Kenal Felixia Yeap?
Mungkin model ini pernah ada sejarah hitam kerana pernah muncul sebagai model majalah lucah Playboy. Tapi semua orang ada sejarahnya dan bukan semua sejarah lampau kita baik-baik belaka. JR juga ada sejarah masa lalu, sejarah zaman jahiliyah yang tak boleh dibanggakan....
Sejak pertengahan tahun lepas, Felexia gemar muncul dengan pakaian berhijab, termasuk dalam pertunjukan fesyen Muslimah. Mengapa dia berhijab, walaupun dia bukan beragama Islam ada diceritakan dalam blognya: felixiayeap.blogspot.com
(Gambar Felexia dulu dan sekarang diambil dari blognya)
Felixia pernah muncul dalam TV Al-Hijrah
Ramai yang marah kerana mereka berkata sebagai non-Muslim dia tak patut berhijab. Ramai yang kata dia berhijab untuk mempersenda Islam, menghina hukum Allah kerana hijab hanya untuk wanita Islam.
Apa yang Felixia tulis dalam facebooknya semalam membuat ramai yang tersentak:
Tapi tulisannya itu mendapat respons baik, ramai yang memberi sokongan terhadapnya kerana berhijab.
JR tak nak bercakap tentang niat Felixia berhijab. Siapalah JR untuk memahami niat orang? Hanya Allah Yang Maha Tahu. Tapi apa salahnya kita bersangka baik? Mungkin Allah sedang memberi hidayah kepadanya?
Yang paling JR keliru ialah bila wanita yang mengaku Islam tidak menutup aurat, tak ramai orang yang berani kritik. Mungkin kerana yang tak berhijab itu artis pujaan ramai atau isteri pemimpin negara? Tapi bila orang bukan Islam berhijab ada yang mempertikai niatnya. Siapa kita untuk mempertikai niat orang lain?
Jika Felixia memakai hijab dikatakan menghina dan mempersenda Islam, bagaimana dengan wanita Islam yang tak menutup aurat...itu tidak mempersenda dan menghina Islam ke?
Wanita Islam yang tak berhijab, hukumnya sangat jelas dalam Quran mau pun hadis. Tapi wanita bukan Islam berhijab...?
Jika hijab itu dikatakan pakaian orang Islam, bagaimana pula dengan orang Islam yang memakai pakaian yang dipelopori oleh orang bukan Islam - lelaki berkot dan bertali leher, wanita memakai skirt dan berseluar..tak ada masalah pun kita (termasuk JR) memakai pakaian seperti orang bukan Islam!
Begitu juga di sekolah, ramai murid perempuan bukan Melayu yang berbaju kurung...tak ada masalah pun!
Daripada kita mengutuk wanita ini kerana berhijab, mengapa tidak kita berdoa semoga Allah menambah seorang lagi Muslimah di bumi Malaysia ini?
padu bro!... Memang mudah menghukum dari memahami. Sy sendri tak faham kenapa kita suka memperlekehkan org buat benda baik. Bila buat jahat kutuk pulak. Pokok pangkalnya niat. Siapa lebih tahu hati kita dari Dia?....
ReplyDeletewanita2 yg mengaku muslim sepatutnya malu dgn amoi ni..ya,dia tak mendapat pahala walaupun berhijab..tp dia tahu mana yg patut ditutup..
ReplyDeleteCantik dia ni bertudung. Apa masalahnya dia nak berhijab. Takda masalah apa2 pun saya nampak. Yang ada masalah perempuan islam tapi terdedah sana sini.
ReplyDeletesekarang ni terlalu ramai yang ghairah nak tinggalkan komen melampau kat laman sosial. tan berfikir terlebih dahulu. apa pun, nek tegur biar bertempat dan kena cara. baik tegur muslim yang tak tutup aurat tu, daripada mengkritik non-muslim yang mengagumi cara hidup islam.
ReplyDelete~nice entry...
orang islam yang bangsa melayu ni mmg pelik2 skit jr. dah lama kita tau derang ni kalo timbul je satu2 isu, mula la nak jadi pembela agama dan tuduh semua org mempersendakan agama. padahal ntah dia sendiri faham ke tak islam yg sebenarnya.
ReplyDeleteTerselak sana terselak sini tak mau tegoq tapi hat tutup2 pulak di pertikai. Zaman la ni JR ramai pengkritik agama tak bertauliah.
ReplyDeleteCute amoi ni bertudung lagi cute jika dia dah didalam ugama islam. Semoga terbuka hatinya.
ReplyDeleteOklah kalau dia ade kesedaran tuk menutup aurat..itu fitrah namanya yg perasaan malu tuh harus ade pd setiap wanita..inshaallah kita doakan agar hatinya terbuka tuk islam pulak..takkan nak kembli kezaman jahilliah balik kan..
ReplyDeletesemoga hatinya akan terbuka untuk mengucap dua kalimah syahadah.. berhijab, tutup aurat, hak dia sebagai seorang manusia..
ReplyDelete