»

06 February 2014

Seram Malam Jumaat: Ketukan Di Tengah Malam


Ramai orang yang tak percaya kewujudan hantu. JR juga tak percaya. Yang JR percaya ialah kewujudan jin kerana cerita mengenainya ada di dalam al-Quran, malah ada satu surah khas (Al-Jin) di dalam Quran.

Kebetulan malam ini malam Jumaat. Yang JR nak cerita ini ialah mengenai rumah yang JR tinggal sekarang. Rumah yang JR, isteri dan anak-anak tinggal sekarang ialah sebuah rumah yang dibeli lebih empat tahun dulu dari sepasang suami isteri Melayu-Jerman. Sebelum itu kami tinggal di sebuah rumah sendiri di Jalan Stadium yang kini kami sewakan kepada seorang kawan.

Tapi kerana isteri selalu mengadu rumah semi detached itu tak sesuai dengan kami yang berkeluarga besar, akhirnya kerana ada sedikit rezeki, kami suami isteri berkongsi beli sebuah rumah lagi yang kami tinggal sekarang yang alhamdulillah cukup selesa dari rumah sebelum ini.


Apa yang JR nak ceritakan ini bukan mengenai fizikal rumah kami, tapi beberapa peristiwa pelik yang pernah berlaku di sini...

~ Sebelum tinggal di rumah sekarang, anak sulung dah beri amaran dia mendengar dari rakan-rakannya kawasan sekitar rumah itu agak "keras". Jawapan JR mudah: mana ada rumah sekarang yang tak "keras" kerana ia dibuat dengan batu bukan  dengan plastik. 

~ Ketika kerja-kerja ubahsuai rumah dijalankan, JR mengupah beberapa orang pekerja Indonesia dan Bangla untuk menyiapkannya. Demi keselamatan rumah, JR membenarkan mereka tinggal di rumah yang baru dibeli itu hingga kerja-kerja ubahsuai selesai. Dari mulut pekerja-pekerja itu JR mendengar pelbagai cerita yang tak sedap didengar:
      - Pintu rumah sering diketuk waktu malam, tapi bila dibuka tak ada orang.
    - Kadang-kadang terdengar seperti ada langkah orang menaiki tangga rumah, tapi bila disiasat tak ada sesiapa.
    - Ada pekerja yang demam kerana ketakutan dan akhirnya tak mahu meneruskan kerja.
      - Kerana semua pekerja beragama Islam, JR menasihatkan mereka jangan tinggalkan solat dan berperangai elok ketika berada dalam rumah. 

Anehnya bila rumah itu kami duduki, dengan izin Allah, tiada ketukan di waktu malam atau langkah kaki menaiki tangga seperti yang pekerja-pekerja itu ceritakan berlaku. Alhamdulillah...Sebelum menduduki rumah kami adakan kenduri masuk rumah dan bacaan yasin di samping melakukan beberapa petua orang tua-tua sebelum memasuki rumah.

~ Hanya ada 3 peristiwa yang JR tak pasti ia ada kaitan dengan makhluk halus atau mainan perasaan yang berlaku, itu pun berlaku lepas kira-kira 2 tahun tinggal:
     - Suatu malam lepas maghrib, ketika itu hujan renyai-renyai, terdengar seperti suara orang bertengkar di luar rumah. Suara mereka sangat jelas, cuma kami tak begitu faham apa yang mereka tengkarkan. Anak kedua JR keluar untuk menyiasat, diikuti JR. Tapi kami tak melihat sesiapa di luar rumah, walaupun suara mereka tadi sangat jelas. Yang ada cuma deretan pokok mempelam dan jambu air yang merimbun di luar rumah dari mana suara-suara itu didengari...
      - Suatu pagi dua tahun lepas, kira-kira pukul 3 pagi, anak keempat JR yang tidur lewat kerana menyaksikan Euro 2012 di skrin TV tiba-tiba melihat satu bayang-bayang hitam menyerupai tangan bergerak menuruni tangga ke ruang tamu sambil meninggalkan deruan angin yang agak kuat hingga menerbangkan kalendar yang tersangkut di dinding.
      - Sehari selepas itu, kira-kira pukul 3 pagi, JR dan 3 orang anak lelaki kami sama-sama menyaksikan siaran Euro 2012 di TV. Tak ingat pasukan bola mana yang bertanding pada pagi itu. Apa yang masih diingati ialah tiba-tiba sedang menonton TV di pagi-pagi buta tu, tiba-tiba terdengar ketukan kuat di luar sliding door. JR tak layan bunyi ketukan itu, kerana JR ingat ia cuma mainan perasaan. Lagi pun JR tak nak menakutkan anak-anak.
Cuma pagi esok bila anak-anak bertanya pagi tadi ada dengar apa-apa tak, baru JR tau keempat-empat kami mendengar ketukan yang sama. Cuma ketika itu masing-masing buat bodoh seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

JR harap peristiwa-peristiwa yang JR ceritakan di atas tidak akan berulang lagi. Sehingga sekarang tak tau apa sebenarnya benda yang menghasilkan bunyi-bunyi yang kami dengari dan bayang hitam yang anak JR lihat itu.Tapi bila mengingatkan manusia bukan bersendirian menghuni alam semesta ini, hati jadi tenang. Mungkin Allah mahu menguji tahap keimanan kami....

Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya walau di mana pun berada...

Tidak aku menjadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepadaku”.(Surah Adz Dzaariyaat: 56)

     

13 comments:

  1. Yang penting kita tak tinggalkan perkara fardhu.
    Saya kalau dengar benda2 begini saya akan buat tak tahu, bila dah siang baru cerita kat orang. Seram jugak baca citer ni malam jumaat ni.

    ReplyDelete
  2. Seram pulak baca entri ni di malam jumaat...huhu

    ReplyDelete
  3. Ish..haha...kalau xfikir sgt ok je kot...kalo fikir tu yg hati jadi teringat2..haha..ada juga rasa pglaman begitu..tapi..tawakal je.. Yg pnting jgn ckp bsr...kan jr..

    ReplyDelete
  4. kalau mcm tu..saya pasti tak berani berseorangan berada dirumah hehe

    ReplyDelete
  5. Kalau gangguan macam ni yang tak bagi efek pada penghuni, takpe lagi kan. Saya ni tak berapa hantu, tapi tetap percaya benda yang tak nampak.

    Eh, saya suka la rumah stail macam ni...!

    ReplyDelete
  6. Seram jugak ye tapi jangan layan sangat....jangan hamba Allah tu tunjuk show yang lebih bikin kecut perut dah..........

    ReplyDelete
  7. Cantik rumah tu. Kalau itu berlaku, saya takkan berani dok sorang2..mau tidoq tak lena

    ReplyDelete
  8. salam JR, saya baru follow blog kamu. seram naik bulu roma baca kesah seram JR. saya pun ade jugak mengalami perkara pelik. saya ni penakot giler orangnye. tapi bab nak citer antu mmg saya mintat. hehehe

    ape pun, kalu sudi... jom le follow kita jugak eh. maceh

    ReplyDelete
  9. sura pernah jugak mengalami benda2 yang menakutkan camni..
    cantik rumah JR..tapi kalau dh dengar cerita camni..malam2 klau sura duk sorang2 dlm umah tu..mesti kecut perut jugak..

    ReplyDelete
  10. Selalu juga Nurul dengar cerita2 macam ni, biasanya, mereka yang kena camni panggil ustaz suruh keluarkan/halau makhluk yang mungkin tumpang tinggal sekali dirumah tu..

    ReplyDelete
  11. eh apasal lepas solat jumaat tegah hari panas ni pon meremang bulu tengkok nih JR..., serius Jr punya cerita ni seakan sama macam apa yg berlaku kat rumah kuarters sy duduki sekeluarga sekarang ni..

    pg td anak jagaan masih kecik tak mahu duduk diam dan menagis samap isteri sy minta bantuan jiran membawa kerumahnya dan tidurkan di sana...

    sy dinasihatkan baca ayat2 rukyah dan tabur garam kasar yg dijampi dgn ayat quraan..insyaAllah ptg nanti baru nak buat.... sememannya makhul jin itu ada dialamnya yg kita tidak nampak dgn mata kasar..

    ReplyDelete
  12. issh! seram lah pulak...bunda ni jenis penakut...filem n drama2 seram pun memang tak tengok..

    ReplyDelete
  13. masa IM sewa rumh kat Bkt gedung dulu ada beberapa insiden yang menyeramkan juga. Tapi IM anggap itu cuma tanggapan IM jer...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....