Siapa kata 1+1=2?
Budak-budak percayalah 1+1=2, tapi orang dewasa mereka lebih kreatif, 1+1 jawapannya boleh berubah-ubah. Paling kurang pun jawapannya ialah 1+1=3, ada yang jawapan 1+1 ialah 4,5 dan 6 malah lebih dari 10 pun bukan pelik. Ia bergantung kepada kreativiti pelakunya dan juga yang paling penting takdir Allah Yang Maha Berkuasa.
Sekarang musim cuti sekolah. Bila musim cuti sekolah bermula, bermulalah juga musim kenduri kahwin. Hari ini JR cuma terima 2 undangan kenduri kahwin. Nasib baik cuma dua, pernah sampai 4 dan 5 undangan kenduri sehari. Bila terima undangan kenduri 4 dan 5, yang akhir-akhir tu cuma pergi untuk tunjuk muka sambil minum segelas air. Tangki sudah full, tak boleh tambah dah, takut pula overflow dan akhirnya terpaksa bermalam hospital!
Ada orang kata musim kenduri sekarang ini musim mengawan. Selepas lebih kurang setahun lepas mengawan akan lahirlah orang baru kepada pasangan yang mengawan itu. Sebab itu 1+1 jawapannya 3 kerana orang baru akan lahir di antara suami dan isteri. Ada juga yang terlewat sikit 1+1 hasilnya masih 2, masih berdua di rumah, belum jadi 3 lagi. Untuk pasangan sedemikian bersabarlah, banyakkan berikhtiar dan jangan berputus harap dengan diperbanyakkan doa. Kita sekarang dah ada LPPKN, klinik kesuburan swasta pun banyak, tapi segala kuncinya masih di tangan Allah. Sebab itu perlu sangat berbanyak berdoa minta 1+1 jadi 3. Insyallah dengan izinnya nanti 1+1 akan jadi 3, 4, 5 dan seterusnya.
JR dulu pun agak lewat dapat anak, lepas 3 tahun kahwin baru dapat anak. Pernah ke LPPKN melalui pelbagai ujian dan diberi ubat, tak lama lepas itu lahirlah putera sulung kami. Bila saja seorang lahir, nampaknya Allah permudahkan kelahiran seterusnya hingga kini ada 6 orang anak, 3 darinya lahir setahun seorang. Jadi dalam kes JR 1+1=8, alhamdulillah..Selain itu isteri pernah keguguran 3 kali, jika ditakdirkan semuanya hidup makin meriahlah rumah kami dengan 9 orang anak (1=1+11)!
ada beberapa kad kenduri dilekatkan kat peti ais..kalau simpan,bimbang terlupa pulak...
ReplyDeleteMemang meriah subur JR& isteri ! :)
ReplyDeleteSaya cukuplah dengan 1+1 = 5
Yelah kan.... anak kecil boleh jadi keliru .....anak adalah rezeki tidak ternilai. Alhamdulillah.
ReplyDeleteMeriah anak ramai... :))
ReplyDeleteDan seronoknya ada adik beradik ramai..
Indahnya amanah Allah..
kalau dah bermenantu nanti, akan jadi la 11 orang semula, insya Allah. boleh buat satu team bola. saya namakan JR United. hehehee...
ReplyDeletekiranya abang JR ni macam vip la, sampai 5 undangan dalam sehari!
kepada kita, tak usah la banyak tanya soalan klise kat pasangan yang masih 1+1=2 walau pun dah lebih setahun. pedih soalan tu kan?
Bunda dok tunggu dua lagi jemputan kahwin...sabtu n ahad depan...masuk yang hari ni tadi tiga....
ReplyDeletesetakat ni takde pulak terima kad jemputan kawen untuk cuti sekolah ni...hehe
ReplyDeleteFOrmula rumahtangga la tu kan. Saya masih lagi 1+1=3. Akan dtg bertukar formula la kot. Tak tau bila. Dulu masa saya kawen pun waktu cuti skolah. Tak ramai yg dtg sebab banyak kenduri pada hari yg sama.
ReplyDelete