Tadi JR baca tentang berita janin hilang dalam kandungan seorang wanita di Parit Buntar, Perak:
Sebenarnya ini bukan kali pertama JR membaca kisah seumpama ini. Entah dah berapa puluh kali membaca kes janin hilang dari kandungan ibu.
Bukan JR nak menolak kewujudan alam ghaib, makhluk halus dan sebagainya, kerana kewujudannya banyak diceritakan dalam Quran dan hadis. Malah JR sendiri pernah berhadapan dengan beberapa pengalaman pelik yang tidak dapat dirungkai apa yang sebenarnya berlaku.
Untuk berlaku adil elok juga rasanya kita lihat pandangan pakar mengenai isu janin hilang dari kandungan ibu ini:
Untuk berlaku adil elok juga rasanya kita lihat pandangan pakar mengenai isu janin hilang dari kandungan ibu ini:
"Kes kehamilan palsu yang menyebabkan kandungan menghilang secara tiba-tiba memang wujud dalam dunia perubatan. Ia dikenali sebagai pseudosiesis atau dalam istilah Inggeris - phantom pregnancy," kata Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.
Pseudosiesis adalah suatu keadaan yang lazimnya bersifat
psikosomatik. Ia membabitkan gangguan faktor mental dan fizikal yang
menyebabkan perubahan pada badan hinggakan sosok tubuh wanita yang tidak
mengandung menyamai ciri-ciri wanita hamil.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) itu
menjelaskan, apabila seseorang wanita terlalu percaya atau mengharapkan
kehamilan, tubuhnya akan menghasilkan hormon yang menyebabkan
perubahan-perubahan tertentu. Paling jelas adalah pertambahan berat badan (khususnya di bahagian
perut) selain simptom-simptom klasik lain seperti rasa mual serta tegang
perut.
"Apabila minda 'menipu' tubuh, paras estrogen mereka melonjak naik.
Apabila dalam keadaan sakit, stres atau tertekan, mana-mana wanita pun
boleh mengalami gangguan dalam sistem badannya. Ini termasuklah
ketiadaan haid, rasa loya dan muntah," jelas beliau.
Tidak hairan juga kalau ketidakseimbangan hormon itu turut membuatkan payu dara membesar dan mengeluarkan susu.
"Perut yang semakin membesar sebenarnya disebabkan lemak yang
terkumpul di bahagian tersebut. Ada juga yang merasakan seperti ada
pergerakan bayi dalam kandungan walhal tiada janin di dalamnya," terang
Jamiyah.
Beliau merumus, belum ada kajian menyeluruh tentang punca
pseudosiesis. Ia tidak boleh sepenuhnya ditangani dari perspektif
medikal atau ginekologi tanpa mengambil kira keseriusan permasalahan
emosi.
Hakikatynya, sutradara yang mengarahkan sistem tubuh untuk melakukan sesuatu dalam menjalani rutin kehidupan adalah otak. Apabila otak mencetus isyarat untuk bekerja matlamat tertentu, maka
faktor biologi akan menurut dan di situlah bermulanya konsep
kepercayaan.
"Sama seperti wanita yang mahu dirinya hamil untuk melepaskan diri
daripada desakan sosial, fizikalnya akan terdorong ke arah keinginan
tersebut. Lebih-lebih lagi jika pasangannya (suami) mengizinkan perkara itu
berlaku dengan turut memberi harapan," jelas Pegawai Psikologi Pejabat
Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Maizatul Akmam Abu Bakar.
Menurutnya, secara tidak langsung sokongan itu akan meningkatkan
keberkesanan emosi isterinya sedangkan akhirnya mereka yang akan kecewa. Lebih malang, tekanan yang dihadapi lebih menyeksakan apabila cerita
'kehilangan' kandungan itu dilabel sebagai karut oleh doktor dan
masyarakat yang melemparkan tuduhan seperti wanita itu sengaja
mengada-adakan cerita kehamilannya.
"Selain sokongan keluarga, wanita itu perlu dibimbing secara
psikologi melalui sesi pertemuan dengan kaunselor atau pakar psikiatri.
Mereka diajar untuk memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri. Ini bermakna minda mereka perlu dilaras semula agar memikirkan perkara-perkara yang lebih positif," terang Maizatul.
"Hanya apabila seseorang ibu itu boleh menunjukkan bukti sahih bahawa
pemeriksaan ultra bunyi sebelum itu sudah menunjukkan sifat fizikal
bayi atau denyut jantung, tetapi akhirnya bayi itu hilang, maka kita
perlukan penjelasan lain," ujar Jamiyah apabila diajukan tentang sisi
mistikal bayi yang ghaib dalam kandungan.
Serba-sedikit pertembungan konsep itu dihurai oleh pakar khidmat
runding dan nasihat spiritual dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien,
Engku Ansaruddin Agus. Beliau mengakui pernah merawat tidak kurang
daripada 10 wanita yang terganggu emosi akibat kehilangan bayi dalam
rahim.
"Wanita-wanita itu mendakwa mereka bermimpi didatangi entiti yang
mengingatkan bahawa kandungan tersebut bukan milik mereka dan akan
diambil semula," ujar Engku yang tidak menolak kemungkinan kehamilan
yang disebabkan 'dampingan' atau 'tumpangan' makhluk halus.
Walau bagaimanapun Engku menegaskan, perhubungan antara manusia dan jin sebenarnya tidak akan menghasilkan anak manusia.
"Sebaliknya, anak-anak daripada kaum jin itu yang bertambah
bilangannya jika berjaya memperdaya manusia melalui apa cara sekalipun,"
katanya.
Apabila diperdaya, seseorang mudah taksub kepada sesuatu. Ini
termasuklah meyakini paparan imej bayi dalam rahim melalui teknik
imbasan di hospital, sedangkan mereka perlu sedar bahawa ralat teknikal
dan muslihat jin juga suatu faktor penyebab.
"Oleh itu, kaum ibu perlu kembali kepada apa yang diajar melalui al-Quran dan Sunah. Adab, petua dan doa perlu sentiasa mengiringi langkah dan setiap
perbuatan agar dilindungi Allah daripada fitnah, penipuan dan helah jin
serta syaitan. Golongan itu sentiasa mahu menggoyah akidah umat Nabi
Muhammad s.a.w.," pesannya.
perkara ni sudah berlaku pada kakak saya . pada peringkat permulaan , doktor dah sahkan dia mengandung . dia juga mengikuti pemeriksaan berskala di klinik . dia juga sudah dapat imbasan gambar ultrasound babynya . ketika kandungan berusia 6 bulan , akak saya buat pemeriksaan rutin di klinik . Doktor sahkan babynya tak de tapi urinya still ada . malah dr tu siap buat ultrasound lagi . nampak jelas dgn mata kakak sendiri ... sejak dr itu byk perkara pelik berlaku ... akak saya seorang ustazah .
ReplyDeleteHanya tinggal tali pusat..pelik tu!
Deletezaman kehidupan yang dikuasai teknologi ni, setiap perkara yang berlaku pasti akan dapat diperjelaskan dan diperincikan secara teori sains, walau pun berkaitan dengan kejadian ghaib. bak kata cikgu saya dulu, saintis adalah seorang yang tidak percayakan tuhan...
ReplyDeleteSemakin mngkaji sains smakin kuat kpercayaan saya pd Allah..
DeleteInilah realiti kehidupan....percaya atau tidak yang penting jika disahkan mengandung jangan terlalu exited dalam membuat persiapan untuk menyambut kelahiran baby....ini pesanan arwah nenek saya....katanya takut berputihmata.....wallahualam.
ReplyDeleteHanya Allah sahajalah yg mengetahui di sebalik rahsia ini. Tidak tercapai dek akal manusia.
ReplyDeleteSaya juga seperti anda anon 8:58. Rupanya saintis barat sangat agresif menggali isi al quran....
ReplyDeleteantara peraya atau tidak..tp sy mcm boleh terima alasan phantom pregnancy tuh..mcm psiko diri sendiri sikitlah...
ReplyDeleteSeperti ceramah Dr.Danial dalam tanyalah ustaz..
ReplyDeleteSejauh mana kepandaian dan pencapaian pakar sains...tapi masih gagal untuk mengkaji bab keujudannya 'alam ghaib'...
Subhanallah...kuasa Allah itu maha besar...Allahuakbar...
saya baca cerita yang sama dalam mastika. kita tak mengalaminya, susah nak percaya namun saya percaya setiap yang berlaku atas kehendak dan ketentuanNYa
ReplyDeleteHmmm....
ReplyDeleteOrang Melayu seperti IM ini kekadang cepat menterjemahkan hal seperti ini dalam gerne metos...
Kajian sainspun kajian la juga tp sy percya ujud kehamilan disebabkan makhluk alam gaib ni atau amik kemudian bayi tersebut hilang sbb diambil ole org budian contohnya sbb aya sy pernah cerita,jiran dia ms zaman dia muda2 dulu berkawin dgn org bunian,hidup lelaki tu memang mcm org bekeluarga keluar bekerja,setiap ari dr bunyi anak2nya menangis,bunyi buaian,rumah riuh rendah tp yg nmpk dlm rmh tu cuma si lelaki je....kun fayakun....
ReplyDelete