»

17 March 2014

Nama-Nama Melayu Yang Diharamkan Kerajaan


Cuba korang periksa 50 nama-nama di bawah ini. Adakah ia sama dengan nama korang, saudara mara korang, ipar duai korang, rakan-rakan korang?

Malaak (malaikat)
Abdul Aati
Abdul Naser
Abdul Musleh
Nabi
Nabiyya (nabi perempuan)
Amir (putera)
Sumuw (tuanku)
Al Mamlaka (kerajaan)
Malika (permaisuri)
Mamlaka (kerajaan)
Tabarak (keberkatan)
Nardeen
Maya
Linda
Randa
Basmala (dengan nama Tuhan)
Taline
Aram
Nareej
Rital
Alice
Sandy
Rama (nama Tuhan Hindu)
Maline
Elaine
Inar
Maliktina
Lareen
Kibrial
Lauren
Binyamin/Benjamin (nama orang Yahudi)
Naris
Yara
Sitav
Loland
Tilaj
Barrah
Abdul Nabi
Abdul Rasool
Jibreel (malaikat jibril)
Abdul Mu’een
Abrar
Iman
Bayan
Baseel
Wireelam

Nama-nama di atas adalah merupakan 50 nama yang diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Arab Saudi baru-baru ini. Mengikut Gulfnews.com kebanyakan nama-nama ini diharamkan penggunaannya kerana tidak sesuai dengan agama Islam, menyamai nama-nama bukan Islam dan membawa maksud orang yang nama seperti itu keturunan Raja.

Bila JR perhatikan nama-nama itu, sebahagian darinya merupakan nama-nama biasa orang Melayu di Malaysia. Nama-nama seperti Naser, Amir (seorang anak JR bernama Amirul dan yang perempuan bernama Amira), Maya (teringat Maya Karen), Linda (teringat Linda Onn), Abdul Mu'een (seorang best friend JR bernama Muin) dan Iman adalah nama-nama biasa orang Melayu. 

Sesetengah nama seperti Iman, JR kira adalah satu nama yang baik - satu doa sebenarnya - tapi mengapa tak dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi?  Siapa yang tau sebabnya mungkin boleh beri pencerahan...

10 comments:

  1. Dalam Islam pon ada nama2 yang tak baik kita nak bagi kat anak2 tapi rasanya yang ni lebih kepada pengaruh budaya di sana kot.

    ReplyDelete
  2. Bagus apa nama Iman..sdp pulak tu. Kerajaan dia tak bagi bkn sebab maksud tak elok, ada la sebab lain tu.

    ReplyDelete
  3. Style sekarang ni, bagi anak nama nama malaikat...Jibarel..Mikael...

    ReplyDelete
  4. Kawan kata, nama Iman tu tak digalakkan disebabkan begini:

    Ibu: Izzat, panggil adik kamu, Iman tolong ibu.
    Izzat: IMAN TAKDE. Iman ikut ayah.

    Iman takde... Lain macam je maksudnya...

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  5. Amirul sama la dgn nama anak.. Lg sorang aiman, panggilan manja iman..

    ReplyDelete
  6. Tak bagus nya guna nama malaikat tu.....takut sifatnya menyimpang jauh ...

    ReplyDelete
  7. Adalah dalam 2 3 nama dalam senarai tu nama kawan saya..

    ReplyDelete
  8. linda, maya dan amin tu ramai je yg guna kat sini...kena check semula maknanya tu.

    ReplyDelete
  9. tu la, saya pun terconfuse kejap. Perkataan iman tu bukan ke dlm bahse arab? Ada makna lain ke? Sian la Linda Onn kalo gi Arab Saudi nanti.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....