24 March 2014

Betapa Beratnya Dugaan Ini


Tak cukup dengan berbagai serangan dari luar dan dalam negara. Tak cukup dengan keletihan untuk menjawab soalan demi soalan panas wartawan setiap hari. Tak cukup dengan pelbagai tohmahan dan syak wasangka  terhadap kru yang berkhidmat dengannya.

Tak cukup dengan kos pencarian dan kos menanggung keluarga penumpang. Tak cukup dengan kerugian kerana kemorosotan pelancong melawat negara seperti diakui pak Menteri.

Dan tak cukup dengan misteri kehilangan pesawat yang belum terjawab.

Kelmarin dan hari ini datang lagi dugaan Allah untuk MAS:

Kelmarin hampir terjadi satu kemalangan:


Hari ini terjadi pula ini:



Begitu banyak dugaan Allah kepada MAS. Mungkinkah Dia sedang berpesan sesuatu kepada kita insan lemah yang sering lalai dan alpa mengingatiNya?

Tuhanku, rungkaikan misteri kehilangan MH370.
Tuhanku, lindungilah semua perjalanan mereka di udara, darat dan laut yang kepergian mereka untuk maksud yang baik....

Berita TerkiniPM sebentar tadi mengumumkan dengan sedihnya penerbangan MH370 telah berakhir (terhempas) di suatu tempat terpencil selatan Lautan Hindi. Kaum keluarga penumpang dan kru MH370 akan diterbangkan dalam satu penerbangan  khas ke Perth.

4 comments:

  1. Saya tgh tunggu PC tergempar pk 10pm ni...harap ada sesuatu yg memberi harapan positif.

    ReplyDelete
  2. sudah jatuh ditimpa tangga lagi..nasib malang btul MAS..harap2 inshaallah boleh recover di ms depan...
    apaun kita terima kenyataan..dan takdir..

    ReplyDelete
  3. Sebak rasahati..dugaan besar bertimpa2 ....harap MAS dan kita yg muslim dapat iktibar dari peristiwa pada march 2014 ini.

    ReplyDelete
  4. kejadian2 ni macam ada 'badi' dia tersendiri kan. Kalau JR perasan kes2 kat Malaysia ni selalu berturutan, kalo accident bas, accident bas je.. Kalo simbah asid, ada la 2,3 kes lagi terjadi.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....