalankan tugas mereka...

    ReplyDelete
  10. yg menyedihkan ialah apabila ada yg update info yg tidak sahih demi mengejar trafik blog.

    ReplyDelete
  11. apa la yg terjadi kepada mereka. terlalu misteri,

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....