08 February 2014

Misteri Honda Mayat


Petang tadi dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil anak perempuan JR di kelas tuisyen, tiba-tiba tanpa sengaja JR terjerit, "Wowww....Honda mayat!!!".

Sebuah kereta berwarna hitam dengan body rendah dari kereta biasa melintas laju di depan.

"Mayat?" terkejut anak. Muka seperti sedikit pucat, "Mana mayat...?"

"Bukan mayat...Honda mayat" jelas JR.  Anak memerhatikan muka JR dengan wajah kosong. Mungkin tak faham apa itu "Honda mayat".

Memang ramai orang yang tak kenal Honda mayat. Dengar nama pun mungkin tak pernah.


Ini gambar Honda mayat yang JR search dari internet:


Honda mayat aka Honda Civic SB3 aka Honda Civic Wonder agak popular di Malaysia pada awal tahun 1990an. Ketika itu ia dikenali sebagai kereta orang muda tapi tak ramai yang mampu membelinya kerana harganya yang agak mahal (sekitar RM30,000) berbanding dengan kereta baru biasa yang masa itu cuma dijual pada harga sekitar RM20,000.

Honda mayat mempunyai kekuatan enjin 1,600cc. Pada awal tahun 1990an kekuatan enjin 1600 cc untuk kereta Jepun dikira hebat kerana kebanyakan kereta ketika itu cuma mempunyai kekuatan enjin 1,300 - 1,500 cc. 

Malah sampai sekarang Honda mayat masih gagah. Buktinya pernah diadakan pertandingan lumba di antara Honda Sport S2000 dengan Honda mayat yang dimenangi oleh Honda mayat (lihat videonya di sini....
Honda S2000...tapi Honda mayat lagi kuat dari S2000!

Tapi mengapa kereta ini dinamakan Honda mayat? 

Ada 4 versi yang JR dengar mengapa ia dikenali sebagai Honda mayat:

~ Bentuk belakang kereta ini menyerupai kereta mayat.
~ Tahun 1980an dulu banyak model kereta ini digunakan sebagai kereta mayat di Jepun.
~ Kelajuan luar biasa kereta ini pada zaman kegemilangannya pada tahun 1990an dulu di Malaysia menyebabkan ramai pemandu yang memandu kereta ini dengan laju menyebabkan banyak kematian direkodkan.
~ Pada tahun 1990an dulu kononnya ada beberapa kes orang pernah melihat kereta ini dipandu oleh seseorang yang berpakaian seperti mayat..

Mana satu yang betul entahlah....


13 comments:

  1. byk versi cite ye napa ianya dipanggil honda mayat. Jarang dah nmpk org pakai keta ni di sini....(kk) :-)

    ReplyDelete
  2. berpakaian seperti mayat tu macam berbalut kain kapan ke? mitos je kot... eh, saya ada satu honda mayat model diecast hotwheels warna merah. tak lama lagi jadi rare la tu!

    ReplyDelete
  3. Ooohh...tak tau pulak gelaranya honda mayat...baru jek tau arini.

    ReplyDelete
  4. hehe..tak pernah tau org panggil keta ni honda mayat..

    ReplyDelete
  5. ooo..sy tak pernah tau kenapa nama dia honda mayat, walaupun mmg biasa dengar

    ReplyDelete
  6. pertama kali dengar keta ni dipanggil honda mayat...nama yg menyeramkan..

    ReplyDelete
  7. yeah , sy biasa dgn panggilan tu ...memang berkenan habis masa tu tp hanya mampu tumpang kereta sedara aje.., lowered dan luas bhg dalamya berbanding kereta seangkatan pada masa tu...; pernah ikut org test drive tp sy duduk sebelah...mujur belum ajal lagi ..alhamdulillah belum jadi mayat !

    ReplyDelete
  8. Ingat jugak akan honda mayat nie tp dlm blur2 dah sbb dah lama sgt tak nampak..tp mmg popular 1 ketika dulu...

    ReplyDelete
  9. Honda Mayat..tak pernah tau dipanggil sebegitu. Kereta lama/antik, memang dicari sekarang.

    ReplyDelete
  10. Sejak 2 thun lpas sy miliki Honda Civic Sb3 ni smpai skrg..Bru sy tau ade kisah rupenye nape org pggil kete sy ni 'honda mayat' sbb slama ni sy pelik ble sesetgah org tgok kete sy akn ckp 'honda mayat'..

    ReplyDelete
  11. HONDA MAYAT SEBENARNYA IALAH EF HATCHBACK

    ReplyDelete
  12. Civic mayat sbb bentuk keranda.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....