Sapa yang tinggal di Selangor, nampaknya mulai Selasa ni korang cuma dapat mandi dua kali sehari. Ini kerana mulai Selasa bekalan air cuma dilepaskan secara bergilir-gilir dua hari sekali untuk sesuatu kawasan di Selangor. Jadi sapa yang nak mandi puas-puas lakukan sekarang.
Jangan terkejut jika mulai Selasa ini ramai yang datang kerja dengan bau badan kurang harum. Sapa yang deodarant dah habis, pastikan bekalan mencukupi untuk menghadapi saat-saat getir tanpa air ini...
Nasib baik di Kedah ini air masih mencukupi. Hari itu terbaca kenyataan dari SADA (Syarikat Air Darul Aman) bekalan air untuk Kedah mencukupi untuk tiga tahun lagi.....tu dia, lamanya!
Mungkin kalau kerajaan negeri Kedah ada sedikit simpati kepada rayat Selangor, bekalan air Kedah yang banyak itu boleh disalurkan sedikit ke Selangor....Apa salahnya bantu membantu. Masa Kedah hadapi krisis bekalan air dua tahun lepas apabila empangan airnya tercemar JR nampak banyak lori tangki dari Selangor datang bawa bekalan air ke Kedah...
seksanya takde air...utk 4,5 jam pun dah cukup perit,apatah lagi jika air dicatu..
ReplyDeletesaya harap kawasan rumah saya tak terlibat, walaupun mmg kami duduk di selangor :)
ReplyDeleteJR ..sila dtg hntar air kt kami :(
ReplyDeletePanas sgt mcm nk terbakar kulit. Allahuakbar..
harapnya dapatla bertahan semasa air dicatu...:)
ReplyDeletedi sini..untuk mandi manda tiada masalah...tasik berdekatan boleh tumpang mandi pakai cebok, utk minum kena beli air mesin lah nampak gayanya..
ReplyDeleteRasanya kalau bekalan air takde, memang susah nak buat kerja. Sekarang pun saya guna air pun jimat2. Nak kata tak mandi tu, sekarang musim panas, wajib mandi.
ReplyDeletePengajaran untuk semua. Bila air byk langsung tak tau nk jimat. Klu ambil wudhu contohnya mcm nk mandi gayanya. Tak caya cuba cek sendiri. Very frustrating....
ReplyDeleteBukan semua tempat yang terlibat dengan catuan air ni. Nasib badan lah ye dak.
ReplyDeletedengar jugak berita tv semalam yang selangor akan dicatu air...sungguh membimbangkan kalau tak der air ni...
ReplyDeleteTu dia. dapat bertahan selama tiga tahun. Lama betul tak hujan. Harap catuaan tu tak berlaku dekat rumah saya walaupun duduk selangor. Hehe
ReplyDelete