Bunyi tajuk entri macam riak sangat. Perasan nak mampos! Perasan bukan main yang pompuan seluruh dunia suka dia.
Hensem sangatkah aku sampai ramai wanita suka aku, suka baca apa aku tulis?
Mana ada hensemnya, macam crook filem Tamil aje!!
(Maklumlah orang Penang...dalam darah ada sesudu dua sudu darah mamak dan mami, huhuhu..)
Sebenarnya bukan masalah hensem tak hensem mengapa golongan wanita yang lebih banyak membaca blog JR, tapi mungkin kebanyakan yang memiliki blog itu sendiri adalah wanita, lalu wanitalah yang paling banyak mengunjungi blog JR.
Bila diperhatikan komen yang mengiringi setiap entri di blog ini, lebih dari 90% pengomen tegar adalah wanita, kadang-kadang dalam satu entri semua yang memberi komen adalah wanita.
JR ulangi, ia bukan kerana wanita suka blog JR, tapi kerana kebanyakan yang memiliki blog adalah wanita, jadi itulah sebabnya mengapa kebanyakan komen di blog JR adalah daripada kaum wanita.
Tapi bukan blog JR saja, JR perhatikan blog lain pun sama, kebanyakan yang memberi komen adalah wanita, tak kira ia blog kepunyaan wanita atau lelaki.
Mungkin kerana wanita mempunyai lebih banyak masa untuk berada di depan skrin komputer berbanding lelaki. Mungkin juga kerana wanita lebih kreatif dalam berkarya, suka memberi nasihat dan mereka juga lebih peramah dari lelaki.
Kepada semua kaum wanita (termasuk isteri yang sedang berkembam di dalam bilik kerana baru habis mandi) JR memohon maaf kerana terlewat wish hari wanita antarabangsa pada 8 Mac 2014 lalu. Hari wanita dah 5 hari berlalu baru JR nak ucap wish, tapi seperti kata omputih better late than never..
Terima kasih kepada kalian kaum wanita kerana terus menyokong JR untuk menulis. Tanpa sokongan korang mungkin dah lama JR bersara dari penulisan yang kadang-kadang cuma seperti syok sendiri ini. Juga terima kasih kepada kaum lelaki kerana walaupun blog ini kurang menarik perhatian mereka tapi masih ada juga sekerat dua yang mahu singgah seketika di sini.
Terima kasih semua....
mungkin lelaki jadi silent readers ja...
ReplyDeleteapa yg saya suka blog ni(bkn suka tuan blog..:)) ialah gaya penyampaian yg humor walaupun sinis
Ish...ish...org laki suka baca pasal politik kot...yang n3 penuh maki2 tu ye dak. Blog En JR sangat santai....disusuli info2 yang bagus...berhemah....tu yang menjadi daya tarikan. Teruskan berblog tanpa was2 ya.
ReplyDeleteyup..blogger perempuan mmg lebih ramai, tu la pasal.
ReplyDeletemacam crook filem tamil? tepat setepat tepatnya....jangan merajuk, tuan punya blog memang macho...
ReplyDeleteentri ni pun tak tau nk komen macam mana..hahhaha..tp fakta yg pertama tu mmg tepat. Nisbah komen mewakili nisbah gender blogger :P
ReplyDeletersnya blogger lelaki tak suka sangat bw nie..kalau yg pompuan sambil kerja sambil masak pun boleh curik2 bw...heheh
ReplyDeleteTuan tak sefofular ben ashari d yunus badwi..haha
ReplyDeleteTp sy masih tetap pengunjung setia blog tuan yg ada isi tarikan
bila baca komen kat entry ni.. memang tak dinafikan.. ;)
ReplyDeleteBmcm rajnikanh ke jr? Ok thanks jr for the wishes.
ReplyDelete