07 February 2014

Beza Orang Islam Dengan Orang Melayu


BUAT JAHAT DIBALAS BAIK

Cerita 1 (Di zaman Nabi):

Di zaman Nabi Muhammad SAW dulu ada seorang nenek tua berketurunan Yahudi yang sangat jahat. Dia selalu meludah ke arah Nabi ketika Nabi melewati rumahnya untuk ke masjid. Tapi Nabi SAW sangat sabar dan tidak pernah marah kepada nenek tua yang sering meludahnya itu.


Suatu hari ketika Nabi Muhammad SAW melewati rumah nenek tua itu baginda agak terkejut kerana si-nenek tidak meludah lagi ke arahnya. Nabi Muhammad SAW berhenti dan bertanya kepada jiran nenek itu ke mana pergi si-nenek  hingga dia tidak meludah pada Nabi seperti biasanya.


Jirannya memberitahu Nabi bahawa si nenek jahat sedang sakit dan hanya terbaring di tempat tidur. Mendengar itu Nabi pun pergi menemui si nenek. 


Ketika si-nenek melihat kehadiran Nabi Muhammad, dia menyangka Nabi datang untuk membalas dendam terhadap kejahatannya. “Mengapa kau menunggu ketika aku sakit untuk membalas dendam, mengapa kau tidak datang ketika aku masih sihat dan kuat untuk membalas dendam...?” tanya nenek tua.

Nabi Muhammad SAW sambil tersenyum memberitahu dia datang bukan untuk membalas dendam, tapi untuk menjenguk dan jika diizinkan Allah hendak merawat penyakitnya.
Dengan izin Allah selepas dirawat Nabi, nenek itu kembali sihat seperti sediakala.
 
Si-nenek sangat malu kerana telah berbuat jahat kepada Nabi SAW  sebelumnya. Nenek tua itu kemudiannya mengucap dua kalimah syahadat dan memeluk Islam.

Cerita 2 (Di Amerika - 2009):

Kisah ini terjadi pada bulan Mei 2009 di kota New York. Seorang pekedai bernama Muhammad Sohail, 47 tahun, ketika itu sedang bersiap-siap untuk menutup kedainya tepat pada tengah malam. Tiba-tiba muncul seorang lelaki menghampirinya dengan membawa kayu pemukul baseball dan meminta Muhammad Sohail menyerahkan sejumlah wang kepadanya.

Tidak mahu tunduk kepada penjahat tersebut, Sohail mengeluarkan senapang shotgun yang diletakkan di bawah laci meja. Melihat senapang berada di dadanya, perompak bertopeng itu menjatuhkan kayu baseball yang dipegangnya ke lantai dan berlutut memohon maaf sambil menangis. Perompak tersebut mengatakan bahawa dia terpaksa merompak untuk memenuhi keperluan keluarganya yang sedang kelaparan.


"Tolong jangan panggil polis, jangan tembak saya. Saya tidak punya wang, saya tidak punya makanan di rumah saya", kata Sohail meniru gaya kata-kata perompak tersebut. "Dia menangis tersedu-sedu seperti seorang bayi kecil"
beritahu Sohail.

Sohail membuka dompetnya lalu menghulurkan wang tunai sebanyak $40 (RM133) dan sebungkus roti kepada perompak tersebut  dan berjanji membebaskan perompak itu dengan satu syarat: lelaki tersebut harus berjanji untuk berhenti merompak.


Sambil menghulurkan wang, Sohail berkata, "Pulanglah ke rumah segera, keluargamu memerlukan makanan!"


Perompak yang terkejut dengan kemurahan hati Sohail tiba-tiga tanpa diduga  mengatakan kepada Sohail bahawa jika begitulah perangai orang Islam, dia ingin menjadi seorang Muslim yang baik seperti Sohail.


Sohail kemudian meminta perompak tersebut mengikutinya mengucapkan dua kalimat syahadat sambil menadah tangan. Mereka kemudiannya berjabat tangan. 


Kemudian Sohail meminta perompak itu menunggu sekejap kerana ada lagi pemberian barang makanan darinya untuk keluarga perompak tersebut. Tapi ketika Sohail kembali si-perompak sudah meninggalkan kedainya.

Beberapa bulan kemudian Sohail sangat terkejut apabila dia menerima kiriman pos yang mengandungi wang 
$40 dari seseorang yang tidak dikenalinya. 
 
Di dalam kiriman pos itu ada satu surat bertajuk: "You Change My Life".

Beginilah isi kandungan surat itu:


You Change My Life

First of all I would like to say that I am sorry at the time I had no money, no food on my table, no job, and nothing for my family. I know that is was wrong, but I had no choice. I needed to feed my family. When you had that gun to my head I was 100% that I was going to die. That was the only reason why I ask you to be one a Muslim. Because you spared my life, I decided to become a true Muslim. Sense then my life has change. Now I have a new child and good job, make a good money, staying out of trouble and taking care of my family. You gave me forty dollars, and a loaf of bread. Here is fifty dollars...Thank you for sparing my life because of that you change my life.


Your brother Muslim :)


Cerita 3 (Di Malaysia 6.2.2014):


Betapa jauh bezanya antara seorang Muslim dan seorang Melayu!

7 comments:

  1. Islam keturunan..begitulah jadinya JR :)

    ReplyDelete
  2. Ishhh....ishhhh... tak usahlah bertindak tampar menampar....bukankah negara kita ada undang2 .....

    ReplyDelete
  3. 'melayu' adakalanya memang pantang dicabar..

    ReplyDelete
  4. memang sampai bila2 pun akan terus `layu' kalau macam ni!

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut betul2 ajaran islam..apa yang disuruh adalah
    Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."(42-34)

    ReplyDelete
  6. apabila Islam tidak dititikberatkan

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....