Tadi baca dalam satu blog tentang peranan suami isteri di rumah. Kemudian baca komen dari blogger-blogger lain (kebanyakan wanita). Sebahagiannya macam sindir-sindir kaum suami yang seperti menyerahkan semua kerja rumah untuk isteri buat.
Dalam hati JR berkata: "masih adakah hari ini spesis suami yang balik kerja cuma goyang-goyang kaki di rumah sambil baca akhbar atau tengok TV"? Masih adakah suami macam tu?
Dari pengalaman JR bersama kawan-kawan lelaki yang dah kawin, cerita mereka hampir sama dengan pengalaman JR: kami semua sering membantu isteri di rumah. Ini kerana suami sedar ramai isteri sekarang (termasuk isteri JR) adalah wanita berkerjaya. Wanita zaman sekarang bukan macam nenek-nenek kita zaman dulu yang kerjanya siang cuma mengurus rumah dan malamnya pula mengurus suami!
JR beri contoh JR dan isteri. Kami ada pembahagian tugas yang walaupun tak pernah ada MOU bertulis, tapi ia memang satu mutual understanding yang sama-sama kami patuhi:
TUGAS SUAMI (ini tugas JRlah..)
1. Bangun pukul 5.10 pagi setiap hari bekerja untuk sediakan sarapan.
2. Sediakan sarapan untuk anak-anak yang nak ke sekolah dan juga sarapan untuk mak mentua yang tinggal serumah dengan kami (mak mentua pesakit diabetes kronik, persediaan makanan berbeza dari anak-anak). Juga sediakan ubat untuk mentua yang perlu dimakannya lepas sarapan.
3. Selepas sarapan siap, bangunkan isteri dan anak-anak dari tidur.
4. Hantar anak-anak ke sekolah.
5. Mengumpulkan pakaian kotor untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh (biasanya waktu malam).
6. Menjemur pakaian yang sudah siap dibasuh.
7. Seterika uniform sekolah anak-anak (Masa sekolah rendah saja. Bila dah masuk sekolah menengah mereka kena seterika sendiri, kecuali jika ada rayuan).
8. Tolong seterika pakaian isteri (jika ada permintaan).
9. Membasuh pinggan mangkuk di dapur (kadang-kadang isteri bantu juga).
10. Pastikankan hall rumah dicuci setiap hari dan bilik air mengikut jadual.
11. Ada lagi...cukup dulu sebutkan 10 tugas-tugas besar.
TUGAS ISTERI (Isteri JR lah ni..)
1. Sediakan makan malam setiap hari (kadang-kadang suami bantu di dapur).
2. Sediakan makan tengahari untuk hari-hari tak bekerja (dengan bantuan suami).
3. Bersihkan bilik tidur utama.
4. Membantu suami menjemur pakaian (jika mood baik).
5. Melipat pakaian yang sudah kering.
6. Membantu suami membasuh bilik air.
7. Menjahit pakaian anak-anak yang koyak jika ada keperluan (suami boleh jahit sendiri jika pakaiannya koyak)
8. Menjaga kesuburan bunga-bungaan di halaman rumah (ini satu-satunya kerja yang suami kurang minat!!)
9. Menegur suami jika suami buat salah
10. Melahirkan zuriat seramai mungkin untuk kemeriahan rumah tangga.
11. Ada lagi...cukup dulu sebutkan 10 tugas-tugas besar
Korang pula bagaimana? Mungkin pengalaman setiap orang berbeza...
superr daddy..owesome la JR. mmg btl tu. ramai sekarang suami yg rajin bantu tugas isteri dirumah.dah tak kisah dah..alhmdulillah sejuk mata isteri dpt lelaki ringan tulang mcm JR :)).
ReplyDeletemoga nnt bakal suami chot pon ringantulang. kalo tak kita cubit je perot sampai lebam.
hahaa..tugas keduanya suami juga isteri sama pack ! ..kalau sy nak lipat kain baju secara kemas tak pas lagi. lain2 ok. seronok sebenarnya buat kerja sama-sama laki bini...
ReplyDeletetak tau la saya nak komen apa...hehe
ReplyDeletemak ayah sy mcm tu la,kerja gotong royong
IM? Sedia dan seliakan semuanya sementara ibu_suri goyang kaki...he..he..
ReplyDeletehahahahaha..part ayat dalam kurungan tu yang lawak...nanti saya pun nak tulis entry tentang isu ini..:)
ReplyDeleteWah bertuah badan isteri JR.....memang best bila suami isteri bermuafakat dalam menguruskan rumahtangga semoga berbahagia hingga ke jannah .
ReplyDeleteAda jer (tapi tak semua) jenis yg membantu tu tahan la jugak... kalau sebaliknya acnorkan... si isteri jdi mangsa eh
ReplyDeleteTak sama dengan rutin mak & ayah saya. Yang lain no komen sebab tak kawin lagi. Haha
ReplyDeletesebelum kahwin, kalau si suami tu duduk sendiri (tak tinggal dengan mak abah) dan jugak jenis merantau, mungkin dia akan jadi lebih membantu bila berkahwin. ini pendapat saya je.
ReplyDelete~kalau dah jenis berat tulang tu, tetap tak dapat buat apa...
sukalah dengan jadual JR...jarang suami macam ni...gotong royong tu kan bagus...sama2 kerja pastu sama2 goyang kaki...
ReplyDelete