24 March 2014

Masjid Besar Orang Kecil, Masjid Kecil Orang Besar


Ketika setiap kali bersolat jemaah di masjid paling hampir dengan rumah (biasanya solat maghrib kerana ketika itu JR paling free), JR selalu rasa pilu melihat jemaah yang datang solat tak pernah sampai 3 saf, biasanya cuma satu saf setengah kecuali pada malam Jumaat. Istimewa pada malam Jumaat ada bacaan yasin dan tahlil di masjid, lepas itu setiap jemaah akan dibekalkan dengan sebungkus nasi kandar ayam atau daging.

Nak tengok ramai orang bersolat di masjid ialah bila solat raya. Walaupun solat raya cuma sunat, tapi jemaah melimpah ruah sampai ke luar. Bukan saja di masjid terdekat dengan rumah JR begitu - tak ramai orang bersolat jemaah di masjid dan surau - tapi bila sekali sekala berjemaah di luar kariah, fenomena sama tetap berlaku. Harap masjid saja besar, tapi bilangan yang datang solat sangat kecil.



Berbeza dengan umat Islam Rohingya, Burma. Mereka ditindas, agama Islam yang dianuti mereka dipersenda oleh pemerintah yang dipimpin oleh orang Buddhist, tapi mereka masih taat kepada perintah Allah. Masjid yang ada di sana cuma berupa bangunan kecil, sesetengahnya seperti pondok, tapi jemaah tetap ramai.

Malah ada masjid yang tak ada bumbung, cuma ada struktur tiang tanpa dinding, tapi bagi masyarakat Rohingya mereka tetap menunaikan solat berjemaah:

                                         (sumber foto: Al-Jazeera)

Pernah suatu ketika datang seorang lelaki buta kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang meminta keringanan untuk solat di rumah. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memanggilnya dan bertanya, “Adakah engkau mendengar laungan azan?” Lelaki buta itu menjawab, “Ya.” Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kemudiannya berkata, “Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah)”. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 

9 comments:

  1. Semakin ramai yg kufur nikmat JR...

    ReplyDelete
  2. Erm...perlu kembali laksanakan solat berjemaah. Sedangkan yg buta pun rasulullah suruh solat berjemaah.

    ReplyDelete
  3. sekarang ni kan, mustahil kalau tak kedengaran azan berkumandang melalui corong pembesar suara..malah bersahut-sahutan meriahnya ...sayang pula ramai Umat Islam khususnya yang buat tak endah jer .

    mudah-mudahan ada kesederan dalam meniti usia pada setiap dari kita.

    ReplyDelete
  4. Masing2 sibuk urusan duniawi tapi pendapat peribadi Aina penduduk di bandar lebih kesedaran utk solat berjemaah berbanding org kampung. Sebab bila balik kampung kadang2 masjid di kampung tu ada la 4-5 org dpt 10-15 org dah kira bagus sangat.

    ReplyDelete
  5. Petanda akhir zaman...apabila masjid hanya menjadi binaan yang dimegah megahkan

    ReplyDelete
  6. tersentuh bila melihat muslim rohingya nie..teringat cam zaman2 nabi dulu..kat sini pun masjid cuma penuh hari jumaat ngan hari2 raya jerlah..kdg imam pun takder to lead solat...

    ReplyDelete
  7. Biasanya kita (termasuk saya) akan kembali kepada agama bila di dalam kesempitan, atau tertindas.

    ReplyDelete
  8. bkn salah masjid,besar atau kecil..tp kalau dah malas tu,masjid depan rumah pun tak pergi...

    ReplyDelete
  9. Kekadang tak sempat sangat nak kemasjid oleh sbb bz....itulah saya.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....