Kelmarin JR pergi makan kenduri di rumah seorang rakan dekat komuniti kami. Selain dari guna mulut untuk makan, ramai juga yang guna mulut untuk bincang isu semasa. Tentulah topik paling hangat ialah pengumuman PM malam sebelumnya tentang MH370 yang perjalanannya berakhir di Lautan Hindi.
JR tak sempat buat survey. Tapi rasanya dari 10 orang yang bercakap tentang isu itu 8 orang tak percaya MH370 terhempas di Lautan Hindi. Mereka tak percaya maklumat yang PM beri kerana ia cuma berdasarkan imej satelit. Kata mereka selagi tak jumpa mayat, selagi tak jumpa bangkai pesawat, semua maklumat tak boleh percaya. Malah seorang yang kerja dekat sebuah firma guaman dengan yakin berkata jika kenyataan PM dibawa ke mahkamah, mahkamah akan menolaknya kerana ia cuma kenyataan 'hear say'.
Tapi kerana yang bercakap itu bukan pakar penerbangan, JR cuba ketepikan pandangan mereka. JR cuba yakinkan diri mereka salah!
Apa yang mereka cakap sama seperti sentimen keluarga penumpang dan kru MH370 yang ramai antaranya tak percaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi:
Dalam hati JR berkata, mereka tak percaya MH370 terhempas kerana rasa sayang yang mendalam terhadap kaum keluarga mereka yang hilang. Mereka tak dapat terima kenyataan sebuah kehilangan tanpa bukti kukuh. Sebab itu mereka tak percaya MH370 terhempas di Lautan Hindi.
Tapi bila ada Menteri satu kuasa besar Barat juga tak percaya MH370 terhempas dan menganggap apa yang PM kita cakap cuma sebagai spekulasi, JR terkejut juga:
Yang JR lebih terkejut, pilot Air Asia X yang tentu pakar dalam bidang penerbangan juga tak percaya MH370 terhempas. Bukan setakat tak percaya, pilot itu sempat mencarut dan memaki hamun lagi:
Berita Terbaru: Pilot Air Asia X yang mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan itu telah digantung kerja oleh majikannya.
Biarlah orang yang pakar saja menangani kes ini. Betul kata JR. Ketepikan saja omong kosong tu kerana ia adalah suatu yang amat sia sia. Juruterbang tu pun patutnya dideploy sama dalam misi pencarian. Biar dia rasa susah senang kerja tu.
ReplyDeleteMemang sukar nak percaya tapi itulah realiti yang kita terpaksa hadapi..
ReplyDeleteBerat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
Sebenarnya, walaupun saya takde keluarga dlm MH370 tu, saya pun rasa mungkin ada harapan lagi, selagi belum jumpa any debris. Chances 50:50, tp tetap juga berdoa mereka selamat. Bukan tak menerima qada' dan qadr, tp dlm masa yg sama percaya kuasa doa. Hmm...
ReplyDeleteMemang malanglah bagi pilot tu.. tak pasal-pasal kena gantung kerja.. buruk rekod jadinya dan jadikan pengajaran agar takde lagi yang kena gantung kerja. Jadikan iktibar bagi contoh2 sedia ada..
ReplyDeletePadan muka pilot aa tu..........cakap siang pandang2..cakap malam dengar2.....duk umah tak boleh kjer.
ReplyDeleteSaya tak kenal pun mangsa tp saya juga seperti keluarga mereka, tak percaya mh370 terhempas,
ReplyDelete