22 February 2014

Harga Rumah


Betul ke ni?:


Betul ke harga rumah sekarang dah capai harga lebih RM1 juta? Maknanya kalau dah harga rumah lebih RM1 juta, kalau orang yang macam JR yang bukan jutawan ni tak layaklah tinggal di Kajang atau di bandar-bandar lain yang harga rumah lebih RM1 juta?

JR harap berita itu cuma diperbesar-besarkan. Atau ia cuma berlaku di sesetengah tempat untuk rumah kos tinggi saja. Untuk rumah kos sederhana dan kos rendah rasanya harga rumah belum capai RM1 juta kot. Tapi ini pendapat JR lah, mungkin juga fenomena harga rumah masa kini lebih RM 1 juta tu benar-benar berlaku sekarang....

15 tahun dulu harga rumah di KL dan Lembah Kelang tak semahal sekarang. Masa JR beli rumah teres dua tingkat dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air  di Ampang Indah, KL pada 1990 dulu harganya cuma RM83,000 saja. Pada 2007 JR jual rumah tu dengan harga RM250,000. Tengok...dalam masa 15 tahun saja harganya naik 3 kali ganda! 

Mengikut jiran lama yang masih tinggal di sana, rumah di Ampang Indah, Ampang Jaya, Bukit Indah, Taman Kosas dan Taman Cahaya dah naik harga berkali-kali ganda sekitar RM400,000 - 500,000 sekarang ini. Bayangkan jika JR jual rumah itu sekarang boleh dapat keuntungan 6 kali ganda! Tapi JR terpaksa jual rumah di Ampang itu kerana penyewanya selalu ponteng bayar sewa rumah, daripada selalu bertekak dengannya, akhirnya jual saja....

Nasib baik rumah di Alor Setar ini masih murah harganya berbanding Lembah Kelang, Shah Alam, Pulau Pinang atau Johor Bharu. Duit keuntungan jual rumah di Ampang dan dicampur dengan sedikit duit simpanan JR gunakan untuk beli sebuah rumah di Alor Setar yang lebih besar dari rumah di Ampang. Isteri juga ada rumah semi-detached di Alor Setar yang dibeli dengan wangnya sendiri yang kini kami sewa kepada orang lain. Baru-baru ini dia beli sebuah lagi rumah di Alor Setar, katanya untuk anak-anak bila mereka dah kawin nanti...Falsafah isteri ialah biar banyak rumah jangan banyak rumah tangga (banyak bini)...huhuhuhu.

JR cuma bayangkan kalau ditakdirkan satu hari nanti semua rumah berharga lebih RM1 juta di mana anak cucu kita nak tinggal? Bukan semua anak cucu kita layak jadi jutawan kan?? Kalau yang tak layak jadi jutawan agaknya ketika itu kena persiapkan diri untuk tinggal atas pokok, dalam gua atau bawah jejambat. 

Atau jom ramai-ramai pindah ke Alor Setar kerana di sini harga rumah masih belum sampai RM1 juta. Harga banglo pun cuma lebih kurang RM500,000 saja di sini, kalau area jauh dari bandar RM300,000 dah dapat rumah sesebuah yang orang gelar banglo...

6 comments:

  1. Pindah alor star? Hehehe...ade kje kosong x jr?

    ReplyDelete
  2. Angah baru saja beli rumah 3rd hand. harga RM90 ribu. Boleh basuh kereta depan rumah, katanya...

    ReplyDelete
  3. Petikan itu, diperbesar besarkan..Mmg nilai hartanah di Lembah Klang melambung naik,termasuk Kajang,tapi masih byk rumah yg boleh dibeli dlm harga sekitar 350 - 600 ribu.

    Saya pernah terfikir,nak bersara di tempat lain...yg nilai hartanahnya murah...:) Alor Setar...hmmmm...best jugak...Di Penang ( pulau), nilai hartanahnya lagi melampau naik berbanding L.Klang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah terfikirkan beberapa tempat. salah satunya perlis. macam ok je...

      Delete
  4. rsnya kena carik area yg murah kos hidupnya..kalaulah harga umah rm1j..pastuh dngan faedah pinjamanlagi..bengkrap lah kalau hidup camtuh..

    ReplyDelete
  5. Harga umah kat Kuantan pun masih rendah lagi tapi agak tinggi jgk berbanding dulu. Takde dah ko rumah yg harganya bawah 100k. Semua main ratus2 K dah skrg.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....