Jangan terkeliru. Bukan KFC. Tapi KFB.
KFB atau Kangkung Fried Belacan sedang sangat popular sekarang di Malaysia. Ia sempena pengumuman Pie Em kita 3 hari lepas harga kangkung telah turun. Banyak cerita tentang kangkung dan KFB dimuatkan dalam media-media sosial sekarang:
JR juga sebenarnya sangat suka KFB sebelum Pie Em Najib mempopularkannya lagi. Masa kecik-kecik tinggal di kampung dulu kangkung banyak tumbuh di tepi parit, tepi longkang dan tepi bendang. Petik saja, free, bukan kena duit pun..
Cuma dulu masakan berasaskan kangkung dikenali sebagai kangkung belacan atau kangkung goreng belacan.
Cuma dulu masakan berasaskan kangkung dikenali sebagai kangkung belacan atau kangkung goreng belacan.
Tapi kini dengan penjenamaan semula kangkung belacan kepada KFB bertambah popularlah masakan ini nampaknya. Nanti bolehlah dieksport keluar negara. Lagi pun berita mengenai kangkung ini dah popular hingga keluar negara termasuk BBC (British Broadcasting Corporation) yang telah menerbitkan satu artikel khas mengenai kangkung (disebut water spinach) kelmarin:
Hebat kan kangkung...dah popular hingga ke Eropah! So, jangan hina kangkung OK...? Jom kita cuba masak KFB:
Hebat kan kangkung...dah popular hingga ke Eropah! So, jangan hina kangkung OK...? Jom kita cuba masak KFB:
KANGKUNG FRIED BELACAN (KFB)
Bahan-bahan (3-4 orang)
1 ikat kangkung
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula
Cara Memasak
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
- Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).
- Hidangkan, dah boleh makan!!
ha ha ha sungguh enak dimakan begitu saja ek?? JR? ^..^
ReplyDeletepaling lawak bila ada yg buat burger MC KANGKUNG -Mc Donald. :D
ReplyDeletecian pm kita tuu...saya mmg tak lalu nak mkn kangkung sejak kes ada lintah tuu..huhu
ReplyDeleteoo, kena letak ikan bilis gak eh. saya bantai letak belacan banyak. kekeke..patut le pelik. KFB terbaik. kretif org yg buat troll ni.
ReplyDeletesedap kee.. uwekk.. hu3
ReplyDeletehahahaha..sampai ke BBC tu..
ReplyDeleteResepi dari zaman opah ni.
ReplyDeleteSiap ada resepi lagi,kangkung memang tgh popular sekarang ni,kat group di whatsap,kulihat hijau je post kat situ..lagu lenggang kangkungpun keluar balik...
ReplyDelete