Pelik juga JR dengan cerita dari sebuah negara di Asia Tengah bernama Kyrgyzstan ini. Sekarang negara yang 83% dari penduduknya beragama Islam itu heboh dengan video seks Mufti Besar mereka yang tersebar ke seluruh negara. Akibatnya Mufti Besar bernama Rakhmatulla-Hajji Egemberdiev terpaksa meletak jawatan. Berita penuh di sini....
Sebelum itu sekumpulan orang ramai menyerbu rumah Rakhmatulla dan meminta dia meletak jawatan Mufti kerana kesalahan itu. Mufti itu sendiri mengaku lelaki dalam video seks itu adalah dirinya sendiri, manakala wanita di dalamnya adalah isterinya (isteri kedua). Video itu diambil dengan menggunakan kamera tersembunyi.
Tapi JR tak nampak apa salahnya Mufti itu hingga dia perlu meletak jawatan. Pertama, bukan dia yang menyebarkan video seks tersebut untuk tontonan orang. Tapi perbuatan menyebarkan video seks itu dilakukan oleh tangan-tangan nakal yang suka melihat keaiban orang lain.
Kedua, hubungan seks itu dilakukan oleh tok Mufti dengan isterinya sendiri yang telah dikahwininya secara sah mengikut hukum Islam sejak 4 tahun lepas. Jika Mufti itu lakukan hubungan seks dengan wanita tanpa nikah ia memang patut menjadi isu, tapi dengan isteri sendiri ikut suka merekalah..
Yang menjadi kesalahan ialah jika Mufti itu gagal menyempurnakan nafkah batin kepada isterinya. Itu memang salah. Malah dalam Islam, isteri boleh meminta cerai jika suami gagal memberi nafkah batin kepadanya. Tapi jika suami rajin memberi nafkah dengan kerelaan isteri, berapa kali mereka nak buat pun bukan satu kesalahan. Betul kan??
Cuma malangnya di negara umat Islam bernama Kyrgyzstan itu ialah poligami diharamkan. Itulah isunya kot. Bila undang-undang negara mengharamkan poligami, maka hubungan seks Mufti itu dengan isterinya turut kelihatan salah oleh penduduk negara itu, walaupun di sisi Allah ia tak salah. Itulah padahnya bila sesebuah negara meletakkan undang-undang ciptaan manusia di tempat pertama dan undang-undang Allah di tempat kedua....
Pelik saya,bagaimana sebuah negara islam boleh menolak hukum Allah..bkn di negara ni saja...negara islam yg lainpun adakan...???walaupun poligami di benarkan,ada yg tolak hukum hudud pula...
ReplyDeleteOoo...so isunya mereka menolak POLIGAMI.
ReplyDeleteHmmm
Ish...ish ..mujur baik bukan terjadi dinegara kita.
ReplyDelete