Sudah lama kami menanti sebuah kedatangan yang tak pasti
tiba-tiba kelmarin ia turun mencurah membasah seluruh tanah
terima kasih Allah mendengar doa kami
selepas dua purnama mentari menggersang bumi
kini Kau perintahkan langit menangis
membasuh segala kedahagaan menanti kunjungannya.
Pagi ini aku bangun membuka jendela
dan langit masih menangis
sukanya melihat rintik-rintik bagai mutiara membasah dunia
dan pepohon tersenyum ceria kebesaran Yang Esa.
Nota: ketika JR menulis ini, hujan yang berguguran dari langit sejak petang kelmarin masih turun di sekitar Alor Setar, walaupun kini cuma tinggal rintik-rintik halus.
Sekali lagi terima kasih Allah kerana mendengar suara kami...
Alhamdulillah...syukur kepadaNya diselangor ni juga dah hujan sejak subuh tadi.
ReplyDeleteya...hujan turun dgn lebatnya kelmarin...sehingga hari ni hampir demam dek terkena hujan...hari ni masih mendung...sejuk..
ReplyDeleteAlhamdulillah...dah banyak tempat sejak semalam hujan turun.....
ReplyDeleteKat tempat bunda sejak pagi tadi juga hujan walaupun tak selebat tempat JR...
Syukur ya Allah...
...dan kita juga turut tersengih gembira. jangan lupa, berjimat cermat bila krisis air selesai nanti.
ReplyDeleteAllah yg melimpahkan hujan. subhanallah.
ReplyDelete