»

17 February 2014

Ibu...Ampunkan Dosaku


Cerita di bawah ni JR ambik dari HD. Bagi menjamin keaslian ceritanya, JR kekalkan apa yang ditulis oleh penulis asal. Kalau ada yang tak faham ceritanya kerana ia ditulis dalam dailek Utara, boleh tanya JR maknanya. Khidmat bahasa percuma saja, hihihi..: 

Zaman dedulu kala kat satu negeri yang bernama entah panama tah, pernah la ada tradisi membuang orang yang dah tua pi ke hutan. Depa-depa yang dibuang tu selalunya orang-orang tua yang dah tak larat, yang tak boleh nak sumbang apa-apa lagi dalam bentuk tenaga. Kalau disimpan pun orang-orang tua neh buat semak ja, mungkin jugak nampak akan memberatkan lagi kehidupan anak-anak depa.

Pada suatu hari, ada la sorang pemuda yang berniat nak buang mak dia ke hutan, pasainya mak dia ni dah lumpuh dan agak tua.


Mai time nak buang mak dia tuh, si pemuda ni pun buat-buat kalut... bergegaih masuk hutan sambil dukung mak dia. Si mak ni yang jelaih kelihatan tak berdaya punya pulun dok gagau setiap ranting pokok yang boleh dia capai lalu dia patahkannya dan taboq di sepanjang jalan yang dah depa lalu.


Sampai ja dalam hutan yang sangat tebai tuh, si anak pun turunkan mak dia dari dukugan dan teruih ucapkan kata-kata perpisahan kat mak dia. Celah-celah tu pulak pemuda tadi berusaha jugak tahan kesedihan pasai dia sendiri pun tak sangka sanggup buat lagu ni kat mak dia...


Tapi mak dia relax ja tersenyum... dalam senyum mak dia kata:


“Nakk.. mak sangat sayang kat hang... Dari kecik sampai la hang dah besaq panjang camni, mak selalu jaga hang dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Waima sampai hari ini pun rasa sayang mak kat hang tak berkurang sikit pun."


"Tadi neh mak dah tandai sepanjang jalan yang kita dah lalu ngan ranting-ranting kayu. Bukannya apa, mak takut hang tersesat, ikutlah tanda tu masa hang nak balik nanti supaya hang selamat sampai di rumah.”


Lepaih dengaq ja kata-kata dari mak dia, si anak tadi teriak meraung-raung. Kuat betoi tangisan dia lalu dia peluk mak dia dan tanpa pikiaq panjang dia pun cempong balik mak dia, didukungnya lalu dibawa balik semula ke rumah.


Pemuda tuh akhirnya merawat mak dia dengan penuh kasih sayang... sampai la maknya meninggal.

Ingatlah... hanya “Orang Tua” kita ja yang kenai akan kita dan batinnya langsung tak akan tenteram malah akan menderita kalau kita susah. “Orang Tua” kita tak pernah meninggalkan kita walau bagaimanapun keadaan kita, walaupun kita pernah kurang ajaq kat depa. Namun “Orang Tua” kita akan tetap mengasihi kita.


Mulai sekarang mai la kita lebih mengasihi “Orang Tua” kita selagi depa masih hidup dan bagilah depa doa yang tulus ikhlas untuk kebahagiaan mereka.


Moga mak bapak kita akan teruih kuat berjuang di jalan Allah SWT... amin.


(Sumber: HD)

4 comments:

  1. cerita motivasi yg bagus JR :)

    apa makna " cempong" ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cempong bermakna angkat/ dukung seperti yang kita lakukan ketika mengangkat anak yang sedang tidur...

      Delete
  2. Allahuakhbar.....tak sedar menitis airmata....dalam kasayuan tersirat kesedaran.

    ReplyDelete
  3. Begitu terkesan di jiwa.,,,

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....