»

03 March 2014

Janin Bersujud Di Dalam Perut Ibu


Korang sedang mengandung atau isteri sedang mengandung? Baca entri di bawah ini, ia pasti sangat bermanfaat dan membantu:

Pelbagai usaha untuk menjadikan anak yang bakal dilahirkan seorang insan yang cerdas sejak dalam kandungan lagi. Menurut kajian Barat, salah satu cara untuk  meningkatkan kecerdasan anak sejak dalam kandungan adalah dengan memperdengarkan muzik classic seperti muzik Mozart kepada janin yang sedang berada di dalam perut ibu.
 

Dalam agama islam, bayi adalah makhluk ciptaan Allah yang masih suci. Mengenai hal ini, tentunya bacaan Al-Quran adalah sebaik-baik bunyi yang harus diperdengarkan oleh janin. Sehingga Habib Munzir pun menyarankan isteri yang sedang hamil lebih baik banyak membaca Al-Quran untuk membawa kemuliaan di dalam rahim. Utamakanlah membaca surah Muhammad, dengan harapan agar mendapatkan rahmat Allah sebagaimana lahirnya Nabi Muhammad saw ke muka bumi ini dengan membawa segala rahmat-Nya.

Saranan Habib Munzir tersebut disokong oleh hasil eksperimen beberapa doktor. Ketika seorang ibu hamil sedang melakukan ultrasound,  dibacakan  surah Al-fatihah dan Al-Baqarah. Apa yang terjadi? Subhanallah, janin tersebut terdiam dan mengambil posisi seperti sedang bersujud seolah-olah dia kenal dengan ayat-ayat yang sedang dibacakan.

Di samping itu, Dr. Nurhayati dari Malaysia mengemukakan hasil kajian mengenai pengaruh bacaan Al-Quran terhadap peningkatan IQ bayi yang baru lahir. Dalam seminar kaunseling dan psikoterapi islam sekitar lapan tahun yang lalu, bayi yang baru berusia 48 jam saja akan terus memperlihatkan reaksi wajah ceria dan sikap yang lebih tenang.

Untuk itu, kepada ibu-ibu yang sedang mengandung buah hatinya,  perbanyaklah membaca Al-Quran. Kerana, jika Al-Quran diperdengarkan secara tepat dan benar (tajwid dan makhrajnya) maka Al-Quran mampu merangsang saraf-saraf otak pada si kecil. Wallahu'alam
 
(sumber: Detik Islam)

11 comments:

  1. Subhanallah...sebaiknya begitulah, amalkan bacaan alquran semasa hamil...janin bolih mendengar melalui ibunya sendiri..

    Semoga zuriat yang bakal lahir nanti menjadi insan mulia disisi NYA...

    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. disaming tu,ibu2 yg mengandung kena jaga 'perangai'..tutur kata biarlah yg baik2 aja...jgn cepat marah,melenting...

    ReplyDelete
  3. ya, setuju dengan komen mereka berdua di atas tu

    ReplyDelete
  4. Menantu kakcik sedang mengandung hampir 8 bulan. Baru2 ni dia pergi buat scan, bayinya dalam keadaan sujud. Dipujuk2 barulah bayi itu menunjukkan muka. SubhanAllah.

    ReplyDelete
  5. sama le dgn luth dulu masa dlm kandungan, pernah tgk posisi bersujud. waktu check up tu waktu zohor. solat zohor kot dia masa tu. keke.

    ReplyDelete
  6. dengar muzik nanti lahir asyik menagis je..heheh..

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar..betapa sucinya makhluk Allah dikala blum lahir kedunia..sy dl ms ngandungkan Arissa,selalu jugak letakkan mp3 quran dkt perut..kalau dia diam sblm tuh, bila letak quran mesti akan bergerak..mencari2 bunyi bacaan...

    ReplyDelete
  8. Aina selama mengandung sesibuk mana pun pastikan khatam sekali Al-Quran.

    ReplyDelete
  9. Sgt benar JR..
    Dan yang lagi penting..kena istiqomah membaca, bukan hanya ketika pregnant/susah/sakit

    ReplyDelete
  10. Rupanya, masih banyak lagi rahsia Quran yang tidak diterokai...

    ReplyDelete
  11. Maaf JR. IM perasan, yang komen tulisan kita kebanyakannya kaum Hawa.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....