Adegan panas ini dah masuk bulan kedua. Memang panas yang sangat panas. Panas berapi!
Apa lagi yang nak digambarkan dengan kepanasan ini? Memang panas. Hot..Hot..Hot..
Adegan paling panas tengahari kelmarin. Melangkah keluar saja dari bangunan setingkat tu....hauuuuuuu...rasa seperti haba api teramat panas dari neraka menyambar kulit. Panasnya!
Jiran sebelah rumah beritau kepanasan tengahari kelmarin ialah 39 darjah celcius. Itu mengikut jangkasuhunya. Tengok TV pula mengikut sumber Jabatan Meteorologi, kepanasan di Alor Setar kelmarin 38 darjah. Ia lebih panas dari Mekah dan kawasan padang pasir Arab Saudi yang sekarang kepanasannya ialah 34 darjah. Mengikut Jabatan Meteorologi mungkin tak lama lagi suhu paling panas menjangkau 40 darjah celcius akan melanda utara Semenanjung. Tunggu sajalah ketibaan adegan panas tu!
Hari itu bukan main seronok bercerita bila suhu di Alor Setar jatuh hingga 22 darjah celcius. Eksyen bukan main, kononnya tak payah pi Genting dan Cameroon, dok di Aloq Staq pun sejuk dahhhh...Sekarang nah...Allah bagi suhu naik mencacak sampai 39 darjah....
Mungkin Allah sedang menduga kita memahami kebesaranNya. Dia berkuasa mengubah-ubah suhu bumi, bulan lepas sejuk, sekarang bukan main panas, mungkin beberapa tahun lagi ada ujian lebih besar menanti kita....
Mungkin Allah sedang menduga kita memahami kebesaranNya. Dia berkuasa mengubah-ubah suhu bumi, bulan lepas sejuk, sekarang bukan main panas, mungkin beberapa tahun lagi ada ujian lebih besar menanti kita....
saya pernah tinggal di penang selama setahun masa belajar...mmg panas di sana, lain macam betul...di perlis pun saya pernah rasa panasnya masa berkunjung ke sana..moga bekalan air tak di catu di Kedah..
ReplyDeletedah tunggang terbalik dah ni. hari tu sejuk sangat, la ni panas sangat pulak. sebelum musim panas ni beberapa tahun dulu saya pernah ke kedah, memang panas sana lain macam sikit la bang...
ReplyDeleteujian utk org utara nih . sebelum ni alami cuaca sejuk melampau , la ni panas melampau . sabar n redhalah . ujian itu byk hikmahnya .
ReplyDeleteAllah nak bagi sikit kepanasan.. ada hikmahnya tu.. bersabar menghadapi ujian Allah
ReplyDeleteWaktu subuh/pagi masih lg sejuk...org tua2 kata kemarau masih panjang....Allah sja yg tau.
ReplyDeleteRasanya kalau belah kita musim2 gini memang panas lit-lit tapi mgkn la ni semakin bertambah panasnya.
ReplyDeleteAkhir tahun lepas kita banjir main air....awal tahun kita berpanas tetapi jangan bermain api.
ReplyDeletehari tu pakat2 beli baju sejuk...la ni pakat2 beli aircond...
ReplyDeleteAnggaplah ianya panas yang biasa. Macam kita tak mahu layan sangat sakit yang sikit-sikit pada diri kita...
ReplyDeletebetul gak tu, hari tu masa sejuk mengeluh sejuk sgt, skrg ni DIA bg kita rasa panas pulak.
ReplyDeletemmg Allah nak duga. tapi apa yg berlaku kepada bumi skrg ini adalah hasil daripada tangan2 manusia juga. yang tamak dan rakus merosakkan kitaran alam demi tembolok sendiri.
ReplyDelete