23 January 2014

Dah Tau Haram Mengapa Buat Juga??


Kadang-kadang lawak juga pergi ke mana-mana nampak asap rokok berkepul-kepul di udara. Di tempat kerja yang merokok tak dibenarkan pun, bila masuk tandas bau rokok menusuk hidung, apa lagi di tempat-tempat lain tak payah cakap la...

Bila nampak orang bukan Islam merokok JR tak hairan. Tapi bila yang merokoknya pula sebiji muka macam Melayu, sebiji muka macam orang Islam (ada yang berketayap), JR agak heran. Bukan heran main-main, heran sungguh-sungguh!

Mengapa buat juga, sedangkan fatwa dan hukum mengenai merokok dah lama keluar:



Fatwa merokok itu HARAM mengikut Islam bukan baru, dah dekat 19 tahun keluar. Tapi mengapa masih ramai yang buat-buat tak faham, buat-buat pekak badak?

Agaknya ramai yang tak faham makna HARAM. Bagi mereka haram pun boleh buat!

Cikgu sekolah tadika kena ajar murid-murid mereka makna haram supaya bila budak-budak tu besar nanti mereka faham makna haram, bukan seperti bapa, atok, pak cik, pak ngah di rumah yang dah berpuluh tahun bersunat tapi masih tak faham makna haram.

Nota Kaki: Terima kasih isteriku kerana memaksaku berhenti merokok sejak  mula-mula kawin dulu (masa tu belum ada fatwa merokok haram di sisi Islam)...

7 comments:

  1. sama jugak keadaan Dilarang Membuang Sampah....dibawah papan tanda tu la sampah bertimbun2...

    ReplyDelete
  2. Melayu Islam dia cukup pantang bila haram melibatkan babi, anjing...
    Tapi haram merokok...haram makan riba..haram rasuah.....HARAMMMMM depa nak kisah...:)

    ReplyDelete
  3. Susah kot nak benti merokok. Hmm.

    ReplyDelete
  4. Selalunya perkataan yang memberi makna melarang seperti 'jangan' atau 'haram' tulah yang orang nak buat jugak...
    Cuba kalau perkataan yang memberi makna menyuruh atau menggalakkan memang payah sekali...

    ReplyDelete
  5. Manusia ni bila sesuatu yg dia suka buat tu dikatakan haram, dia akan cuba cari sumber2 pendapat lain tentang hukum perbuatan tu sampai le dia jumpa sorang je pendapat daif yang mengharuskan merokok. Ada yang berpendapat, kalau rokok haram sebab boleh memudaratkan, kalau macam tu kenapa tak haram kan sekali gula. Sebab gula pun boleh memudaratkan. Kalau dah degil kan?

    ReplyDelete
  6. Mungkin mereka yg masih smokemtu belum punyai motivasi yg tinggi dlm diri..tu yg ssh nk stop tu..lg satu,rokok kan ada nicotine..tu yg mereka ketagih tu

    ReplyDelete
  7. Ada orang kata merokok sebagai sumber inspirasi.......itu sebab haram pun orang buat buat jugak .

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....