Semalam solat hajat dan bacaan yasin khas diadakan di KLIA untuk penumpang dan kru pesawat MAS
MH370 yang hilang pada 8 Mac ketika perjalanan dari KLIA ke
Beijing. Solat hajat itu dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS
Pusat dan Dewan Pemuda PAS Selangor dengan kerjasama Pusat Perubatan
Islam Darulaman Malaysia. Mengikut berita dalam harakahdaily lebih 300 orang menyertai solat hajat itu
termasuk mereka yang berada di KLIA yang prihatin terhadap nasib penumpang dan kru MH370.
(foto: harakahdaily)
(foto: harakahdaily)
Bagi JR di saat getir ini kita patut lupakan seketika perbalahan politik. Pihak mana pun yang anjurkan solat hajat dan ia diadakan di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam, kita harus menyokongnya tanpa perlu melihat siapa penganjurnya.
Tapi dalam kes solat hajat di KLIA ini polis datang untuk menyiasat dan mengambil keterangan:
Alangkah baiknya jika upacara khurafat di KLIA oleh seorang bomoh yang menggelarkan dirinya 'Raja Bomoh' dan 'Bomoh 1Malaysia' dengan menggunakan teropong buluh, kelapa, tikar terbang dan segala peralatan pelik itu juga mendapat perhatian polis. Alangkah baiknya ketika upacara khurafat sebanyak dua kali diadakan di KLIA itu juga disiasat polis, seperti siasatan terhadap solat hajat di KLIA.
Jika polis datang awal menyiasat upacara khurafat 'Raja Bomoh' itu tidaklah rakyat Malaysia akan menanggung rasa malu apabila media luar mentertawakan kita. Hingga AlArabia Jordan menyatakan Malaysia membenarkan ilmu sihir digunakan untuk mencari MH370, manakala International Business Times UK pula menggelar Malaysia sebagai negara tak ada otak (brainless) kerana membenarkan upacara tahyul itu diadakan di KLIA:
#Pray For MH370
Tu la pasal, geram betul bila saya tengok kat fb malam td. Time camni pun nak kira parti politik.
ReplyDeletemalunya digelar Brainless...
ReplyDeleteSemakin banyak hal yang tidak wajar berlaku.....apalah nak jadi ...kemarau.. kebakaran...jerebu....MH370....entah apa pulak selepas ini.Ini semua bala dari Allah.
ReplyDeleteyg bomoh tu tak pula polis siasat ye tak?
ReplyDeleteRasanya ustaz tu ada bg pencerahan yg polis tu cuma tanya dari mana.
ReplyDelete