23 February 2014

Tahniah...Juara Diabetes!!!


Tak berapa lama dulu orang Kedah  selalu bangga sebab negeri mereka kerap jadi juara bolasepak - selalu menang Piala Malaysia, Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih. Pernah pula jadi juara double treble pertama dalam sejarah bolasepak Malaysia pada 1997. 

Memang hebat Kedah, tapi itu dululah..Sekarang Kedah selalu kalah, minggu lepas dua kali kena balun dengan Johor...

Sekarang tak tau apa nak dibanggakan lagi dengan Kedah.

Tapi ada juga benda JR sebagai penduduk Kedah boleh bangga kerana Kedah menjadi juara:

                                               (sumber: SinarHarian)

Nampaknya Kedah dah jadi juara pengidap diabetes tertinggi di Malaysia sekarang, diikuti oleh Perlis sebagai naib juara, serta Negeri Sembilan dan Kelantan di tempat ketiga dan keempat. Patutkah JR bangga dengan pencapaian ini?

Mengapa Kedah dan Perlis menjadi negeri pertama dan kedua pengidap diabetes tertinggi di Malaysia? Kalau tanya JR, sejujurnya JR tak tau. Mungkin kerana orang Utara suka makan nasi kot - breakfast bedal nasi, lunch pekena nasi, dinner pun bantai nasi? Tapi JR tak tau adakah itu salah satu puncanya.

Apa yang JR pasti ramai orang-orang yang dekat dengan JR - mak mentua, adik ipar dan abang ipar ada diabetes dan terpaksa makan ubat diabetes. Mak mentua dan ipar paling serius, hari-hari kena cucuk insulin kerana kandungan  gula dalam darah dah sampai peringkat kronik.

Mujur JR, alhamdulillah, masih belum kena diabetes. Moga-moga berkat penjagaan pemakanan dan selalu bersenam terhindarlah dari penyakit yang menjadi ibu kepada segala penyakit bahaya itu. Baru-baru ini bila JR periksa gula dalam darah (bacaan 2 jam lepas minum glukos) cuma 5.3, sebelum ini 4.9. Memang naik sikit dari sebelum ini, tapi masih di tahap normal..

Kalau JR terlebih makan, selalu teringat mak mentua yang tinggal serumah - makan lebih susah, makan kurang pun susah. Makan lebih paras gula naik sampai 20 lebih, terkurang makan pula kena hypo, badan menggeletar dan percakapan bercelaru. Mak mentua sentiasa dahaga, sehari entah berapa kali minum air dan kerap kencing. Kesian sungguh..tapi apa nak buat benda dah berlaku. 

Kepada kita yang masih belum kena diabetes, ingatlah sebelum kena....

8 comments:

  1. hypo..kurang gula kan? beringat sblm kena..kalau dah kena..sedian ongkos berubat ye..huhuh

    ReplyDelete
  2. Bunda pun dah lama tak cek ni...baru2 ni balik kpg bukan main sedap makan...musim tempoyak...ikan masak tempoyak.. lajulah makan...tak pun sambal tempoyah..pergh memang bpk mertua lalu pn tak sedar...pkmertua pun dah xder...

    ReplyDelete
  3. Menakutkan penyakit diabetes ni.....kena lebih berhati2 dalam pengambilan makanan.. terutamanya yang berkanji dan manis2 tu semua

    ReplyDelete
  4. takut sgt ngan penyakit 4 serangkai spt DM, HPT dsb

    ReplyDelete
  5. saya keliru kat sini. dalam laporan tu, statistik (kedudukan ikut negeri) dibuat berdasarkan jumlah penghidap diabetes atau peratus?

    ~fuh, nasib baik la saya bukan penggemar makanan manis. alhamdulillah, hehehee...

    ReplyDelete
  6. kena kurangkan makan nasi klu camni.

    ReplyDelete
  7. Kita yang belum terkena diabetes ni sebaiknya kurang kan manis dalam minuman....terlebihkan manis dalam senyuman.

    ReplyDelete
  8. Ooo... kedah ke paling no satu? Kelantan tu mmg tak pelik la sbb mmg makanan kelantan pon banyak yg manis. Kalau kata Terengganu no satu baru la saya tak pelik. Tganu pun byk makanan manis gak.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....