»

30 January 2014

Sori..Kuota Dah Cukup!!


Sekarang rumah JR kembali riuh rendah. Maklumlah ketiga-tiga Muhammad (lahir berturut tahun) yang belajar di IPT luar Kedah (masing-masing di Johor, Melaka dan Perlis) balik bercuti. Dua daripada Muhammad balik cuti semester sejak 2 minggu lepas, manakala seorang lagi Muhammad (di UiTM Arau) baru balik bercuti Raya Cina petang kelmarin.

Bila ketiga-tiga Muhammad balik, JR terpaksa kurangkan aktiviti termenung di depan laptop. Maklumlah bila semuanya berkumpul (terutama waktu malam), masing-masing keluarkan laptop atau henset pintar mereka. Maka hasilnya, kelajuan internet di rumah menjadi tersangat-sangatlah slow. Bayangkan bila semua 6 anak JR, isteri dan JR sendiri on wifi serentak, mana nak laratnya streamyx 1Mbps di rumah kami menanggung beban wifi 8 laptop/henset serentak.

Akibatnya internet bergerak macam kura-kura tua yang sedang nazak. Ia cuma dapat bergerak  lancar kalau setakat 4-5 orang on wifi serentak.

Kalau streamyx tu boleh bercakap, tentu dia akan menjerit, "Weeei...cukuplah tu, kuota dah cukup!!"

Biasanya bila ini terjadi, JR sebagai ketua keluargalah yang terpaksa mengalah, diikuti isteri. Tutup laptop dan buat kerja lain. Maklumlah kapten kapal, apa-apa pun dia yang terpaksa berkorban dulu agar kapal dapat belayar sempurna...

Jika beberapa hari dan minggu ini tak melawat blog korang, itulah antara puncanya: internet slow!!

(Nak tamatkan entri ni dengan ucapan Gong Xi Fa Cai agak awal lagi...esok la kot...)

9 comments:

  1. Anak kakcik yang nombor dua mahir IT. Kalau internet tiba2 lembab sebab ramai yang guna, tahu2 nanti terus tak dapat. Rupa2nya dia blok semua nombor, dan dia boleh guna dengan selesa... ish ish ish...

    ReplyDelete
  2. kakcik..sama mcm anak sulung saya..org cuba2 try password wifi kami pun dia boleh detect hehe

    ReplyDelete
  3. Nasib baik kat rumah ni saya dan hubby jak guna wifi jadi taklah terasa lambat sangat internet tu.....:D

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti CNY JR....anak2 sesekali balik berkumpul kenelah beralahkan JR.....layan mereka dan buat aktiviti yg seronok..
    Macam kami kaum ibu ni dah tentu banyak keceruk dapur..layan menu mana2 yang anak2 suka...
    Bukan selalu mereka dapat makan dari masakan ibu...

    ReplyDelete
  5. ai ai captain! Selamat bercuti.

    ReplyDelete
  6. elok sangat lah kapten kapal dan penolongnya berkorban ; dengan kata lain pergi lah 'berlayar' kalau asyik menghadap laptop mana boleh tahan... semoga akan hadir Muhamad baru dlm keluarga JR . *(maafkan sy ..sesekali tak serius dalam memberikan komen)

    ReplyDelete
  7. hahahaha...JR sebagai kapten pun boleh bagi kata veto " anak anak...off kan laptop anda...masa utk keluarga"....dan JR senyap2 bukak blog...hahahaha..

    Baca tajuk mula2..igt kan kuota nikah ..haha

    ReplyDelete
  8. Sib baik kapten dan timbalan mengalah..tp kalau balik umah patutnya kena blok semua wifi..biar spend masa bersama2 ngan semua ahli keluarga kan..heheh

    ReplyDelete
  9. salam jay ar...
    pastinya keriuhan akan dirindui suatu masa nanti....

    kalau semua dah berkumpul pastinya meriah...ada yang masam muka dan ada yang ceria....

    oh ya jay ar...
    maaf lama tak komen sebab lline slow....dan teramatlah slownya...tapi still mengikuti blog jay ar...

    slam pagi minggu yang ceria...buat seluruh keluarga jay ar...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....