24 January 2014

Salji Pertama Turun Di Malaysia!!


Ramai yang berkata perkara yang sama - cuaca sekarang sangat sejuk!

Memang betul suhu sekarang lebih sejuk berbanding dulu. JR yang dah terbiasa bangun awal pagi dan bila bangun pagi suka duduk di luar rumah beberapa minit, dapat merasakan perbezaan itu. Dengan suhu dingin dan bayu bertiup agak deras...subhanallah...dunia terasa begitu nyaman dan indah..

Anak JR sampai mengadu di sekolahnya cuaca terlalu sejuk di waktu pagi hingga pelajar-pelajar terpaksa menutup kipas siling dalam bilik darjah, itu pun tak berjaya mengusir rasa sejuk yang menggigit kulit.

Mana tak sejuknya kerana mengikut sumber dari Jabatan Meteorologi Kelantan/Terengganu,  Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah celsius semalam - rekod terendah suhu di Pantai Timur.  Suhu di sekitar Besut pula turun kepada 19 darjah celsius pagi semalam - rekod suhu terendah di daerah itu. 

Suhu 17 darjah celsius memang rendah, ia sama dengan suhu aircon   yang biasa dipasang di pejabat dan di rumah. Patutlah kebanyakan orang Kuala Kerai sekarang terpaksa memakai baju sejuk (termasuk murid-murid dan guru-guru sekolah), mandi air panas dan malam terpaksa memakai selimut tebal seperti yang dilapor dalam akhbar, kerana suhunya sangat sejuk.

Mengikut Jabatan Meteorologi kesejukan melampau itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut. 

Tapi mungkinkah keadaan sebegini akan menyebabkan salji turun di Malaysia seperti  yang berlaku di Vietnam dan Laos baru-baru ini? (Dua hari lepas ada video mengenai salji turun di Indonesia yang rupanya cuma berita gempaq dan tipu!).

Kalau salji turun di Malaysia, JR berharap salji pertama akan turun di Alor Setar kerana jarak antara negeri-negeri Utara dan Pantai Timur Semenanjung  dengan Vietnam cuma antara 800 km - 1,000 km saja!

Tapi mengikut sumber Jabatan Meteorologi salji tak mungkin  turun di Malaysia, kerana negara ini terlatak di garisan Khatulistiwa. Vietnam dan Laos yang terletak di selatan China kalau salji turun memang ada logiknya.

Apa pun, suhu terendah yang berlaku di banyak tempat di Malaysia patut kita jadikan iktibar tentang kekuasaan dan kebesaran Allah. Jika Dia mahu menurunkan salji di Malaysia, tiada siapa termasuk Jabatan Meteorologi dapat menghalangnya. Jika dulu Jabatan Meteorologi tak pernah meramalkan gempabumi akan menimpa Malaysia, kini kita sudah merasai tempiasnya. Begitu juga tsunami yang dulu cuma berlaku di Jepun, siapa menjangkakannya ia akan melanda Malaysia pada 2004 hingga menyebabkan lebih 70 orang meninggal dan lebih 400 cedera?

9 comments:

  1. klu tanah rendah dah sejuk, tanah tinggi kat genting n cameron tu tak tau la sejuk dia mcm mana pulak.

    ReplyDelete
  2. Fenomena ni dijangka berakhir 2 minggu lagi,kan..ekoran perubahan monsun...
    apapun..sangat2 suka dgn cuaca sejuk skrg...

    ReplyDelete
  3. Kawan saya jangka, kat utara sana permintaan untuk jaket bundle mesti tengah meningkat! Peluang bisnes jugak ni...

    Apa pun, cuaca melampau (terlalu panas atau terlalu sejuk) sejak beberapa tahun kebelakangan ni sepatutnya menyedarkan kita dari tidur lena..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    best nyer kalau waktu ini saya ada di Gerik..mesti sejuk terasa dan dapat merasa yg JR katakan..di Klang sejuk juga..tapi taklah sesejuk di utara kan..huhu

    kat cni mlm ttp kn pasang aircond.. kalau di kg,...mesti nyaman

    ReplyDelete
  5. tak payah bagi kipas berpusing dah! hehe biar beliau berehat

    ReplyDelete
  6. chalet bayu naka25/1/14 11:30 AM

    memang suaca hri ni terlalu sejuk. kalau nak mandi hati2, kalau terlalu sejuk badan boleh menggeletar.
    layari fb chalet bayu naka, percutian yg selesa. 40 km dari alor setar

    ReplyDelete
  7. kalau turn salji best jugak..leh merasa main salji..heheheh

    ReplyDelete
  8. Mereka juga meramalkan tak mungkin salji akan turun di Malaysia sebab Malaysia tanah rendah dukhatulistiwa...Vietnam dan Laos mungkin sebab tanahnya tuinggi..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....