Dua tiga hari ini isteri JR asyik bercerita tentang perangai seorang staf pejabatnya. Biarlah JR namakan staf itu sebagai A.
A adalah seorang yang suka curi tulang. Dia seperti iklan satu jenama biskut yang sangat popular satu masa dulu: sekejap ada, sekejap tak ada. Datang tunjuk muka ke pejabat sekejap setiap hari untuk punch card, kemudian A lesap entah ke mana. Dekat-dekat pukul 5.00 petang dia akan muncul semula ke pejabat, kemudian punch card dan balik ke rumah. Entah ke mana dia menghilang tak siapa tau, kerana dia sendiri pun tak pernah bagi tau sesiapa. Ada yang kata dia ada bisnes di luar pejabat.
Dulu mereka yang bekerja sepejabat dengan A menggelarnya CT (kependekan dari Curi Tulang). Tapi mulai minggu lepas A mendapat gelaran baru: MH370. Dia mendapat gelaran MH370 kerana perangainya yang suka menghilangkan diri. Cuma yang membezakannya dengan pesawat MH370 ialah MH370 hilang dan sampai sekarang masih tak dapat dikesan, A pula sekejap hilang sekejap timbul, sekejap ada sekejap tak ada...
Kata isteri JR, boss mereka memang tau perangai A yang suka ponteng kerja itu, tapi boss buat-buat tak tau saja. Maklumlah A jenis orang yang pandai cakap, tinggi tahap PRnya....
Bagi JR, tak kisahlah dia pandai atau tak pandai bercakap, tapi setiap organisasi ada peraturannya. Pejabat bukan macam rumah boleh pergi dan balik sesuka hati. Patutnya A sebagai kakitangan kerajaan sedar bahawa gajinya dibayar dari wang hasil cukai yang dibayar oleh rakyat. Halalkah gaji yang diterimanya setiap bulan jika dia cuma berada di pejabat tak sampai 50% dari waktu kerja sebenar? Bila kita mati nanti Allah akan menghisab segala yang kita lakukan di dunia ini, tak terkecuali kebaikan dan keburukan walau sebesar zarah pun tetap dihisab, tidakkah A takut kepada hukuman Allah kerana tidak amanah?
Mungkin boss tempat kerja isteri JR terlupa bahawa mengikut Perintah Am Bab D, seseorang Ketua Jabatan boleh diambil tindakan tatatertib jika dia cuai dalam pengurusan tindakan tatatertib terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan pejabat. Maknanya jika boss tak ambil tindakan tatatertib terhadap stafnya yang culas dan selalu ponteng seperti A, boss itu sendiri boleh diambil tindakan tatatertib kerana kecuaiannya!
Perkembangan terbaru kehilangan #MH370: Satelit Australia telah mengesan dua objek besar bersaiz 24 meter 2,500 km di barat Perth yang disyaki berkemungkinan besar serpihan MH370. Pesawat Australia telah dihantar ke sana bagi menyiasat penemuan itu dan satu pengumuman akan dibuat selepas pukul 8.00 malam nanti.
Perkembangan terbaru kehilangan #MH370: Satelit Australia telah mengesan dua objek besar bersaiz 24 meter 2,500 km di barat Perth yang disyaki berkemungkinan besar serpihan MH370. Pesawat Australia telah dihantar ke sana bagi menyiasat penemuan itu dan satu pengumuman akan dibuat selepas pukul 8.00 malam nanti.
haha..ada bissness lain atau ada 'cawangan lain'...
ReplyDeleteKami kerja swasta kalau buat gitu mau dapat surat cinta.
ReplyDeleteSbb dia tak pernah fikir pasal amanah Allah, apatah lagi nak fikir pasal orang lain.
ReplyDeleteBos pun tak amek kisah, sbg pemimpin..dia dulu jugak yg akan ditanya nanti kat sana...
*sama-sama tunggu penemuan terbaru MH370..
Spesis mcm dia mmg ada kat mana2. Tp sbb pandai PR, mmg selamat selalu hidupnya. Akhirat? Jawablah sendiri.
ReplyDelete*sgt berharap tu bkn serpihan MH370. :(
Saya harap, bos isteri JR baca entry JR ni.ataupun, JR print kan entry ni, suruh isteri JR bagi kat bos dia..:)
ReplyDeleteSepatutnya dah boleh ambil tindakan terhadap si A tu.. Nak tunggu apa lagi.. Jangan buang masa simpan pekerja yang bermasalah macam tu..
ReplyDeleteYes ....setuju sangat tak rugi nyahkan parasit gitu rupa.
ReplyDeleteRamai yang jenis culas camtuh...sbb mereka tak pikir yg semua tuh akan ditanya diakhirat kelak...
ReplyDeletewah, dlm ofis wife JR ada MH370. Hehehe... Dia ada keja part time ke tu?
ReplyDelete*Harap2 bukan part MH370 yg ditemui tu. Sebab kenapa nak pegi terhempas kat tgh2 lautan Hindi tu. Saya mengharapkan MH370 akan ditemui dgn semuanya selamat.
CT tu lelaki ke pompan?...ada lah tu...dia lari balek umah jap ke atau ke kedai mamak tengok berita Pencarian MH 370...
ReplyDeleteAtau pun sebelum ni dia g jual insuran ke mana tau utk site income...rajin dia menambah pendapatan keluarga...
Kerja yang ada tu dah tetap income bulan2...