Dia dilahirkan sebagai seorang Kristian dari mazhab Angelican. Tapi pada usia 16 tahun dia jatuh cinta dengan agama Islam. Hatinya meronta-ronta untuk mendalami Islam. Dia ingin tahu tentang solat dan pernah bertanya kepada kawan Melayu tetapi kawannya menyuruh dia belajar dari buku panduan solat.
Apabila dia memberitahu ibunya ingin memeluk Islam, ibunya tidak menghalang. Cuma ibunya berpesan kepadanya: jadilah seorang Islam, tapi jangan jadi orang Melayu.
Itulah kisah Aisha Azra Jemal
Abdullah, wanita Iban yang dulunya beragama Kristian, tapi kini seorang pendakwah Islam.
Kata Aisha, "Sebenarnya orang
bukan Islam bukan tak suka Islam tetapi cara hidup orang Melayu yang hanya Islam atas nama menyebabkan pandangan orang bukan
Islam terhadap orang Islam negatif".
Cerita selanjutnya tentang Aisha di sini...
JR setuju dengan Aisha. JR rasa korang juga setuju pandangan negatif orang bukan Islam terhadap orang Islam kerana perangai sebahagian dari orang Melayu itu sendiri. Patutlah ketika nak memeluk Islam, ibu Aisha berpesan supaya dia jangan jadi Melayu!
Aisha dalam misi dakwahnya...
Kalau ditanyakan soalan cepumas ini, JR pasti semua kita dapat beri jawapan dengan tepat:
~ Kaum apa paling ramai menjadi penagih dadah di Malaysia?
~ Kaum apa yang paling ramai membuang anak luar nikah di Malaysia?
~ Kaum apa paling ramai menjadi mat rempit di Malaysia?
~ Kaum apa paling ramai menjadi peragut jalanan?
~ Kaum apa paling ramai ditahan SPRM kerana mengambil rasuah?
~ Kaum apa paling ramai melepak di supermarket?
~ Kaum apa paling ramai di pasar malam ketika azan maghrib sedang berkumandang dan tidak tergerak hati untuk ke masjid atau surau yang cuma terletak di seberang jalan?
~ Kaum apa paling ramai menghadiri konsert dan pelbagai jenis hiburan lain, bergaul bebas lelaki perempuan bukan muhrim dan tidak peduli masuknya waktu solat?
JR tak perlu beri jawapan terhadap soalan di atas. Ibu Aisha telah memberi jawapan. Aisha juga telah memberi jawapan....
golongan yg terlalu bangga dgn status melayu cuma. .......(isi sendiri).
ReplyDeletedan dlm kubur nnt x dtya pun pasal bangsa. :).
Maaf ckp.. .Nice entry JR.love it.
Hurmmmm..... tak dapat dinafikan lagi.
ReplyDeletesy baru tau tentang Aisha ni....tak tau nak jwb apalah tp bersyukur krn dijadikan dlm islam walau apapun bangsa sy,..
ReplyDeletesebenarnya bangsa melayu ni jika dididik dengan Islam yang sebenar, mereka akan jadi orang yang berwibawa berwibawa..dan InsyaAllah suatu hari nanti Islam akan kembali gemilang di tangan orang Melayu yang hebat Islamnya!!
ReplyDeletesy setuju ngan azimah tuh..begitulah jika kita dilahirkan sebagai islam..bukan islam dengan pencarian dan kesedaran sendiri..
ReplyDeleteJr, part yg suka tgk konsert tu mmg setuju sgt. Terutama yg free kat funfair. Senang ckp yg hiburan2 ni la. Tak tau la nak kata malu dgn bangsa sendiri rasa tak baik jugak sbb diri saya pon tak sempurna mana, tp terpaksa la terima hakikat yg bangsa melayu ni jauh terkebelakang.
ReplyDeleteKaum itulah juga dengan suara berapi2 mahu mempertahankan kalimah Allah, tapi waktu orang sibuk berjemaah di masjid dan surau mereka masih bermain golf, Kaum itulah juga yang bermati-matian berkata Allah cuma hak orang Islam, tapi merekalah penaja konsert-konsert tahun baru dan konsert merdeka, konsert jom heboh yang merosakkan minda bangsa mereka, konsert yang menghina hukum Allah....
ReplyDeletememang tak dapat di nafikan lagi..susah jadi orang melayu ni..
ReplyDelete